06 April, 2007

Basah Tali Kelong Lukut

Semalam Kamarul dan Iwan memancing di Kelong Mamod Lukut. Kat kelong ni biasalah melepaskan gian memancing dan untuk membasahkan tali pancing yang dah lama tersadai. Beliau juga sertakan gambar hasil tangkapan. Antara yang berjaya dipancing ialah ikan tambak, kerapu tikus, gerut, kunyit, gelama, sembilang dan anak talang. Bagi aksi appolo ikan selar kuning dan beliak mata berjaya dinaikkan.


Tapi kat kelong ni yang paling best ialah acara tidur, malam angin menderu2 dengan bunyi ombak lagi. Tu yang saya percaya beliau lebih banyak tidur dari memancing...
Untuk gambar-gambar ikan beliau, sila lihat album di sebelah kiri.

1 comment:

Anonymous said...

Boleh kah bagi tahu contact number ke Kelong ni?

email saya: tzeseng@hotmail.com