23 April, 2007

Trip Tg Pinang


Tanjung Pinang Indonesia, salah satu destinasi percutian yang menarik dan ia juga menawarkan spot pancing yang mencabar. Ramai kaki pancing telah ke sana. Terdapat pelbagai ikan dan juga karang bulu yang termasyhur itu.
.
Grup Ah Keong membuat trip ini Jun tahun lalu. Dengan menaiki bot sewaan yg selesa, dilengkapi GPS/sonar, katil dan bilik berhawa dingin serta layanan 5 bintang dari krew bot. Makanan disediakan 5 kali sehari, awak2 yang sentiasa membantu mengangkat ikan dan memasang umpan di mana tugas pemancing hanya memancing dan berehat bila keletihan. Trip 2 hari 2 malam dirasakan berbaloi biarpun setiap kepala dikenakan yuran RM1,200 (tidak termasuk tambang feri).
.
Pemancing memulakan perjalanan dari Melaka dengan menaiki feri, feri singgah sebentar di Singapura untuk mengambil penumpang sebelum memulakan perjalanan selama 45 minit ke Tg Pinang.
.
Di sana tekong telah bersedia di jeti di mana urusan telah dibuat lebih awal. Perjalanan ke lubuk pertama tidak mengambil masa yang lama, hanya 30 minit perjalanan bot. Agak mengejutkan haruan tasik bersaiz bagak berjaya dijinakkan di lubuk tersebut walaupun mereka memancing di persisiran pantai sahaja.
.
Untuk gambar menarik mereka, sila klik link di bawah:

2 comments:

Anonymous said...

salam pokcik...amboi bukan maik lagi ikan tu isap rokok...

nape shushahnyer sgt nak tinggal pesanan kat chat box pokcik tu.. tukar jerlah chat box lain...

Dah lama rasanya tak singgah umah pokcik n bersembang2 ngan kengkwn sume kat sini...

oklah pokcik sk singgah jap jer nak tgk pokcik sihat ker tak yelah kita org muda ni kena selalu melawat org tua ahaks!

Jun said...

x baik nyer...sapela punyer koje tu pokcik? hehe....pas ni kena hati2 beli ikan la pokcik..takut ade ikan yg kena sakit paru2 plak..hehe...