Patin Sg Pahang
“Selamat Datang ke Temerluh, Bandar Ikan Patin”. Itulah papantanda yang tertera bila memasuki Bandar Temerluh samada dari Kuala Lumpur, Kuantan, Mentakab, Triang atau Jerantut.
Usaha Majlis Perbandaran Temerluh memperkenal jenama (branding) ikan patin sudah menampakkan kejayaannya. Ikan patin dan Temerluh sudah menjadi satu yang sinonim bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan berhampiran Temerluh. Patin Temerluh kini menjadi sebutan seantero Malaysia.
Terdapat dua jenis patin yang dicari-cari di Temerluh. Patin sungai yang liar dan patin sangkar. Patin liar yang telah dimasak boleh mencapai harga RM40 sekeping. Jadi sesiapa yang hendak mencuba patin tempoyak Temerluh, kena tanya dulu tauke restoran itu patin apa. Silap-silap tergelincir bajet. Kalau yang bekeluarga 6 orang, tak ke RM240 sekali makan… merana!
Patin sangkar juga tidak kurang enaknya. Sepotong ikan (selebar 2 inci) yang telah dimasak biasanya berharga RM4.90. Bagi sesiapa yang telah mencuba patin sangkar, gerenti tidak mahu lagi makan patin kolam.
Apa bezanya patin sangkar dan patin kolam…mungkin ramai tidak tahu membezakannya termasuk orang Temerluh. Patin sangkar ialah patin yang dibela didalam sangkar di Sungai Pahang. Manakala patin kolam dibiak di kolam tanah yang digali samada di bekas sawah dan sebagainya.
Patin sangkar berharga RM12 sekilo manakala patin kolam biasanya dalam RM3.90 ke RM4.90. Dari segi fizikalnya, patin sangkar mempunyai perut yang kurus dan tipis berbanding patin kolam yang gemuk merening. Patin sangkar kurang berlemak di perutnya dan ia lebih aktif . Ini kerana mereka terpaksa berlawan dengan arus sungai yang laju. Manakala patin kolam banyak lemaknya kerana air kolam tidak bergerak, jadi ia kurang aktif dan kerja mereka makan dan tidur saja lah..
Lemak patin sangkar berwarna putih manakala lemak patin kolam berwarna kuning. Bagi yang telah dimasak, patin kolam terasa tanah kerana ia berkubang di kolam tanah. Patin sangkar tidak terasa atau terbau tanah kerana sangkar ikan tidak mencecah dasar sungai.

Di pasar2 Temerluh dan Mentakab, patin sangkar biasanya dijual hidup2. Manakala patin kolam yang mempunyai daya hidup yang rendah biasanya dijual mati dan telah dibelah perutnya.
Sepanjang Sungai Pahang kita boleh melihat berderet2 sangkar yang dibina penduduk dengan subsidi benih dan sangkar dari Jabatan Pertanian. Dianggarkan sebanyak lebih 700 penduduk aktif mengerjakan industri ini. Dengarnya Tengku Mahkota Pahang juga mempunyai sangkarnya sendiri yang dibina atas dasar hobi.
Isinya Patin agak lembut, seperti isi ikan kerapu. Paling sedap di masak tempoyak. Juga boleh dibuat lemak cili padi, bakar cicah asam, goring dan asam pedas.

Bagi yang hendak membeli patin secara super fresh, bolehlah menyusuri Sungai Pahang bermula dari Triang hinggalah ke Jerantut. Begitu banyak sangkar2 yang menjual ikan dari pagi hingga ke ptang. Berhampiran Bandar Temerluh, kita boleh membeli di tepi sungai tidak jauh dari Hotel Seri Malaysia (dalam 500 meter sahaja), melalui jalan kampung ke Kampung Bangau.
Kalau sesiapa yang telah mencuba patin Temerluh, pasti tak mahu lagi patin kolam yang dijual di hyper atau pasar malam…itulah penangan patin Temerluh. Kalau tak percaya, tanya lah Lan Kida, Lan Kentei atau Raman Kerbau!