06 February, 2007

Keli Afrika Lubuk Wak Duan II




Kali ini joran Sham bergegar2. 2 joran sekali bergetar. Terketar-ketar Sham mengejar, mana satu dulu nak diputar. "Rescue 911", bantuan Sedi dipinta. Sham dan Sedi memutar mesin terkinja2. Di hujung joran 2 anak belida terkena, Sham melompat macam kiamat nak tiba.

Panas matahari semakin terik, atap guni kami tarik. Atap guni tak muat berempat, dalam semak kami merempat. Ikan mula kurang makan, matahari terik rasa semacam, peluh keluar ketiak bau masam. Sedi mula berjalan ke sisi, rupanya nak ke pondok di tepi kali, nak membuta di tengahari.

Ikan makan sekali sekala. Kadang2 ruan, kadang2 belida. Waktu petang panas pun reda. Perut lapar tidak terkira tapi bekal tidak dibawa, kembung air kami dibuatnya. Ikan mula bermain di permukaan, kami mula tak menang tangan. Dengan joran aksi ringan, menarik ikan terasa kepuasan.

Hari dah petang dekat nak maghrib, joran disimpan..kami nak balik. Ikan dibagi sama rata, malam boleh suruh emak masak berlada.

2 comments:

Anonymous said...

ikan keli..feberet anak dara jun ni ..ikan keli goreng garing, keli berlada or masak lemak cili padi...tp slalu beli dah siap masak je, hehe..mintak maap la kalu pokcik nak resepi ikan ni..jun mmg x leh masak..x penah beli pon..whahahaha

PROJEK KELI KANVAS said...

Nak tahu info-info best dan menarik mengenai ikan Keli,jemputlah datang ke...
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
Salam ukhwah dari Penang... :)