14 December, 2012

One Fathom Bank I


Dah begitu lama tak memancing ke tengah laut sampai joran dah berhabuk. Bulan ini ada kesempatan untuk mencuba di tempat baru, iaitu Permatang Sedepa atau One Fathom Bank. Trip 2H 1M setelah mendapat panggilan dari kawan lama, Bob tidak dipersiakan. Memancing di OFB memang telah lama menjadi keinginan kami, spot yg terletak berhampiran sempadan laut Indonesia merupakan rumah api Jabatan Laut. Struktur konkrit yg menempatkan pegawai laut, mempunyai bilik makan, bilik rehat ber TV, tandas & tempat mandi,  bilik solat dan bilik penginapan yang berhawa dingin. Tempat memang cantik, 1 jam dengan bot laju/bot pancung yg boleh memuatkan 12 orang dengan selesa. 

OFB mempunyai pelantar yang panjang dan lebar untuk memancing dengan berlatarbelakang pekan Kapar di satu bahagian dan laluan antarabangsa kapal di sebelah yang lain.Boleh google kalau nak tengok kecantikan OFB.Trip ini dianjurkan oleh Piti (012-2741928) dengan caj RM180 satu kepala, pakej termasuk umpan dan  makan yg disediakan beliau. Bilik muat bertiga untuk tidur lain harga, iaitu RM40 boleh didapati. Ramai yg pergi untuk memancing tanpa bilik tidur; dan jika perlu tidur, mereka akan tidur di ruang rehat atau di surau. Bagi yang tidak minat memancing boleh datang untuk merehatkan minda dengan udara laut segar. (bersambung)