Trip Pulau Sembilan - Final Check
Trip kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa. Selain grup Rosli seramai 4 orang (termasuk Zakil), grup Bob - 3 orang dan grup Rashid -3 orang; senarai menanti ada 5 orang lagi. Sehingga hari ini tiada seorang pun yang tarik diri. Masing2 telah menjelaskan deposit (RM50) iaitu separuh dari bayaran penuh (RM100). Bermakna tiada yg tarik diri, maka senarai menanti tidak dapat dimasukkan. Itupun kami belum mempelawa grup Shahril yang selalunya ada 3 orang. Kalau tidak, senarai menanti akan bertambah.Bagi dalam senarai menanti, terutama grup En. Jaafar dari Sg Pelik (3 orang), masing2 seorang dari grup Bob & Rashid, kami memohon maaf. Mungkin anda akan diberi keutamaan bagi trip yang berikutnya. Seperti yg dimaklumkan, kami hanya dapat membawa 10 orang bagi trip ini. Sesiapa yang bayar deposit dahulu, nama mereka disenaraikan dahulu. Bagi yg tertangguh2, itu yang masuk senarai menanti/menunggu.
Jangkaan pengkaji cuaca (baca dlm paper - Joran/BH Jumaat lepas), keadaan laut pada hari trip sangat baik, angin pun tak kuat. Musim air sedang menyusung ke dalam di mana sangat sesuai memburu ikan pelagik dan demersal. Tekong pula sangat berpengalaman (nanti semua akan tengok tekong mengemudikan bot menggunakan kaki!), tekong yang sangat diminati oleh ikan talang dan gerepoh (kembar dia kot).
Contoh mata pancing untuk pemburuan talang dan gerepoh telah diberi kepada Rashid dan Bob. Jangan lupa beli. Grup Rosli dah beli siap2. Tali utama 40-60 paun (kalau nak guna yg lagi kasar sehingga 100 paun pun boleh). Tali perambut 50-70 paun (10-20 paun lebih kasar dari tali utama). Perambut buat panjang sedepa. Kalau dah readykan dari rumah, lagi bagus. Bot berhenti terus pancing. Kalau nak try jig, beli jig metal berat dalam 100g-125g. Yang serap-cahaya atau yang biasa. Pancing bawa 2 batang cukup. Banyak2 tak terkejar nanti. Ladung no.7 & 8, ladung hidup atau mati. Kalau pun air terlaju, guna double sinker/ladung.
Umpan ikan bilis segar kita akan minta tekong ambil dari bot pukat di Pulau Sembilan. Umpan spare kita akan minta tekong beli dari Pulau Pangkor, dalam RM30-RM40. Cool box mesti bawa satu sorang (dibaca 'Mesti'). Kotak aksesori satu grup boleh kongsi2 (beli ladung, mata, swivel dsb beli kongsi2-letak satu box) bawa 1 atau 2 box sudahlah bg satu grup. Ais untuk tong ikan dan makanan pemancing - tekong akan sediakan ala kadar. Tapi kalau bawa roti, jajan/titbits sendiri bagus gak sementara nak tunggu lunch dan dinner. Bagi yg tak tahan mabuk, beli pil cam artikel saya yg lepas. Bawa Eno untuk buang angin dlm perut, pil cirit birit (chi kit teck aun), plaster dan panadol, in case. Bawa pakaian spare takut hujan.
Tempat perjumpaan telah ditetapkan bg yang nak berkonvoi, iaitu Kuala Selangor, pukul 1.00 pagi hari Sabtu tersebut. Jadi korang kena bertolak malam Jumaat kalau nak sampai pada waktunya. Bagi yg nak pergi terus, silakan ke Teluk Batik, park kereta di restoran seafood di hadapan Outward Bound School (OBS). Jangkaan semua sampai di sana pukul 4.30am, Sabtu. Pastikan Hand phone anda sentiasa 'on' supaya senang dihubungi.
Bot akan bertolak 5.30am dari jeti tersebut. Siapa lambat kira tinggallah. Pembahagian hasil akan dibuat secara samarata. Bermakna siapa yang dapat banyak atau yg dapat sikit, kita kongsi sama2, rasa sama2..gitulah semangat kerjasama pemancing. Anyway, panjatkan doa supaya trip kali ini menjadi, tiada bala, moga ikan meletup2 di permukaan dan masing2 membawa hasil lumayan untuk keluarga dan jiran2.
Gambar 1 & 2: Gerepoh selalu datang berkumpulan. Trip kami sebelum ini (disiarkan dlm majalah Gi Ngail) kami pernah nampak kumpulan gerepoh dan talang, beribu2 jumlahnya mengelilingi bot (Allahu Akbar) membaham bilis di permukaan, bersemburan ikan meloncat di permukaan. Macam meletup2 permukaan laut dibuatnya. Baling saja umpan di kumpulan ikan, Insya Allah dimakannya.
