02 February, 2007

Ice Fishing - The Art and Zen of Fishing II




Apa yang perlu diingat bahawasanya, memanching, bermain di atas ais beku samada di tasek atau di laut ada amat merbahaya. Pengetahuan bagaimana memancing di atas tasek beku ini melibat nyawa – hidup atau mati. Perkara yang perlu diingat bila memancing diatas ais beku ini ialah sentiasa mengetahui ketebalan ais. Kerana ais yang tipis tidak dapat menampung berat kita apa bila kita berada di tengah2 tasek. Adalah lebih baik sekiranya kita membawa alat keselamatan seperti tali nylon atau penyangkok yang panjang, kasut yang mempunyai grip serta alat komunikasi. Nasihat yang berguna jika anda di dalam situasi merbahaya di dalam tasek yang sudah cair, jangan panik, cara terbaik adalah berguling beberapa kali sehingga anda berada di atas ais yang beku atau keras.

Bagi pemancing yang ingin merasa the real Zen of fishing..cubalah ice-fishing...kalau berani...

No comments: