Memedap Ikan
Kembali ke zaman budak2 dulu, seingat saya ada la 2 kali memedap (bak kata Niazor) ikan ni. Kat tempat saya dipanggil menggagau ikan. Menggagau ikan ini biasanya orang gunakan serkap buluh. Serkap buluh ini ni macam bentuk silinder dengan 2 hujungnya terbuka. Jadi orang akan tujah tempat yang dia rasa ada ikan, lepas tu dia akan gagau dengan tangan (bare hand) untuk mencari ikan dalam serkap tu.
Pengalaman saya menggagau ikan ni kalau tak silap saya semasa saya dalam tingkatan satu semasa bercuti sekolah. Saya dengan jiran sebelah, Aziz namanya pergi ke Kg Teluk Rumania ke sawah seorang sedara dia. Kami panggil budak tu Gedegak, sesuai dengan badannya yang tegap dan berkulit legam..hehehe. Paya yang luas juga di kampung tu. Masa tu musim kemarau, habis air paya kering, hanya tinggal lopak kecil di sana sini. Memang inilah pengalaman pertama, jadi saya tengok dulu baru buat.
Kali ni mereka (Gedegak & Aziz) tak bawak serkap. Mereka hanya menggunakan tangan kosong meraba-raba dalam lopak yang berlumpur, terutama di bawah rumpai paya.Tak lama kemudian Aziz mendapat ikan kepar sebesar tapak tangan. Gedegak menggagau sekejap dah dapat ikan puyu dan kepar di kedua2 tangannya. Saya pun apa lagi, cari lopak kecil, hulur tangan. Pelan2 mencari dalam air lopak tu, bila tersentuh benda licin, cepat2 pegang. Mula2 lepas la 2-3 ekor. Lepas tu, mungkin skill semula jadi, rasa2 licin kali ni tak pegang terus. Tapi cuba cari kepala ikan tu, kemudian cekik dekat ingsang nya. Mula sekali dapat ikan puyu, besar gak. Terkial2 juga nak masukkan dalam bakul sebab ia berduri di belakangnya.
Dah dapat seekor tu, terus teruja. Kali ni menggagau guna dua tangan lak. Fulamak, dengan mudahnya dapat dua ekor sekaligus, kepar dan potak. Kalau menggagau tu rasa ikan panjang sikit, tu haruan la atau semilang. Haruan ni kena pegang kuat sikit kat ingsang nya sebab dia licin. Not bad for the first time, saya dapat dekat se baldi hari tu. Ikan haruan, ikan kepar, puyu, potak, keli dan sebagainya. Kami bertiga menggagau sehingga tengahari, nak tau dapat banyak mana? Satu guni tu...kongsi bertiga, jenuhlah mak buat pekasam hari tu.
Yang peliknya masa tu tak terfikir tentang ular ke, duri sembilang ke. Macam mudah je hari tu. Seluk dalam lopak, rasa benda licin, lurutkan tangan hingga ke pipi ikan, grip dan masuk bakul. Mak pun macam tak percaya anak dia bawak balik ikan banyak hari tersebut. Tapi sekarang ni, bak kata Niazor, tak berapa dah nak menggagau ni, teringat sang belit...
No comments:
Post a Comment