08 October, 2010

Hijau Biru Rompin III




Bot berlabuh di lubuk kedua berhampiran unjam. Pancing dihulur untuk memulakan aktiviti. Tapi lubuk ini umpan sangat kurang disambut. Beberapa kali kami berjaya menaikkan kerapu kurang sekilo.

Tiba-tiba pancing Senior ditarik kuat, sampai melengkong hujung pancing mencecah laut. Kami menjangkakan mangsa bagak. Tarik menarik beerlaku dengan kasar, namun mangsa yang tercangkuk di mata kail gagal melepaskan diri. Sangka kami ikan belitung rupanya ikan Selipar. Tak tahulah apa nama sebenarnya. Kami memanggilnya ikan selipar sebab di atas kepalanya ada kesan seperti tapak selipar jepun. Memang spesis tu dilahirkan begitu. Tanya Tekong, dia kata ikan ni tak sedap. Jadi kami lepaskan semula. Namun Sr. puas hati, kerana daya lawan yang tinggi. Juga dapat tengok spesis yang tak pernah tengok kat pasar.


Di waktu malam pula bot berlabuh di lubuk lain. Tapi sambutan agak dingin dari ikan perairan Rompin. Mungkin trip kali pertama tidak menjanjikan yang lumayan. Waktu malam ramai yang melayan mabuk daripada memancing. Trip kali ini pokcik bagi rating 2 1/2. Tekong malas nak tukar port, bila suruh baru gerak. Lubuk tak kena, iaitu pergi ke lubuk yang bergelora dahulu baru ke lubuk lain. Kalau ke tempat bergelora dahulu, alamatnya mabuk la. Lepas tu bila sampai ke lubuk lain, badan pun dah tak sedap. Seterusnya, tekong tak pandai cari umpan hidup. Patutnya bawa dulu ke unjam, appolo anak kembung atau selar hidup, baru ganas ikan besar menyambar. Kalau setakat sotong pasar, ikan pun malas nak layan. Masak pun kena sendiri. Naik bot pun lambat . Jam tu lah nak isi minyak, jam tu la nak beli ais. Lain kali malas lah nak layan tekong macam ni. Bayar sampai RM1,200 tapi servis kayu.

Trip kali ini dapat 1/2 tong Coleman je. Jadi takut kena sindir ngan bini, masing2 tambah dengan ikan yang dibeli di jeti..huhu gitulah nasib pemancing, ego nak jaga gak.

No comments: