Trip Pulau Sembilan - Final Check
Trip kali ini mendapat sambutan yang agak luar biasa. Selain grup Rosli seramai 4 orang (termasuk Zakil), grup Bob - 3 orang dan grup Rashid -3 orang; senarai menanti ada 5 orang lagi. Sehingga hari ini tiada seorang pun yang tarik diri. Masing2 telah menjelaskan deposit (RM50) iaitu separuh dari bayaran penuh (RM100). Bermakna tiada yg tarik diri, maka senarai menanti tidak dapat dimasukkan. Itupun kami belum mempelawa grup Shahril yang selalunya ada 3 orang. Kalau tidak, senarai menanti akan bertambah.
Bagi dalam senarai menanti, terutama grup En. Jaafar dari Sg Pelik (3 orang), masing2 seorang dari grup Bob & Rashid, kami memohon maaf. Mungkin anda akan diberi keutamaan bagi trip yang berikutnya. Seperti yg dimaklumkan, kami hanya dapat membawa 10 orang bagi trip ini. Sesiapa yang bayar deposit dahulu, nama mereka disenaraikan dahulu. Bagi yg tertangguh2, itu yang masuk senarai menanti/menunggu.
Jangkaan pengkaji cuaca (baca dlm paper - Joran/BH Jumaat lepas), keadaan laut pada hari trip sangat baik, angin pun tak kuat. Musim air sedang menyusung ke dalam di mana sangat sesuai memburu ikan pelagik dan demersal. Tekong pula sangat berpengalaman (nanti semua akan tengok tekong mengemudikan bot menggunakan kaki!), tekong yang sangat diminati oleh ikan talang dan gerepoh (kembar dia kot).
Contoh mata pancing untuk pemburuan talang dan gerepoh telah diberi kepada Rashid dan Bob. Jangan lupa beli. Grup Rosli dah beli siap2. Tali utama 40-60 paun (kalau nak guna yg lagi kasar sehingga 100 paun pun boleh). Tali perambut 50-70 paun (10-20 paun lebih kasar dari tali utama). Perambut buat panjang sedepa. Kalau dah readykan dari rumah, lagi bagus. Bot berhenti terus pancing. Kalau nak try jig, beli jig metal berat dalam 100g-125g. Yang serap-cahaya atau yang biasa. Pancing bawa 2 batang cukup. Banyak2 tak terkejar nanti. Ladung no.7 & 8, ladung hidup atau mati. Kalau pun air terlaju, guna double sinker/ladung.
Umpan ikan bilis segar kita akan minta tekong ambil dari bot pukat di Pulau Sembilan. Umpan spare kita akan minta tekong beli dari Pulau Pangkor, dalam RM30-RM40. Cool box mesti bawa satu sorang (dibaca 'Mesti'). Kotak aksesori satu grup boleh kongsi2 (beli ladung, mata, swivel dsb beli kongsi2-letak satu box) bawa 1 atau 2 box sudahlah bg satu grup. Ais untuk tong ikan dan makanan pemancing - tekong akan sediakan ala kadar. Tapi kalau bawa roti, jajan/titbits sendiri bagus gak sementara nak tunggu lunch dan dinner. Bagi yg tak tahan mabuk, beli pil cam artikel saya yg lepas. Bawa Eno untuk buang angin dlm perut, pil cirit birit (chi kit teck aun), plaster dan panadol, in case. Bawa pakaian spare takut hujan.
Tempat perjumpaan telah ditetapkan bg yang nak berkonvoi, iaitu Kuala Selangor, pukul 1.00 pagi hari Sabtu tersebut. Jadi korang kena bertolak malam Jumaat kalau nak sampai pada waktunya. Bagi yg nak pergi terus, silakan ke Teluk Batik, park kereta di restoran seafood di hadapan Outward Bound School (OBS). Jangkaan semua sampai di sana pukul 4.30am, Sabtu. Pastikan Hand phone anda sentiasa 'on' supaya senang dihubungi.
Bot akan bertolak 5.30am dari jeti tersebut. Siapa lambat kira tinggallah. Pembahagian hasil akan dibuat secara samarata. Bermakna siapa yang dapat banyak atau yg dapat sikit, kita kongsi sama2, rasa sama2..gitulah semangat kerjasama pemancing. Anyway, panjatkan doa supaya trip kali ini menjadi, tiada bala, moga ikan meletup2 di permukaan dan masing2 membawa hasil lumayan untuk keluarga dan jiran2.
Gambar 1 & 2: Gerepoh selalu datang berkumpulan. Trip kami sebelum ini (disiarkan dlm majalah Gi Ngail) kami pernah nampak kumpulan gerepoh dan talang, beribu2 jumlahnya mengelilingi bot (Allahu Akbar) membaham bilis di permukaan, bersemburan ikan meloncat di permukaan. Macam meletup2 permukaan laut dibuatnya. Baling saja umpan di kumpulan ikan, Insya Allah dimakannya.
25 comments:
Gerepoh dalam gambar tu saya rasa dlm 3-5kg seekor. Kalau kena pancing, tarik dia macam tarik kambing seekor. Berdenyut beb!
Tah macamana rasanya pemancing yg dpt 15-20kg seekor kat Koh Adang, Thailand atau terumbu Layang-layang di Sabah tu, tentu macam tarik anak lembu. Berdesing beb!
pokcik takut lah sk nak gi scuba diving kat laut...mana tau mata kail pokcik tersangkut kat sk..memang sk saman pokcik 5 juta ahaks!
ooo inat scuba yek. nanti post kan pengalaman dan gambar pokcik scuba. SK pun blh gak hantar artikel. ttg diving spot ke, experience ke
apsal asyik salah eja. patut pun perut dah lapar. kat bwh tu lak ada ikan jun masak. anyway, nanti pokcik publishkan gambar pokcik scuba kat sipadan dll lain tempat, tupun klu ada yg minat nak tengok.
buy tramadol online tramadol for dogs buy - tramadol hcl 50mg 319
buy tramadol online buy-tramadol-overnight - buy tramadol with cod
buy tramadol online tramadol 99 free shipping - tramadol high good
carisoprodol 350 mg snorting carisoprodol erowid - carisoprodol overdose
buy tramadol cod tramadol withdrawal during pregnancy - tramadol withdrawal symptoms how long
buy carisoprodol what is soma carisoprodol used for - carisoprodol 175 mg
buy tramadol online buy tramadol cod personal check - tramadol online no prescription overnight delivery
buy tramadol online buy tramadol online usa cheap - tramadol hcl 50mg 627
xanax online xanax normal dosage - xanax and alcohol rage
http://landvoicelearning.com/#51602 tramadol hcl 50 mg half life - tramadol xr
buy tramadol cod overnight tramadol can you snort - tramadol for dogs withdrawal symptoms
http://buytramadolonlinecool.com/#91646 tramadol hcl canine - tramadol for dogs contraindications
http://buytramadolonlinecool.com/#63102 where can i buy tramadol online usa - tramadol vicodin high
http://landvoicelearning.com/#62431 tramadol 50mg opioid - tramadol hcl 50 mg tablets
buy tramadol tramadol 200 mg no prescription - what are the best sites to buy tramadol online
buy tramadol online tramadol hcl 50 mg strong - tramadol cheap prices
tramadol online can you order tramadol online legally - buy viagra tramadol
http://buytramadolonlinecool.com/#28875 buy tramadol from usa - tramadol for purchase
http://ranchodelastortugas.com/#30416 xanax dosage to get you high - generic xanax vs brand
xanax online xanax withdrawal muscle spasms - much 2mg xanax street price
xanax online how long does 3mg xanax high last - difference between xanax generic
Post a Comment