Gerepoh Mengancam
Memancing di Pulau Sembilan ini agak istimewa. Ini kerana kawasan pancing adalah di sekitar pulau. Jadi kita tak terasa kita berada di laut dalam, seakan dekat dengan darat. Lubuk pula banyak tetapi tekong pengalaman di sini tidak menggunakan pengesan sonar atau GPRS untuk mengesan atau memastikan kedudukan lubuk. Berdasarkan tanda2 di sesuatu pulau, bearing dan kordinat dapat dipastikan dengan tepat.
.
Tekong kami rajin berpindah lubuk, tidak macam beberapa tekong yang pernah saya gunakan. Dulu tekong Ah Hong Sg Besar asyik tidur saja, bila kita bising2 nak pindah lubuk baru dia pindah. Kalau tidak termenunglah kita menunggu ikan yang tak kunjung tiba. Memancing bot ni kita kena cari ikan. Bukan ikan menunggu kita. Lubuk seterusnya di tanjung pulau berbatu. Arus laju bertembung dengan struktur berbatu yang kadang kala membentuk air pusar. Di sini banyak ikan besar menghendap ikan kecil di tepi pulau.
.
Beberapa minit joran dilabuhkan, joran Rashid dihenjut kuat. Berdesit-desit tali keluar. Beliau mengetatkan butang spinning. Sekali dikarau, 2 kali tali muntah keluar. Saya dan beberapa lagi pemancing di belakang bot cepat2 memutar mesin kekili masing2. Bagi laluan dan juga untuk mengelakkan dari tali berpintal sesama sendiri. Mangsa besar di bawah melayang ke kiri dan ke kanan untuk melepaskan diri. Peluh jantan keluar dari dahi Rashid. Semasa ikan berjaya ditarik ke permukaan, nampak begitu cantik, putih berkemilau. Sekali lagi mangsa membuat henjutan terakhir. Tapi kudrat tali 20kg bukan lawannya. Abang Talang bersedia dengan gancu. Ikan berjaya digancu dengan cepat dan dibawa keatas bot.
.
Rashid menjerit keriaan. Puas. Lesen besar berjaya diperolehi. Seekor Gerepoh berskala 4kg.
No comments:
Post a Comment