Showing posts with label Tekong Abg Talang sedang menanggalkan ikan gerepoh dari cangkuk awak-awaknya.. Show all posts
Showing posts with label Tekong Abg Talang sedang menanggalkan ikan gerepoh dari cangkuk awak-awaknya.. Show all posts

20 January, 2007

Tips Talang Pulau Sembilan


Ni saya tulis semula dari artikel saya yg dicetak dlm Majalah GiNgail Ogos 2002. Kalau dikira dah dekat 4 tahun jugak tak memancing di sana. Tapi pengalaman manis menarik talang & gerepoh 4kg macam masih terasa baru.

"Tekong memberi petua dengan mencadangkan kami menggunakan mata kail pandan (long shank 2/0) bersaiz 2/0 dengan perambut 50 paun sepanjang 2 depa. Tali utama sekitar 40 ke 50 paun. Ikan bilis dicangkuk di kepala dan hujung mata kail dibenamkan di badan ikan bilis. Lebih dari satu ikan bilis boleh dicangkuk di mata kail. Batu ladung saiz kecil (batu hidup saiz 6 atau 7) digunakan. Mungkin dengan cara ini batu ladung (sinker) akan tergantung di tengah arus di mana sasaran kami ialah talang, gerepoh dan ebek yang berkeliaran di pertengahan dan permukaan laut."

Saiz batu ladung perlu disesuaikan mengikut arus air. Tarikh yang kita telah tetapkan tersebut jatuh pada waktu 'arus menyusung ke dalam/menyusung anak'. Bermakna ia di pertengahan selepas pasang besar dan dalam situasi untuk surut (atau air mati). Kebiasaannya waktu pertukaran arus begini, ikan banyak, aktif mencatuk umpan dan agresif. Ikan talang & spesis trevally(ebek, jemuduk & gerepoh) aktif menyambar umpan waktu pagi dan petang.

Waktu tengahari & malam kita akan main ikan dasar yang mana umpan yg sesuai ialah hirisan ikan kembung, selar, sotong dan udang pasar. Berdasarkan 4-5 trip ke sana sebelum ini, biasanya malam agak slow sikit ikan makan umpan. Tapi saya pernah mencuba guna flouresence metal jig, dapat juga ikan gerepoh waktu malam tersebut.
Flourense jig ni boleh dibeli di kedai pancing. Kita kena letakkan ia beberapa minit dekat lampu untuk ia menyerap cahaya. Ia akan bercahaya dalam air selama lebih kuran 15 minit, sebelum kita perlu tala kan semula kepada lampu.
Bot Abg Talang ni agak besar juga berbanding bot Ah Ho Teluk Intan. Jadi agak selesa bagi 10 pemancing. Harap trip kali ini kita boleh dapat lebih berbanding 7 tong Coleman 54qtz semasa trip pasang besar kami 4 tahun dulu.