Trip Rompin II
Di kawasan berkarang ini, tekong cuba menggoda sotong dengan umpan tiruannya. Tak sampai 5 minit, tekong mengarau pancingnya dengan cepat. Seekor sotong menggabang selebar kertas A4 berjaya dinaikkan berat kira2 700g. Inilah kali pertama saya menyaksikan aktiviti candat sotong, lebih2 lagi di waktu siang. Saya ingat mencadat sotong hanya dilakukan pada waktu malam sahaja.
Mencandat sotong ini ada berbagai cara. Ada yang menggunakan umpan isi ikan, ada yang menggunakan umpan tiruan. Tekong tersebut menggunakan umpan tiruan seperti yang tertera di gambar. Kami teruja hendak mencuba. Walaubagaimanapun kami tidak membawa umpan tiruan tersebut malah kami tidak pernah terfikir ada aktiviti mencandat. Malangnya tekong hanya mempunyai hanya 2 umpan ekstra. Jadi kami bergilir2 mencuba. Bila tiba giliran saya, joran yang dilabuhkan terasa rentapan yang sederhana. Saya terus mengarau laju. Terasa berat seperti menarik sampah. Sotong menggabang bersaiz dua tapak tangan dewasa muncul di permukaan laut di ikuti pasangan nya. Bila ditarik menaiki bot, sotong tersebut memancut dakwat hitamnya. Sumpitannya begitu laju hingga mencapai ke atap bot. Pasangannya terus menyelam semula. Hingga kini masih terdapat kesan dakwat sotong di baju saya, tak boleh hilang walaupun peluntur digunakan.
Pada petang tersebut saya, Bob, Kamarul dan Syahril merasa sentapan sotong. Selain menggabang, sotong putih sepanjang dua jengkal juga berjaya dinaikkan. Agak banyak juga sotong dicandat hari itu.
Malamnya ombak terlalu kuat. Bot beroleng ke kiri ke kanan 45 darjah. Aktiviti memancing tidak lagi selamat. Masing2 mengambil tempat untuk beradu. Tetapi tidur tidak dapat lena kerana kami asyik bergolek2 macam ditolak ke tepi dan ditarik semula oleh orang bila di alun ombak.
Pagi tersebut tekong KO, mabuk hijau. Sauh ditarik dan bot bertolak ke jeti. Trip kali ini dikategorikan tidak berjaya kerana misi kami mencari ikan bagak. Walaubagaimanapun dihiburkan juga dengan selingan sotong A4..
No comments:
Post a Comment