18 October, 2010

Permukaan Laut Meletup


Permukaan laut macam meletup-letup dengan ikan2 kecil melompat dari permukaan. Setiap 1-2 minit, ikan bilis atau selar akan bercempera di permukaan Burung camar menjunam ke permukaan laut..apa tandanya??

Jika pemancing bertemu situasi ini, rapatkan bot seberapa hampir ke kawasan ini. Di sini terdapat kumpulan2 ikan kecil yang sedang diburu oleh ikan bagak di bawah sana.

Kita lihat apa yang ada di bawah permukaan. Ikan-ikan bagak seperti gerepoh, talang, alu-alu dan tenggiri biasanya akan memburu secara berkumpulan juga. Taktik mereka adalah mengepung bilis ini dan attack. Bilis-bilis ini akan cuba menyelamatkan diri termasuk melompat keluar dari laut. Namun nasib selalu tidak menyebelahi mereka kerana di atas ada si burung dan di bawah ada si bagak.

Pemancing bila berjumpa situasi ini, hulurkan popper atau umpan hanyut tanpa batu ladung. Setelah umpan berada di tengah kumpulan bilis, karau pancing perlahan-lahan. Si bagak akan mudah tertipu dengan menyangka umpan popper atau selar kita itu adalah dari kumpulan ikan kecil yang cedera. Mereka akan menyambar mangsa yang mudah ini.

Ini satu BONUS kerana kita tahu di bawah sana memang ada ikan besar yang sedang memburu. Pokcik pernah lalui pengalaman ini semasa memancing di Pulau Sembilan. Juga semasa di kelong Mamud Lukut. Ikan tenggiri papan memburu sekumpulan bilis. Lalu apa lagi, umpan bilis yang dapat dari acara appolo, disangkut ke mata kail lalu dilempar ke kawasan buruan. Tenggiri ini akan menarik umpan jauh keluar dan aksi mengekangnya akan menjadi lebih menarik apatah lagi jika menggunakan joran aksi ringan.

Situasi laut meletup ini jarang2 terjadi. Jika pemancing bertemu situasi begini, maka harus tahu apa yang perlu dibuat..

No comments: