Asal Usul Penangkapan Ikan
"Menangkap ikan" adalah satu aktiviti kuno (zaman Mesolitik) yang bermula sejak 10,000 tahun yang lalu. Ahli arkeologi menemui tinggalan cengkerang, tulang ikan dan lukisan ikan di dalam gua yang membuktikan hasil laut merupakan sumber penting untuk kehidupan dan ia dimakan dalam kuantiti yang banyak. Pada masa itu, manusia hidup sebagai pemburu dan akan berpindah randah bila perlu.
.
Pada zaman berikutnya (Neolitik) iaitu 4,000-8,000 tahun lalu, budaya dan teknologi semakin berkembang. Teknologi penternakan dan tembikar semakin maju manakala asas kepada kaedah penangkapan ikan moden juga berkembang, hingga ada yang digunakan sekarang seperti batang pancing, jala dan jaring.
Bukti juga menunjukkan bahawa penangkapan ikan menjadi sumber utama pada zaman Firaun lagi. Sungai Nil dipenuhi ikan, manakala ikan segar dan ikan masin didagangkan serta menjadi salah satu sumber makanan yang penting. Org2 Mesir dahulukala mencipta pelbagai kaedah penangkapan ikan dan ini dibuktikan melalui lakaran yang terdapat di dinding kubur, juga atas tinggalan helaian papyrus. Jaring, lukah yang dibuat dari jut, harpoon, matakail dan tali joran adalah peninggalan mereka. Pada zaman Firaun ke 12, mata kail dan penujah besi mula digunakan. Ikan2 yang banyak didapati masa itu di Sungai Nil ialah belut, sembilang dan siakap.
Sumber: Wikipedia, the free Encylopedia
No comments:
Post a Comment