Selepas di asap, ikan akan mula "pedih mata", seperti manusia juga..maka ia akan kelam kabut tenggelam timbul. Namun keadaan ini tidak lama. Maka kita harus bertindak cepat menangkap ikan tersebut sebelum ia kembali kepada normal. Di sini kemahiran orang Asli tidak dapat dipertikaikan. Mereka mampu menangkap beberapa ikan sekali gus berbanding kami yang terkejar-kejar ikan malah kadang-kadang perlu memakai sauk jua.
Terdapat beberapa spesis ikan di sini iaitu sebarau, tengas, krong - semua spesis bertulang banyak dan berselirat. Namun hanya yang bersaiz kecil dan sederhana sahaja yang ada. Mengikut kata Tok Ketua, jika mahu ikan yg lebih besar, perlu berjalan lebih jauh ke hulu iaitu sekitar 45 min ke sejam. Tapi keadaan hutan yang sukar tidak mengizinkan tangan-tangan halus dan kaki kaki gebu kami untuk menjelajah lebih jauh ke pendalaman. Cukuplah yang dekat-dekat saja, yang penting dapat mengikuti budaya unik mereka