06 October, 2010

Sepagi Di Bagan Lalang



Seawal pagi sebelum menuju destinasi Kelong Mamud, ternampak kelibat beberapa remaja menggaris pantai yang baru surut lautnya. Tergamit untuk melihat (dan mungkin untuk menyibuk) aktiviti apakah yang dilakukan mereka..


Rupanya masing-masing sibuk mencari lokan. Mereka menggunakan sejenis besi yang telah di bentuk mirip cangkul. Apabila dilalukan alat tersebut sedalam kira-kira seinci dari permukaan pantai, jika terkena sesuatu seperti batu atau lokan maka ia akan tersekat. Mereka kemudian akan mengais dan pastinya lokan yang dicari.

Seorang akan menggaris (atau menggaru??) pantai manakala seorang lagi akan mengutip hasilnya. Begitulah kreatifnya manusia mencari pendapatan atau menghabiskan masa lapang mereka di bumi permata ini.




No comments: