12 February, 2007

Cencaru Torpedo Makan Pagi







Lubuk seterusnya dijenguk setelah letih melayan talang. Jam menunjukkan hampir pukul 11.30pagi. Semasa bot perpindah tadi saya sempat melelapkan mata. Setelah bot berlabuh, saya masih lagi memejamkan mata, lena dibuai ombak. Biarkan mereka memancing dahulu. Suara Rosli mula memekakkan telinga bila beliau bersorak kerana mendapat cencaru. Bukan sekali, malah berkali2.
.
Tak tahan godaan..terus bangun dan join kaki pancing lain. Kali ini kedalaman air sekitar 98 kaki sahaja. Kail dihulur. Tak sampai seminit, henjutan kuat terasa. Apa lagi, mesin dipulas. Agak kuat tekanan dari mangsa. Namun karauan laju terpaksa dibuat bagi mengelakkan tali bersilang dengan pemancing lain. Seekor cencaru bersaiz betis dewasa berjaya dinaikkan. Agak kasar juga saiz cencaru yang saya dan rakan2 lain daratkan. Jarang jumpa saiz ni di pasar malam atau di pasar besar.
.
Joran dihulur lagi. Masing2 tak menang tangan menarik cencaru bersaiz besar. Setiap satu bersaiz 1kg-2kg. Sampai tak sempat nak breakfast, cencaru berlumba2 macam torpedo membaham umpan. Berdenyut nyut nyut bahu menahan asakan cencaru. Tarikan cencaru memang power, mungkin rupabentuknya bulat tirus macam torpedo, sesekali pandang macam tuna yg membuatkan ia berenang laju di laut.
.
Rosli buat gila lagi. Setiap kali menaikkan ikan, sorak hilai memecah suasana. Sampai yg lain terikut2. Gembira betul macam budak2 dapat ais krim. Sampaikan satu bot pemancing lain yang berlabuh tidak jauh pun tarik sauh. Tak tahan bising macam tarzan. Mungkin tak tahan dengar sebab hanya di bot kami yang pemancing dapat ikan tak berhenti2. Bot jiran didepan sunyi saja.
.
Untuk sejam berikutnya hampir 40 ekor cencaru berjaya didaratkan, diselang seli dengan curian talang. Kamarul juga mendapat ikan kerapu mini. Rashid pula menambah koleksi dengan anak ebek sebesar tapak tangan. Kalau dilepaskan ebek tersebut, ia mampu mencapai 20kg.
Selepas itu, lubuk tersebut mula sunyi. Mungkin kumpulan cencaru tersebut berpindah lubuk.
.
Siren dibunyikan, sauh diangkat dan tekong memandu bot ke lubuk seterusnya...

No comments: