Resepi Sotong Bakar Bersambal
Sekali lagi Chef Selebriti Jun menghidangkan kita dengan resepi yang menggiurkan. Saya sambil menaip ni sambil menelan air liur. Nampak sahaja dah sedap, belum lagi try. Sesiapa nak dapat masakan macam ni selalu, marilah apply jadi anak angkat Chef Jun..
Ini resepi untuk minggu ni..sotong bakar bersambal (sian dia Jun, dah lah dibakar, disambal lagi...). Macam biasa lah...resepi Jun ni x tentu, ikut suka tukang masak dia lah kan..apa yg ada kat umah ni..tp glamer la sume2 yg Jun masak sbb lepas masak siap amik gambo..x kira la jadi ke x, so apalagi..posing la sume2 ikan, sotong, udang..heheh. Resepi ni jun masak minggu lepaih..minggu ni umah jun 'chicken week', masak ayam je.. n disebabkan pokcik x pancing ayam..jun x anta lah resepi ayam. Sotong..salah satu makanan laut yg agak famous di kalangan penggemar 'seafood'.
Sotong atau dalam bahasa inggerisnya squid tergolong dalam kumpulan invertebrata.(ingat blaja sains dolu2). Nama saintifiknya ialah Mastigoteuthis flammea (eh betui ka ni pokcik..nak tergeliat lidah menyebutnyer) (pokcik kalau baca tu, terkehel gigi). Di negara Inggeris, ianya lebih dikenali sebagai calamari (dr perkataan greek-italian). Ianya haiwan laut yang tidak bertulang belakang dan berbadan lembut. (psst pokcik..tu sbb ada org digelar sotong @ sutun kannn..hikks). Dikatakan terdapat lebih kurang 375 spesis sotong. Paling kecil saiznya 1 inci dan yg paling panjang pernah direkod ialah 20 mtr..(x tau la ni latest punye rekod ke..).
Sotong adalah haiwan pemakan daging..biasanya ikan lah menjadi santapannya. Itu sebab selalu ada anak ikan dalam sotong bila beli kat pasar tu..sotong pun jadi umpan untuk menangkap ikan gak kan pokcik?(Ya, betoi sgt) Sotong boleh dimasak kicap, sambal, lemak, atau goreng cam tu aje..masak rendang pun boleh. Tapi x boleh masak lama kerana ia akan jadi keras jika terlebih masak. Selain dari tu, deep fried pun popular gak terutama di restoren2..atau dalam bahasa kita, dipanggil udang goreng tepung (Jun, sotong goreng, bukan udang ye)...hmmm...bestnyer cicah sos cili..
Ok lah kali ni Jun masak grilled squid with sambal..ceewaahh...atau cakap kita, sotong bakar ngan sambal la..hehe..Masak dia senang je..kisar halia, bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, cili kering, sedikit ketumbar dan jintan manis, gula n garam dan mentega.. pastu gaul j kat sotong tu (pastikan sotong tu dah dibersihkan dulu la yek..). Dan bakar hingga masak..hasilnya macam gambo tu lah..mengancam x pokcik?....(Aikk resepinya skit jer, intro panjang popaleh yak hehe. OK Chef Jun, tima kasih. Nanti kasik resepi lain)
6 comments:
laa..udang la plak..hehhe, sampai tersasul..bukan apa pokcik, teringat mlm tadik mkn udang masak lemak ngan nenas..lwn ikan masin lak....jgn mare..
biasalah, intro panjang tu bg suspense j...
jun
jun,
..memang kat sini oarng panggil "calamari"...puhhhhhhh nampak sedap gilerrr....jun, meleleh air liur den.....
Alahai jun....fezah pun terliur jugak tengok gambar sotong bakar ni...ni kena pergi kedai tengok ada tak jual calamari.....mari...mari sotong...nak kena bakar lah kau lepas ni....
Jun, pokcik suka cara Jun tulis tu. At least dlm intro tu dpt pengetahuan lain ttg spesis tersebut. Juga dapat cara memasak selepas tu. Lain kali hantar resepi lagi, tulis pun cara mcm ni...TQ
Jun, sotong darth vader kat sebelah kiri tu klu buat ikut resepi Jun, ada ngancam tak??
Post a Comment