21 January, 2007

Pancingan Jeti







Pancingan jeti tidak selalunya menjanjikan pancingan yang baik. Di Bagan Lalang dan begitu juga kebanyakan jeti yang saya pernah lawati seperti di Tanjung Gila (Pulau Indah) & Lukut. Kalau hendak ikan yg besar, jawapan nya mesti ke tengah Laut. Saya kerap ke Bagan Lalang hanya kerana ia dekat dengan tempat tinggal saya. Jeti Wak Sempoh saya lawati sekali lagi semalam yang terletak di muara Bagan Lalang, Sepang. Bersama dengan Sham & pemancing kecil BOB kami bertolak pagi sekitar 8.45am dan sampai dalam pukul 9.30am. Hari telah mula terik dan saya rasa tidak begitu selesa seperti cacing kepanasan kerana tiada tempat untuk berteduh.

Semasa tiba air pasang sedang hendak surut. Punyalah laju arus menghala ke laut. Batu ladung saiz 7 pun tak mencecah dasar. Situasi begini ikan jarang memakan umpan. Lepas melabuhkan pancing, start kereta cari kayu hanyut di tepi pantai untuk buat landscape. Dapat ler 3-4 tunggul kayu, cantik gak kalau dipasangkan dengan bonsai.

Lepas itu kami berpindah ke bot rakit. Barulah redup sikit dan angin pulak bertiup nyaman. BOB menggunakan pancing hulur. Dia membuka tirai dengan ikan xswcepst..hehe sebenarnya tak tahu nama apa. Budak tu punyalah hepi, dia amik ikan tu lalu dioperatenya sampai putus 8. Last2 jadi umpan gak ikan tu.

Lepas tu, kami mendapat beberapa ekor gelama. Gelama ni kalau banyak, sedap buat ikan masin. Kalau seekor dua, bagi kat cik meow jer la, buang karan nak siang. Begitulah kalau jeti ni, lepas gelama, gelama. Dulu-dulu pernah abang saya menaikkan ikan malung. Ikan seperti belut tetapi bergigi tajam macam ikan kacang. Tengok muka dia garang semacam jer. Malung ni kalau kat hyper, dijual setelah dipotong2 panjang sejengkal. Kalu sekor2, org segan nak makan.

Memancing di jeti ni sekadar nak lepas gian sementara menanti trip besar. Jadi, dapat gelama pun tak apa lah. Biasanya ikan yg dibeli kat pasar sebagai umpan lebih banyak daripada ikan yang dapat dipancing di jeti..

No comments: