Mengagau Bersama Orang Asli II



Pilihan ke Tanjung Malim dibuat kerana sungai atau jeramnya masih belum tercemar, dengan kedinginan serta kejernihan airnya. Suasana hutan dan deruan air menghilangkan rasa tertekan. Jeram pertama yang dituju hanya 10 minit dari jalan kampung yang bertar. Untuk sampai ke jeram tersebut kami terpaksa melalui jalan sempit antara deretan kebun-kebun buah-buahan yang nyaman diempunyai oleh korporat-korporat KL yang juga menternak rusa, mempunyai rumah desa (country house), laluan berkuda berhampiran sungai yang mengalir tenang. Beginilah agaknya cara tokoh-tokoh tersebut lari dari kekalutan kota.
Sampai di jeram pertama, ketua pihak orang Asli mengarahkan penyelamnya untuk meninjau ke dalam air bagi memastikan ada ikan di sekitar kawasan tersebut terutama nya di bawah batu. Jika ada ikan, aktiviti mengagau akan dimulakan dimana kami akan turun beramai ke dalam air dan acara mengasap "dalam air" akan dibuat bagi membuat ikan tidak nampak jelas.