12 October, 2010

Pari Pulau Ketam


Sekelumit kenangan memancing di Pulau Ketam bersama mak Jan...bersama di atas bot seorang Vice President sebuah syarikat korporat..

Memancing satu bot bersama perempuan bukan perkara luar biasa kerana sudah beberapa kali kami diikuti oleh pemancing wanita. Tapi selalu jadi kesukaran ialah semasa nak buang air kecil. maklumlah tiada tandas dalam bot.

Semasa trip ke Pulau Sembilan, awek Garam ada ikut. Sampai pucat menahan hajat seharian, cuma pagi tersebut rupanya ada tirai boleh dilabuhkan di depan bot. Just imagine one whole day tak buang air kecil sedangkan minum banyak kerana udara laut walaupun berangin tapi panas.

Bagi lelaki senang aje, guna tong minyak hitam 3liter yg telah dipotong. Hulur aje dlm tu dan selesai. Atau halakan saja direct ke laut. Perempuan takkan nak buat gitu. Kalau di laut dalam, tak ada pulau nak singgah..jadi kelatlah muka. Trip ke Pulau ketam kali ini disertai 4 orang termasuk seorang pemancing ibu tunggal muda kenalan kami..dah dia nak sangat ikut..layannnn

2 comments:

Dinaz said...

haha..salam singgah..rasanya pengalaman sebegitu, sebagai pemancing wanita..dah dilalui dengan jayanya..tak serik pon.best lg ade..

bidanonline said...

menarik. Blog yg banyak memberi info kaki pancing.

Bidan
http://www.kailsejengkal.net