Ragam Pemancing - Tripod Kaum Wangeya
Wangeya ialah satu daerah yang terletak di utara Republik Demokratik Kongo. Disebabkan tebing sungai yang berbatu dan agak rendah Sungai Kongo membentuk arus yang deras. Berdekad lamanya penduduk di sana menangkap ikan dengan cara yang agak menarik. Mereka membina struktur kayu besar yang berbentuk tripod merentangi sungai tersebut. Kaki tripod kayu ini akan ditanam di lubang batu yang biasanya terbentuk dari hakisan arus sungai.
Tripod kayu ini akan dipasang dengan bakul besar (semacam lukah) yang akan diturun ke dalam air untuk memerangkap ikan yang mengikut arus air. Hanya ikan besar yang terperangkap kerana bakul ini mempunyai ruang2 untuk ikan kecil melepaskan diri.
Dua kali sehari kaum Wagenya akan memeriksa bakul tersebut dan kadang kala ada yang terpaksa menyelam jika bakul tersebut terhalang oleh kayu2 besar. Hasil tangkapan akan dibahagi-bahagi kepada saudara mara walaupun mereka tidak terlibat secara langsung menangkap ikan tersebut. Lokasi untuk mendirikan tripod adalah diwarisi turun temurun seperti mewarisi tanah pusaka.
Sumber: "http://en.wikipedia.org/wiki/Wagenya"
3 comments:
tang mana cam tripodnya..tak faham den. gasak je la,den translate jer
Assalamualaikum....
Pokcik, katakanlah saya baru nak berjinak2 dalam arena memancing ni, ada tak manual atau 'fishing for dummies' untuk saya..? Harap pokcik advise.
pokcik x jumpa lagi buku tu. tapi kalau nak mencuba beli la set murah dulu dlm RM30, siap ngan joran, mesin dan tali. masa mula2 dulu pokcik test kat padang dulu cam ne nak buat balingan dsb. tapikan, rasanya hobi ni x sesuai ngan FG, hobi hanyir, berpanas, merdah hutan dsb..
Post a Comment