Ketam Bulan Mengambang III
Sementara menunggu masa untuk memeriksa tangkul kami meneruskan aktiviti memancing. Suasana amat sejuk di atas kelong ini, angin pagi menderu-deru, perut terasa lapar dengan cepat. Nasib baik di kelong ini ada tempat memasak..pergh pekena maggi cup ngan kopi 3 in 1 cukup menyegarkan. Mana2 yang tak tahan, terus terlena di bilik-bilik papan yang tersedia, mengerekot dalam suasana dingin. Sungguh selesa jika dapat peluk bini masa begini.
Bulan mengambang menjanjikan tangkapan pancing yang kurang. Mungkin ikan tidak tertarik lagi kepada cahaya lampu dari kelong kerana cahaya bulan lebih mengasyikkan. Pada malam itu hanya ikan kecil atau ikan karang yang memakan umpan pancing. Lewat subuh, pancing Kamarul disentap kuat. Apabila dinaikkan, masing2 takut nak pegang, ular laut ke belut?
Setelah siap difoto, spesis tersebut dilepaskan. Kebetulan ada pemancing sebelah baru terjaga, tunjukkan gambar dan dia mengesahkan itu belut laut. Kalau buat kuah laksa sedap katanya, mengapa tak bagi kat dia.
Isk, tak tergamak nak pegang pun, apatah lagi nak makan. Mungkin bukan rezeki sesiapa, belut kembali semula ke sarangnya...
3 comments:
penah gak dapat.mancing kat lukut.
Tu namanya ikan sidat...saya pun pernah dapat...tp lepaskan jugak sbb tak pernah dengar org makan...
Post a Comment