Ice Fishing - The Art and Zen of Fishing IV


Pemancing mesti mengambil kira ketebalan ais tempat yang hendak di pancing. Risikonya adalah sekiranya salah perhitungan ketebalan ais, ais akan mudah cair atau retak mungkin si pemancing boleh mati lemas ditengah2 tasek setengah batu jauh dari daratan dengan kesejukan di bawah paras beku dengan begitu cepat. Banyak kejadian dan peristiwa begini terjadi hampir setiap tahun tetapi masih tidak menghalang ramai orang pergi memancing di tasek atau teluk terutamanya di Michigan. Di antara tempat paling popular adalah di Lake Houghton lebih kurang satu jam drive dari Mt. Pleasant, Michigan. Tempat ini terkenal sudah hampir selama 56 tahun. Diantara tempat lain yang popular adalah di Lake Ostego berhampiran Gaylord, Michgan dan Traverse City di sebelah utara Michigan.
Bagi pemancing Malaysia yang berminat untuk memancing di atas tasik beku, boleh lah berhubung dengan saudara Amir. Gambar 1: Peralatan untuk memancing dan berkhemah di atas tasik yg membeku. Gambar 2: Umpan yang digunakan untuk memperdaya ikan di dalam tasik. Gambar 3: Pemandangan cantik khemah2 di waktu senja di atas tasik beku.
No comments:
Post a Comment