18 November, 2010

Ketam Bulan Mengambang III



Sementara menunggu masa untuk memeriksa tangkul kami meneruskan aktiviti memancing. Suasana amat sejuk di atas kelong ini, angin pagi menderu-deru, perut terasa lapar dengan cepat. Nasib baik di kelong ini ada tempat memasak..pergh pekena maggi cup ngan kopi 3 in 1 cukup menyegarkan. Mana2 yang tak tahan, terus terlena di bilik-bilik papan yang tersedia, mengerekot dalam suasana dingin. Sungguh selesa jika dapat peluk bini masa begini.

Bulan mengambang menjanjikan tangkapan pancing yang kurang. Mungkin ikan tidak tertarik lagi kepada cahaya lampu dari kelong kerana cahaya bulan lebih mengasyikkan. Pada malam itu hanya ikan kecil atau ikan karang yang memakan umpan pancing. Lewat subuh, pancing Kamarul disentap kuat. Apabila dinaikkan, masing2 takut nak pegang, ular laut ke belut?

Setelah siap difoto, spesis tersebut dilepaskan. Kebetulan ada pemancing sebelah baru terjaga, tunjukkan gambar dan dia mengesahkan itu belut laut. Kalau buat kuah laksa sedap katanya, mengapa tak bagi kat dia.

Isk, tak tergamak nak pegang pun, apatah lagi nak makan. Mungkin bukan rezeki sesiapa, belut kembali semula ke sarangnya...

Ketam Bulan Mengambang II

Labuhkan tangkul seberapa banyak yang mungkin. Kita hanya perlu check setengah jam sekali untuk mengutip hasil atau menggantikan umpan jika telah habis. Untuk memeriksa tangkul, kita hanya perlu menaikkan tangkul dengan tarik tali sehingga ke permukaan.

Untuk malam tersebut, hasilnya hampir setengah tong cool box kami dapat ketam bunga. Tapi berhati2 bila mengambil ketam ini, boleh pegang2 tapi jangan kena sepit.

Kadang2 dalam tangkul ini, ada juga anak-anak ikan yang terperangkap sekali. Bagi trip ini, banyak anak ikan menyerupai keli terperangkap namun ia berbelang putih. Nikmat dapat menarik tangkul dengan ada hasil di dalamnya. Lebih nikmat lagi jika ketam tersebut dimasak segera, masak lemak cili padi atau apa saja. Daging ketam segar manis dan berdecit-decit bila dimakan, berdecit2 macam bunyi tayar mat rempit. Kalau bini ajak merempit malam tu, sori la..makan kenyang2 dulu baru lah fikir aktiviti lain.

Jadi sesiapa yang nak mencuba menangkul ketam, tunggulah musim bulan mengambang. Jangan pergi tempat tersorok dan gelap, nanti menangkul bersama pontianak sundal malam...eee takut nyah!

Ketam Bulan Mengambang


Minggu ini dan ke depan adalah waktu yang baik untuk menangkap atau menangkul ketam. Ini kerana bulan mengambang di mana ketam2 banyak isinya dan aktif mencari makan. Ketam tangkapan sendiri dan di masak sendiri lebih manis, untuk dimakan atau untuk kenangan..bak iklan "tidak ternilai..selebihnya mastercard yang uruskan"

Lanjutan dari itu, saya dan adik membuat lawatan ke kelong untuk mencuba menangkul ketam. Lintas langsung dari kelong Bagan Lalang:

Jam 7pm kami sampai ke kelong dengan bot yang disediakan oleh pengusaha kelong tersebut. Tidak ramai pemancing ketika ini, mungkin masing2 sudah polos poket atau sibuk melayan elusan isteri dan anak di rumah. Kami berbekalkan beberapa batang pancing, Coolbox 52liter, 12 tangkul, beberapa batu bata pecah, 3 dozen ikan kembung dan umpan pumpun yang dibeli di tepi jalan sebelum ini. Pancing dan pumpun untuk aktiviti memancing manakala selebihnya untuk menangkul ketam.

Pancing di pasang dahulu, diletakkan dibeberapa spot yang sesuai, kemudian barulah fokus kepada menyediakan tangkul. Menyediakan tangkul ini sebenarnya tidak susah. Kami menggunakannya adalah berdasarkan pemerhatian pemancing2 sebelum ini.

Tangkul boleh dibeli di kedai2 pancing, harganya pun tak mahal. Ikat mata pancing besar bersama tali sejengkal di dalam tangkul. Tujuannya adalah untuk meletak umpan ikan kembung. Tangkul ini akan di sambung dengan tali plastik, yang biasanya digunakan sebagai tali penyidai ampaian. Satu gelung mungkin sudah mencukupi untuk tangkul sampai ke dasar laut. Jika tak cukup, sambung 2 tali.

Ikan kembung dicangkuk seekor di dalam tangkul. Ketam cukup terliur tengok ikan kembung ni. Letakkan batu bata pecah, saiz setengah batu bata. Tujuannya untuk menenggelamkan tangkul tersebut. Jika arus kuat, tambah batu bata secukup rasa supaya ia tak hanyut. Kemudian benamkan tangkul dan ikat pengujung tali di mana-mana tiang

17 November, 2010

Survival Tuna Sirip Biru II




Pelengkap sushi Jepun

Dalam satu-satu masa terdapat satu dozen atau lebih kapal nelayan di kawasan lautan yang cukup luas bermula dari Perancis, Sepanyol, Turki dan banyak lagi sehingga tidak memudahkan pencinta alam mengejar dan menghalang mereka daripada menangkap ikan tuna itu.

Beberapa kapal nelayan hampir tidak bergerak kerana begitu teruja dengan hasil tangkapan mereka, manakala kapal lain pula bergerak perlahan.

Ini kerana kebanyakan kapal itu membawa jaring sangkar yang digunakan untuk mengelilingi kumpulan tuna yang kemudiannya ditunda ke pesisir pantai untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk gergasi. Ikan-ikan tersebut kemudian akan dihantar ke Jepun.

Ini kerana tuna digunakan untuk membuat makanan kegemaran rakyat negara Matahari Terbit iaitu sushi dan sashimi.

Nilai ikan tersebut bergantung kepada saiz dengan harganya boleh mencecah sehingga RM401,418 seekor di pasar ikan Tsukiji, Tokyo.

Sementara itu, pemburuan ikan tuna sirip biru secara meluas di laut bebas menyebabkan hasil tangkapan spesies itu menjunam sehingga 80 peratus di Mediterranean dan Atlantik.

Apatah lagi ketamakan nelayan mengaut hasil tangkapan membawa mereka sehingga memburu anak-anak ikan tuna sirip biru yang biasanya berada di perairan lebih panas.

Pada awal tahun ini, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat cuba mengharamkan perdagangan spesies tuna tetapi Jepun melobi dengan jayanya sehingga usul yang dikemukakan itu ditolak.

Seterusnya kempen mengharamkan perdagangan ikan itu dialihkan kepada perairan terbuka kerana pemburuan ikan tuna sirip biru hanya boleh dilakukan sehingga pertengahan Jun lalu sahaja. Selepas tempoh itu, pencinta alam menggunakan peta nautika serta kompas untuk memantau dan menghalau kehadiran kumpulan bot tunda di perairan terbuka.

"Jika bot nelayan mula mengelilingi sesuatu kawasan atau memperlahan bot, itu memberi petunjuk bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk menunda kawanan tuna sirip biru. Itulah sebabnya Greenpeace mahu 'mengganggu' kegiatan mereka di laut kerana kami mahu mereka menghentikan tangkapan besar-besaran," terangnya.

Bagaimanapun Greenpeace enggan mendedahkan apakah taktik-taktik yang digunakan mereka dalam usaha menggagalkan pemburuan ikan tuna sirip biru oleh nelayan.

Pada Mei lalu, aktivis menaiki rakit untuk menghalang tiga kapal ikan tuna daripada meninggalkan Pelabuhan Sete, Perancis.

"Kita tidak mempunyai banyak masa," tegas Knowles. Kerana itu Greenpeace mahu memberi tekanan yang lebih kuat kepada Suruhanjaya Konservasi Tunas Atlantik (ICCAT) agar musim penangkapan ikan dipendekkan kepada empat minggu sahaja.

"Kita masih bertolak ansur dengan memberi peluang mereka menangkap ikan tuna sirip biru tetapi kita tidak mahu mereka menunda semua ikan tersebut sehingga ia pupus di lautan," terang Knowles.

Bagaimanapun ramai penyelidik berpendapat kuota dan jumlah tangkapan itu lebih tinggi daripada yang sepatutnya.

Pakar perdagangan perikanan, Audun Lem memberitahu seharusnya usaha lebih tegas dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membanteras pemburuan berleluasa ke atas tuna sirip biru. Namun, pada masa yang sama kita seharusnya memberi jalan alternatif kepada para nelayan kerana jika tidak sampai bila pun ia tidak akan selesai.

Itali sebagai contoh membuat perjanjian penangguhan sementara dengan para nelayan ikan tuna sirip biru negara itu tahun ini. Kerajaan Itali telah mengeluarkan AS$12.3 juta (RM40 juta) kepada nelayan dan syarikat perikanan untuk memastikan semua bot nelayan Itali berada di pelabuhan.

Kerana itu, 49 buah bot tuna yang sebelum ini dibina dan diberikan kepada nelayan secara subsidi kini disubsidikan semula untuk kekal di pelabuhan. - AFP

Survival Tuna Sirip Biru


Artikel ini diambil dari Harian Kosmo 17/11/2010.

DARI Pantai Malta, kelihatan sekumpulan bot-bot nelayan yang tenggelam dan timbul di perairan Mediterranean. Bot tersebut sedang menunggu untuk menjala sebanyak mungkin tuna-tuna sirip biru sebelum berakhirnya bulan Jun.

Hakikatnya, tuna bukanlah satu-satunya mangsa buruan. Ini kerana kumpulan pencinta alam sekitar turut menantikan dengan teropong dan peralatan pemantauan moden yang bukan sahaja diletakkan di tepi pantai tetapi juga di atas bot tunda.

Aktivis pencinta alam memburu bot-bot nelayan kerana tidak lagi mahu nelayan menunda ikan tuna sirip biru.

"Sebenarnya, saya mahu mereka memancing sahaja," beritahu salah seorang pencinta alam yang terlibat dalam kempen Greenpeace, Oliver Knowles. Akui Knowles, dia mahu aktiviti penangkapan ikan tuna sirip biru secara komersial ditangguhkan buat sementara waktu untuk memberi masa ia kembali membiak tanpa gangguan.

Kerana itu Knowles dan pasukannya telah menghantar dua kapal ke Mediterranean bagi menjalankan pemburuan bot-bot nelayan.

"Lakukan sesuatu sekiranya anda mahukan alam sekitar tidak dimusnahkan secara besar-besaran. Saya tidak mahu mereka menangkap ikan tuna sirip biru lagi. Kita terpaksa berusaha keras demi menjaga alam sekitar, namun unsur politik tetap memainkan peranan untuk menghentikan nelayan," terangnya penuh bersemangat kepada 26 krew yang menaiki kapal organisasi itu, Rainbow Warrior.

04 November, 2010

Fenomena di Ufuk Timur II




Bukan satu, malah banyak formasi yang dilakarkan di dada langit. Bukan satu warna, malah beberapa..merah, kuning dan lainnya. Kejadian berlaku di awal malam sekitar 8.30pm. Formasi yang ditunjukkan bagai lukisan sang artis di mana kanvasnya adalah langit malam. Cuaca agak cerah kerana bulan mengambang pada waktu itu. Siapa melihatnya pasti terpikat...kagum, terpersona atau apa saja..
Sesiapa yang tahu fenomena ini silalah kongsi bersama

Fenomena di Ufuk Timur


Bulan lepas semasa memancing di Bagan Lalang, pokcik ternampak fenomena pelik di ruang angkasa laut Selat Melaka. Mata melilau memandang sekitar kerana kebosanan kerana tiada getuan di pancing. Tiba-tiba nun di ufuk timur, terpandang cahaya yang berlegar2 di langit. Kebetulan langit cerah tanpa awan. Fenomena itu berlaku kira-kira 15 minit. Bagai alunan penari, pokcik terkesima dengan lenggang lenggok tarian cahaya tersebut.


Cahaya apakah lemah gemalai itu..sungguh indah. Masih terbayang di mata cahaya misteri tersebut...rasanya ingin sama mencoret cahaya di langit itu.