21 May, 2007

Petua Tekong- Telefon Masuk Air?


Kerap terjadi pada pemancing apabila telefon selular terjatuh ke dalam air semasa memancing. Bahkan ia juga terjadi pada banyak orang samada golfer, budak2 dsb. Jika tak terjatuh ke dalam air, mungkin terlupa nak simpan masa meredah hujan lebat. Biasanya kalau telefon dah masuk air, alamatnya kena hantar baiki atau kira lupus di dalam tong sampah sahaja.


Walaubagaimanapun, daripada dibuang terus baik cuba cara ini. Ambil telefon yg terjatuh di dalam air tu, jangan offkan ia takut short circuit kat litarnya. Buka & keluarkan baterinya terus. Kemudian lap dan jemurkan barang sepetang telefon dan baterinya. Jika telah malam, letak aje di atas lubang udara TV (bhg atas belakang TV). Bila dah agak kering, gunakan hair dryer dan blow di depan mahupun dibelakang selama 10 minit. Kalau mahu efektif lagi, pakai vacuum cleaner dan sedut dari segala lubang yg ada di fon tersebut seperti di bhg suara, bhg telinga, di tempat bateri dsb.


Lepas tu, baca Bismillah banyak2, pasang balik telefon tu....dan tadaaa ...dah boleh on. Kalau x boleh gak, ulang proses di atas. Tak boleh gak, masuk bakul sampah lah. Cubalah..pokcik dah cuba kerana Ahad lepas fon jatuh dlm sungai. Ingat kantoi dah tapi alhamdulillah, selamat gak ghupanya. Selamat la nombor fon kawan2 dlm fon tu...tu yg paling penting sekali.

3 comments:

LaN KidA said...

Slambe,
Telefon aku pun terjatuh dalam air isnin lepas... dah seminggu aku hantar repair...rosak teruk..habis no tepon kwn2...tu yg aku terpaksa tunggu je kwn2 call... aku dah cuba petua ko tu..tak menjadi weh...

Anonymous said...

huhu..tu tahap masuk air sampai kembung. Cara lain, amik balik tepon mahal yg bagi kat gilfren bulan lepas tu, masa ko bg hadiah nak beli jiwa dia tuh...ingat tak? ganti yg murah kat dia.

No tepon kwn2 yg hilang tu, kena buka artikel suh kengkawan sms no la balik gitu.
sl jr

Anonymous said...

betul jugak yer....nanti aku mintak balik la...tapi nanti dia org kata buruk siku plak....tak jadi la... tunggu la mat nor kwn kudin mekanik baiki...tapi dah masuk seminggu dah ni... nak beli lain mat nor kata dia boleh baiki...iskh..iskh