12 February, 2007

Lumayan - Trip yang menjadi





Inilah hasil trip Pulau 9 kali ini. Dikira agak memuaskan walaupun tak selumayan trip saya terdahulu dengan tekong Abang Talang. Ikan talang kali ini hanya bersaiz 1-2kg. Hanya seekor yang bersaiz 4kg. Dulu hampir semua bersaiz 2-4kg, mungkin saiz bagak hanya datang tika pasang besar.
.
Macam2 ikan ada kali ini. Selain talang dan gerepoh, kerapu, ikan bulan pun ada. Anak ebek, cencaru dan kerisi juga. Lebih 120 ekor ikan bersaiz besar berjaya dipancing untuk pancingan 12 jam (7 pagi hingga 7 malam). Purata membawa pulang 12 ekor yang bersaiz sederhana. Kira2 dalam setengah tong coleman 54qtz biru seperti dalam gambar diatas.
.
Semasa pembahagian ikan yang dibuat di jeti, kami kena sound dengan tokey kedai ikan bakar yang terletak di situ. "Dei macha, tadak pakai otak ka, sini ikan kasi kira nanti lalat datang. Ini kedai makan, bila lalat sudah mari, mau kasi halau bukan senang". Dah minta maaf tapi mulut dia comat comet lagi. Ingat pakat ramai2 kasi ikat dan buang dia dalam laut. Nasib baik tak jadi. Lepas basuh tempat tu dengan air laut kami pun beredar.
.
Bila dibawa pulang, seminggu asyik makan ikan je. Sampai naik jelak dah tengok ikan tu. Kalau cencaru bersaiz 2kg tu, anak2 pun takut nak makan..besar sangat.

3 comments:

Anonymous said...

amboi2 pokcik tak cukup jd tokei jual brg2 kering nak jd tokei jual brg2 basah la pulak...

pokcik kasi sk ikan sekilo nak wat laksa utara...dah siap nanti sk kasi pokcik rasa eh...

Amir-Isa said...

lumayan giler Pokcik..
kena pegik tempat ni lain kali...

Pokcik Zam said...

bila ko balik, lagi 1 bulan nak sampai bg tau. kita pegi sekali nanti.