Patin Raya
Wah dah lama betul pokcik tak mengupdate dan melawat blog ni. Dah penuh sawang dan kulapuk kat blog ni. Bukannya korang tak tau, internet access kena block kat ofis pokcik ni. Hanya email yang dilepaskan, dan beberapa laman-laman dotcom saja. Untuk pengetahuan korang, walaupun pokcik bisnes sendiri, tapi menggunakan bisnes francais jadi segala prosedur di kawal oleh Francaisor. Diaorang nak blok, kita tak boleh buat apa.
Pokcik memang suka menulis bab pancing ni sebab memang pancing ni hobi pokcik. Jadi kalau tension bila kerja, pokcik akan menulis..dapat ketenangan sikit. Sekarang dah di blok, susah sikit. Bila tension, hantuk kepala kat meja aje lah.
Cerita tentang kesukaan ni, pokcik balik raya kat Temerluh raya lepas. Lepas je sembahyang raya, pokcik dan Slumber Sr terus ke Sg Pahang. Maklumlah dah lama tak membasahkan tali pancing. Walaupun air sungai besar dan keruh, kira layan lah jugak. Anak-anak pun ikut sekali.
Slumber Sr dok memancing hulur je, main seluang. Pokcik pancing baling. Raya pertama dapat anak-anak ikan je. Raya kedua pegi gak lagi. Maklumlah dah tetua ni malas lak nak beraya sana sini. Hari tu pokcik memancing dekat sangkar ikan. Fuyoo, pokcik dapat patin sungai..bukan senang wer nak dapat saat2 manis cam ni. Senior cam biasa je la layan seluang dan lais.
Tapi kami tak bawak la kamera kerana ingat tak dapat nak update blog ni. Alih-alih malam ni, diorang lupa lak nak block internet...jadilah cerita ni.
Anyway, kengkawan spt Bila, Kitang dan lain2 kami minta maaf le masa korang dtang umah kami tak de...kami beraya sakan tepi sungai ker ker
1 comment:
pokcik ni memang hardcore la, time raya pun jadi gak gi mancing huhuhu...
pancingtebing.blogspot.com
Post a Comment