Patin Sg Pahang
“Selamat Datang ke Temerluh, Bandar Ikan Patin”. Itulah papantanda yang tertera bila memasuki Bandar Temerluh samada dari Kuala Lumpur, Kuantan, Mentakab, Triang atau Jerantut.
Usaha Majlis Perbandaran Temerluh memperkenal jenama (branding) ikan patin sudah menampakkan kejayaannya. Ikan patin dan Temerluh sudah menjadi satu yang sinonim bagi pemandu-pemandu yang melalui jalan berhampiran Temerluh. Patin Temerluh kini menjadi sebutan seantero Malaysia.
Terdapat dua jenis patin yang dicari-cari di Temerluh. Patin sungai yang liar dan patin sangkar. Patin liar yang telah dimasak boleh mencapai harga RM40 sekeping. Jadi sesiapa yang hendak mencuba patin tempoyak Temerluh, kena tanya dulu tauke restoran itu patin apa. Silap-silap tergelincir bajet. Kalau yang bekeluarga 6 orang, tak ke RM240 sekali makan… merana!
Patin sangkar juga tidak kurang enaknya. Sepotong ikan (selebar 2 inci) yang telah dimasak biasanya berharga RM4.90. Bagi sesiapa yang telah mencuba patin sangkar, gerenti tidak mahu lagi makan patin kolam.
Apa bezanya patin sangkar dan patin kolam…mungkin ramai tidak tahu membezakannya termasuk orang Temerluh. Patin sangkar ialah patin yang dibela didalam sangkar di Sungai Pahang. Manakala patin kolam dibiak di kolam tanah yang digali samada di bekas sawah dan sebagainya.
Patin sangkar berharga RM12 sekilo manakala patin kolam biasanya dalam RM3.90 ke RM4.90. Dari segi fizikalnya, patin sangkar mempunyai perut yang kurus dan tipis berbanding patin kolam yang gemuk merening. Patin sangkar kurang berlemak di perutnya dan ia lebih aktif . Ini kerana mereka terpaksa berlawan dengan arus sungai yang laju. Manakala patin kolam banyak lemaknya kerana air kolam tidak bergerak, jadi ia kurang aktif dan kerja mereka makan dan tidur saja lah..
Lemak patin sangkar berwarna putih manakala lemak patin kolam berwarna kuning. Bagi yang telah dimasak, patin kolam terasa tanah kerana ia berkubang di kolam tanah. Patin sangkar tidak terasa atau terbau tanah kerana sangkar ikan tidak mencecah dasar sungai.

Di pasar2 Temerluh dan Mentakab, patin sangkar biasanya dijual hidup2. Manakala patin kolam yang mempunyai daya hidup yang rendah biasanya dijual mati dan telah dibelah perutnya.
Sepanjang Sungai Pahang kita boleh melihat berderet2 sangkar yang dibina penduduk dengan subsidi benih dan sangkar dari Jabatan Pertanian. Dianggarkan sebanyak lebih 700 penduduk aktif mengerjakan industri ini. Dengarnya Tengku Mahkota Pahang juga mempunyai sangkarnya sendiri yang dibina atas dasar hobi.
Isinya Patin agak lembut, seperti isi ikan kerapu. Paling sedap di masak tempoyak. Juga boleh dibuat lemak cili padi, bakar cicah asam, goring dan asam pedas.

Bagi yang hendak membeli patin secara super fresh, bolehlah menyusuri Sungai Pahang bermula dari Triang hinggalah ke Jerantut. Begitu banyak sangkar2 yang menjual ikan dari pagi hingga ke ptang. Berhampiran Bandar Temerluh, kita boleh membeli di tepi sungai tidak jauh dari Hotel Seri Malaysia (dalam 500 meter sahaja), melalui jalan kampung ke Kampung Bangau.
Kalau sesiapa yang telah mencuba patin Temerluh, pasti tak mahu lagi patin kolam yang dijual di hyper atau pasar malam…itulah penangan patin Temerluh. Kalau tak percaya, tanya lah Lan Kida, Lan Kentei atau Raman Kerbau!
8 comments:
Pokcik, kat Pekan ni ikan patin sangkar kat sg. pahang majoritinya milik orang kemboja..apa nak jadi dengan yang penduduk tempatan? Jumlahnya beribu-ribu buah, terdapat 5 - 7 lapis sangkarlebarnya dan panjangnya sehingga berkm-km memanjang di pesesiran sg. pahang ni.
Makanan yang diberikan adalah perut2 ayam dan hasil buangan ayam termasuk kulit, lemak dan kadang-kala ayam mati pun dicampak sama.
Patin ni dah dikira "maging".
Cuma satu pertanyaan, bagaimana hendah membezakan patin yang diberikan makan perut ayam dengan patin yang diberikan makanan ikan (pelet)?
Salam semua,
Begitu rupanya Niazor kat Pekan orang Kemboja yang pelihara ikan patin ni. Tapi nak bezakan ikan patin yang makan ayam dengan palet ikan, ntah kurang tahu cara yang sebenar...maybe patin yang banyak makan ayam ni lemak dia akan lebih sikit kot..jadi kehanyiran dia berlebih.
Slambe, ikan patin Temerloh ni ada ke yang dijual dengan harga RM4.90 atau RM3.90? Patin kolam biasa kat Pekan Sari RM5 tapi koi memang tak membeli dan makan patin kolam ni..tak termakan rasa lumpur sangat.
Kat Temerloh tu biasanya kedai makan jual ikan patin sangkar jadi takde lah mahal sangat macam harga yang Slambe duk cerita tu lah. Cuma sebuah Restoran jer kat Temerloh ni yang nak kena tanya dulu kalau makan iaitu Restoran Z.Rahmah yang terletak di Jalan Maran berhampiran Kg Paya Pulai. Restoran Z Rahmah ni kalau nampak dari jauh macam buruk jer tapi dia masak ikan patin liar yang harganya kekadang mencecah RM200 sekg. Jadi sekeketul patin yang dah dimasak kat situ kadang-kadang pergi sampai RM70. 4 ketul RM280 + nasi + sayur + ulam + air = RM350 makan 4 orang. Tu kalau makan 4 ketul je...kena makan sorang 4 ketul...sendiri mau kira la
Jadi senang, pergi pasar Temerloh, beli je patin sangkar kat situ baru RM12-RM15 sekg. Lepas tu singgah kat makcik jual sayur-sayur kg, beli, batang keladi atau timun tua, tempoyak, lengkuas, lada kecik dan halia utk ramuan ikan patin masak tempoyak. Sayur pulak beli pucuk labu dengan labu masak lemak. Sebelum balik tu singgah kat kedai ayah koi iaitu Kedai No 1, Pasar Temerloh untuk beli barang2 kering dan suratkhabar( sebab suratkhabar ni di Pasar Temerloh kat kedai ayah koi je jual) sebab sementara tunggu bini masak boleh baca suratkhabar. Selamat mencuba....
Korang sume,
Nanti masak panggil FG makan ya? Kepada abang nizam slumber, bila kita nak pergi mancing sesama....??
hi,
boleh kita exchange link tak? Lawati web kami di http://www.kakijoran.com
terima kasih
Cikgu akbar.....
Silalah lawat blog saya pula
TEMERLOH PATIN FISHING ADVENTURE
ALAMAT :
mohngailpatin.blogspot.com
Mari-mari....kami akan mengadakan trip ke kelong aceh di penyabong rompin pada 26hb - 27hb julai...
ABANG, NANTI KOI BALIK TEMERLOH KOI AJAK WOKME GI RUMAH KOI. KITA PEKENA PATIN TEMPOYOK NGAN KERAI GULAI LEMAK.
salam,di kl skarang dah ader orang jual patin sangkar pahang.kalau tak silap saya di pasar tani setiawangsa,blakang giant.hari sabtu pagi.mcm2 ikan sungai ader kat situ.itu ari,udang galah pon ader cuma tak sanggup tgk diorang siang ikan patin tu idop2 la...tak sampai ati tgk...
salam...
saya pernah jugak mancing kat sungai pahang,kat sangkar ikan Jerantut.Tapi bukan mancing kat dalam sangkar.Dapat anak ikan jela,Payah betul nak dapat bapak-bapak ikan.Umpan ape yang laku agaknya ya?
Post a Comment