Pancing Tradisi - Tajur
Untuk menajur kami menggunakan joran tepus atau pelepah macam kelapa sawit kecik, tak ingat nama. Diikat dengan tali tangsi atau benang sepanjang 1 depa dewasa dan gunakan matakail saiz sedang.
Untuk umpan, kami menangguk ikan mengkarim atau ikan karim, sepupu sepapat ikan pelaga. Ikan ni kalau buat umpan tajur cukup mujarab, kalah udang paya atau cacing. Ia mestilah hidup2. Biasanya pagi2 kami buat aktiviti menangguk dan menajur ni. Bila dah dapat ikan karim ni kami pergilah ke kawasan alur. Cucuklah batang tajur ni di kawasan cetek tetapi mata tajur ni mesti terletak di alur iaitu kawasan alur yang dalam sikit. Ikan karim dicangkuk di belakangnya supaya sentiasa hidup dan bergerak. Ikan ni kami set supaya ia sentiasa di permukaan air, bukan di dasar.
Jadi kami tahan tajur ni di beberapa tempat di alur tersebut sebelum beredar pulang. Petang nanti kami pergi check semula tajur2 ni. Biasanya kalau tali tajur nampak tegang atau batang tajur tu rebah sikit, itu menandakan tajur tu dah mengena.
Sepanjang menajur tu saya hanya mendapat haruan, kadang kala besar lengan budak, ada juga yang kecik. Ikan lain x penah dapat. Hampir confirm boleh dapat ibu atau bapak haruan kalau tajur tu kami tahan dekat kumpulan anak2 haruan bermain. Anak2 haruan ni kita boleh kenal bila ia bermain beramai2 di permukaan air, warna dia merah keemasan.
Ikan haruan yang terkena tajur ni kadang kala hidup lagi, kadang2 dah mati. Malangnya saya tidak makan ikan haruan. Jadi emak dan orang lain sajalah yang makan. Sebab apa tak makan? Sesuai dengan namanya Snakehead, terbayanglah sang belit tu bila nak makan.
Pernah terjadi tajur saya tegang semacam bila di check. Rupanya terkena anak haruan..tapi anak haruan tu dah ditelan ulang tedung selar panjang sedepa. Ular tu pun mati juga sebab terkena matakail dan tercekik anak haruan kat leher dia..eee geli geleman den!
1 comment:
Kat tempat teman panggil taut...
Post a Comment