12 February, 2007

Talang Mengamuk Di Pulau Sembilan




Trip yang dirancang sebulan yg lepas akhirnya menjadi nyata. Malam Jumaat lepas masing-masing berlepas dari destinasi, kumpulan Bob dari Damansara, geng Rashid dari Mantin dan kami dari Nilai. Masing2 sampai di Teluk Batik dalam pukul 4 pagi. Berbaring sebentar di kaki lima sebelum menunggu bot yg dijangka tiba pada pukul 5.30am. Grup Bob dan Rashid adalah kenalan baru saya yang hanya saya kenali pagi tersebut. Bertambah lagi rakan dalam kumpulan Jompancingsokmo.
.
Bot tiba lewat 15min. Kami bertuah kerana 2 tekong berpengalaman iaitu Abang Talang dan Abang Min (adik beradik) yang mengendalikan aktiviti pancing laut dalam kali ini. Biasanya hanya 1 tekong dan 2 awak2 yang membantu.
.
1 jam perjalanan bot ke destinasi pertama iaitu perairan Pangkor untuk mengambil umpan ikan bilis segar dari bot pukat bilis. Dengan sistem barter trade, 1 kotak rokok kami dapat hampir 1 baldi bilis segar. Pagi yang dingin dan berkabus nipis, bot kami meneruskan perjalanan 2 jam lagi untuk ke gugusan Pulau Sembilan. Sepanjang perjalanan, aktiviti popular saya ialah tidur di atas deck. Bagi yg lain2, masing2 bercekang mata, adrenalin tengah tinggi dan bersemangat untuk tiba dan memancing.
.
Sampai ke lubuk pertama sekitar pukul 8.45am, kami dah bersedia dengan semangat yg paling tinggi. Joran dihulur, 5 minit berlalu tanpa sebab getuan. Tekong berkata"biasanya kalau ikan ada, 5 minit dah pasti kena." Lalu beliau mengarah kail diangkat, "kita pindah" katanya.
.
Sampai lubuk kedua berhampiran pulau berbatu. Joran kami tidak diusik hampir 5 minit. Tiba-tiba Rashid berteriak, "sudah kena, sudah kena". Joran aksi pertengahannya dikarau dengan laju. Tiada tentangan langsung. Ikan kerisi sebesar 3 jari pembuka tirai.
.
Saya, Kamarul, Rosli, Rashid, Zakil, Din dan seorang rakannya memancing di buritan bot. Bob dan 3 yang lain di muncung bot. Tiba2 joran Bob, Kamarul, Rashid dan Rosli begetar serentak. Masing2 memutar mesin dengan keras. Di pertengahan air, mangsa menjunam semula. Karauan semakin laju, ikan melibas ke kiri dan kekanan hingga menyilangkan tali pemancing lain. Kamarul menaikkan ikan talang pandan 1kg yang pertama. Diikuti Rashid, Rosli dan Bob. Beberapa saat kemudian, joran saya, Zakil, Din dan rakan Bob didepan pula dihenjut kuat. Agak kuat juga daya juang ikan talang yang menyerbu umpan kami. Tapi dengan mesin multiplier aksi 10-20kg, apalah sangat dengat talang 1-2kg.
.
Selepas itu hampir 30 minit kami berpesta menaikkan talang. Sesekali dicelah ikan lain. Asal letak, kena. Asal letak, kena. Sampai tak sempat nak merokok melayan talang. Kedalaman air mengikut meter pancing Rosli ialah 100 kaki. Kumpulan Talang bermain di dasar. masing-masing puas bermain dengan talang. Rosli yang menggunakan 3 mata pancing berjaya menaikkan 2 ekor talang sekali gus.
.
Setengah jam berikutnya kumpulan talang telah beredar, hanya sesekali yang mencatuk umpan. Tekong membunyikan siren tanda bot akan menuju ke destinasi berikutnya.

2 comments:

Anonymous said...

Pokcik..kalau dah keringkan ikan talang tu pos kat sk yea...dah lama sk tak makan gulai ikan kering talang.

nyum nyum2 sedapnyer!

Pokcik Zam said...

Pokcik dah jemur ikan2 tu. tak tau jadi ke tak ikan masin. tapi bilis yg mokcik keringkan jadi gak.