02 February, 2007

Ice Fishing - The Art and Zen of Fishing III




Waktu sekarang (Jan-April) adalah antara waktu paling sesuai untuk ice-fishing di Michigan atau di Midwest area ni. Kerana waktu inilah tahap beku yang paling ketara sehingga mencecah tahap suhu “minus” below zero bak kata mat salleh tu. Even waktu sekarang ni di Michigan atau tempat aku suhu rata-rata dalam dalam -10 F (lebih kurang dalam -23 C ) . “Freezing Cold” - so waktu ni kira waktu paling “perfect” kalau nak ice-fishing.
Waktu ni tasek2 atau telok menjadi beku sehingga beberapa inci…. Ketebalan ais ini bergantung kepada ketumpatan ais yang boleh diukur dengan alat pengorek ais dipanggil Auger. Oleh kerana ais yang tebal dan mampat , kita boleh berjalan atau berlari di atas lapisan ais di atas tasek itu.
Kepada mat2 pancing yang extreme…ini lah masa paling best atau gempak kalau nak memancing….kena ada banyak “guts” dan testerone level yang tinggi aja sanggup buat kerja ice-fshing ni. Sesungguhnya ianya amat menyeronokkan tapi amat merbahaya.

No comments: