08 February, 2007

Resepi Jenahak




Sekali lagi Chef Selebriti Jun mempersembahkan kita resepi dari ikan gred A iaitu Jenahak. Macam yang Chef Jun katakan, jenahak ni masak apa pun sedap. Kalau yang baru ditangkap dari laut, dagingnya manis dan lembut. Kepalanya kalau dibuat kari, berdenyut...istimewa kepala ikan ni ia ada pelbagai rasa. Pipi rasa lain, otak rasa lain, mata rasa lain, daging atas kepala rasa lain..di situ raja keenakan seekor ikan. Di situ juga terletak asid yg buat org jadi pelupa...macam pokcik.

Dah beberapa ari dok mkn ayam je, ikut selera anak2..sampai tgk gambo ayam pon x selera dah..hehe.. Baru2 ni beli ikan jenahak, wat pertama kalinya..hehe..leh tahan gak harganye yek..tp sbb nak mkn, besar pon beli gak la..leh masak 2 kali g tu..siap potong 2..mula2 masak kari. Pastu bila singgah umah pokcik tu..sk dok sebut 3 rasa la plak..hmm, ikut la permintaan sk tp sk ngan pokcik n yg lelain tu, jamu mata je la ye..

Nak jamu perut, tinggal tulang je dah ni..hehe. Ikan ni memang popular sbb kandungan protein dia..mana2 doktor sure advice mkn byk2 ikan, betui pokcik?(Betui tu, tapi x leh mkn selalu, harganya berdenyut beb. RM18 sekilo kat sini..pokcik) Ada ikan murah, ada yg mahal..ikut mampu la kan. Kdg2 tu kurang mampu tp sbb nak mkn punye pasai...tutup mata, beli aje la..wahaha..salah satu ikan yg boleh tahan harganya..ikan ni lah..sbb saiz dia kat pasar tu x d yg kecik2 pon.

Ok lah..nama umum ikan ni ikan jenahak. Dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Golden Snapper atau John's Snapper (Jenahak ni byk jenis, ada warna gold, silver, kuning dsb). Nama saintifik dia Lutjanus johnii. Rupanya seakan ikan merah tapi sisik dia agak cerah sedikit. Ianya boleh ditemui di hampir semua kawasan laut masin jadi ia tergolong dalam spesis ikan air masin lah. Tapi sekarang ni, jenahak antara ikan komersial yg utama diternak di sini. Dikatakan beratnya boleh mencapai sehingga 8kg (itupun kalau x tangkap buat lauk..biarkan je..kot2 lg berat..heee). Sangat popular sebagai hidangan utama di restoren2 kerana isinya yg berwarna putih agak manis dan kurang minyak.
Ikan jenahak ni sedap dimasak gulai seperti kari dan asam pedas, sup, kukus, bakar, sweet n sour, tiga rasa dll..dlm ertikata lain..masak apa pun boleh..sedap siottt...kannn pokcik...?(Goreng pun sodap..). Minggu ni Jun masak 2 jenis..kari n 3 rasa (dr 1 ekor ikan tu la). Cara nak masak kari tu:-kisar bawang merah, bawang putih, halia. Tumis bahan kisar, halba campur, daun kari ngan pes kari, masuk air asam jawa, ikan dan santan. Masukkan pula sayur spt tomato, kacang bendi dan terung..jgn lupa garam ek..(bhn sume dah ok..tawar kang, ilang selera, kehkehkeh..).(mmg bijak Jun, kepala buat kari. Kalau goreng xleh nak makan, isi jadi kecut)

Cara masak 3 rasa:- ikan tu salut tepung jagung dan pepper sket, pastu goreng, ketepikan. Tumis halia dan bawang putih yg dikisar, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Boleh gak ditambah bahan lain spt tomato, cili merah, cili api dan bancuhan tepung jagung. Siram sos yg dimasak atas ikan...simple sgt, pokcik pun leh buat...ok la pokcik..tu la resepi kita minggu ni..c u in d next recipe..."

8 comments:

Pokcik Zam said...

Thanks Jun. Pokcik tunggu resepi udang mentega lak ya. Apa2 pun, resepi seterusnya x kira apa, udang ke, ikan ke, ketam ke, Ju hantar la. Sesuai dengan motto baru blog kita:'Pancing, Masak dan Santai"

Pokcik Zam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

amboi pokcik punyelah teringin nak mkn udang mentega post sampai 2 kali...

ler jun tuk tatapan kat blog jer ker...sk ni tunggu lah kat rumah kot2 DHL ada antar ikan jenahak masak 3 rasa..huhuhuhu...jun kalau tak silap ikan ni lah yg wat fish and ship kan?

Pokcik Zam said...

hehe..sbb lambat sgt post tu terhenjut2 mcm hujung joran pokcik je. tu tekan skali lagi. tgk2 masuk 2 kali. nak padam ler nih..

Pokcik Zam said...

Bila la nak dpt artikel dari SK yek??

Anonymous said...

hmm...sk, jun dah sok DHL anto tp dia reject la sbb abis kuah ikan tu kena kat mail laen...x pasai2 bau 3 rasa sume..wahaha...
fish n ship? oo..fish n chips tu k? haah..ikan lain pun leh gak, tp yg lebih kurang cam ikan ni la...amboi, sk..nak mkn western lak k? gud ide tu..anak jun sebok tanyer nak mkn baked fish lak...pokcik, ada ikan lebih, anta sini....

Pokcik Zam said...

bagus gak klu SK n Jun bg resepi western. pokcik n mokcik kat umah langsung x gheti nak buat. klu ada resepi blh gak try

Anonymous said...

western2 ni x susah pokcik tp jun kalu makan..cam x kenyang ler..kakaka..bukan apa, tekak melayu..nasik x leh tinggai la....
kalu jun masak western..jun bg pokcik ek...gambo j la...