13 January, 2007

May the force be with u


Spesis ganjil yg ditemui di dasar laut dalam oleh penyelidik NOO ialah sotong kurita yg berbadan lembut macam obor-obor ni. Ia berbeza dari kurita lain kerana ada sirip di atas kepala yg digunakan untuk berenang. Boleh membesar sehingga 5 meter dari hujung kaki ke hujung kaki yg lain, ia menggunakan sensor dibawah sesungut/kaki untuk mengesan hidupan dalam lumpur di dasar laut.


Diaorang kata ada rupa kartun Dumbo the Flying Elephant, jadi mereka namakan Dumbo Octopus. Tapi kalau octopus ni letak atas kepala orang, rasa2nya cam rupa Darth Vader, Star Wars tu je...tah ler ye..."may the force be with u"

12 January, 2007

Petua Tekong 4

Makcik-makcik, kakak-kakak banyak yang pening nak menyiang ikan yg nyawa liat. Ikan mcm sembilang, keli dan patin kalau dibeli hidup2, nak tunggu dia mati walaupun letak ditempat tak ada air, bukan main lamanya tak mati2 gak. Macam ikan keli pasar tu, letak 2-3 jam pun tak mati2...camno ni, laki dah nak balik makan keli masak berlada. Nak katok kepala, brutal la plak...tak sampai hati.

Haa..ini petua universal, boleh dipakai dimana2. Ikan2 keli dan ikan air tawar yg sewaktu dengannya, nak kasi dia 'kolu inna lillah' ni samada:
1. Masukkan ikan2 tu dlm air garam. Hiks, mati lemas semuanya..mana nak tahan air garam, lembu je yg tahan. Bagi ikan air laut, masukkan je dlm air tawar, mati lemas gak dia..Atau
2. Bubuh dalam ais...kerbau letak dlm ais pun blh mati, ini lak ikan yek!

Jadi selamat mencuba...ada lak nanti cakap sendiri, "ngapa lak aku tak terfikir sebelum ni?" hehehehe.

Arrangement Trip Pancing Bulan Depan

Trip ke Pulau Sembilan pada awal Februari telah saya confirm dengan tekong Abang Talang. Grup saya ada 4 org termasuk Zakil, Bob - 3 org, Rashid - 3 orang. Jadi mana yg belum jelaskan deposit, harap bank-in segera ke akaun saya minggu ni. Seperti dimaklum, deposit ni akan burnt kalau tarik diri last minit. Bukan senang kita nak cari replacement kan. Kos bot RM950, mungkin kena tambah RM30 untuk umpan tambahan. Jadi kita totong sikit sorang masa naik bot nanti. Grup yg telah byr deposit tu, saya dah bank in dlm akaun Abang Talang. Utk pengetahuan semua, Abang Talang ni cukup susah nak dpt servis dia. Biasanya Pengarah2, selebriti dan org2 besar guna dia. Jadi kalau tarik diri, rugi yg amat.

Bot akan bertolak subuh sapiee dari jeti Outward Bound School, Teluk Batik. Jangan lambat, nanti air surut bot tak boleh rapat ke tepi. Naik bot Sabtu subuh tu dan kita balik hari Ahad pagi. Makan pagi, tengahari dan malam tekong akan sediakan, ala kadar cam nasi ngan kari ikan kembung, maggi ngan ikan tongkol serta kopi kaw. Jadi sesapa yang nak bawak jajan sendiri, biskut sendiri, air Coke dsb elok gak lah tu. Elok gak kunyah kacang2 ker sementara menanti ikan makan umpan. Saya akan sponsor air minuman 48 botol untuk trip ni. Yg lain buat pot luck, iaitu bawak sikit sorang jajan, kongsi2 buat mengeratkan silaturrahim. Mana2 yg mabuk laut tu, bawak oren banyak2 ye!

Lagi satu, tekong ni banyak pantangnya. Naik bot dia kena tanggal kasut/selipar, letak dlm guni yg disediakan. Pehtu waktu yg ditentukan kena ikut, jgn datang lambat dan jgn ada yg nak minta balik awal ler dsb. Kalau nak tukar port, tu boleh mintak bila2 masa. Juga jgn labuhkan joran selagi dia tak bagi tau..sebab dia test air dulu, klu dia rasa tak ada ikan, dia pindah terus.

Umpan ikan bilis Tekong akan dapatkan dari bot pukat, harap2 ada bot tu. Ais tekong sediakan juga air tawar sikit2 untuk ambil air sembahyang dan istinja. Mata kail beli yang saiz 2/0, jenis pandan/panjang..bukan circle hook jika nak target gerepoh atau talang. Kalau malam bolehlah guna circle hook untuk pancing dasar. Harap2 trip kita ni berjaya, tak ada aral melintang dsb...Amin.

11 January, 2007

Spesis Ganjil Lautan III




Sementara tak ada trip memancing baru ni, nak cerita sikit tentang spesis seterusnya dari laman NOO. Dipanggil Long-nosed Chimaera atau Chimaera Hidung Panjang dijumpai di laut dalam antara 700-1300m. Panjang dari kepala ke ekor ialah 1.2m. Spesis ni menggunakan hidungnya yang panjang untuk scan lantai laut mencari benda2 yg tersembunyi di dalam lumpur. Pehtu dia renjat dengan kuasa elektrik Power Ranjer nya. Apa-apa pun, Chimaera, biar hidup panjang, jangan hidung tinggi yek!

Seekor lagi spesis ialah Giant Rattail, direct translation - Ekor Tikus Raksaksa, Mendapat namanya dari ekor serupa tikus, mula2 dijumpai pada 1887 di utara New Zealand. Ni kalau pemancing dapat, sebelum makan ingatkan tikus...tentu putus selera punya.

10 January, 2007

Spesis Ganjil Lautan II

2/3 mukabumi kita ini diliputi lautan & sungai. Dikatakan seluruh benua Asia jika ditempatkan di Lautan Pasifik antara Jepun & Amerika, berpuluh2 benua Asia lagi boleh diletakkan di situ. Maha Besar Allah, maka tidak hairan lah pelbagai spesis yg ganjil ditemui setiap masa. Hanya secebis dasar lautan yg diterokai manusia, yg lain masih menjadi misteri.

Penyelidik barat menggunakan pukat tunda yg diberatkan dengan beratus kilogram bebola besi untuk memastikan pukat sampai ke dasar laut dalam. Maka segala makhluk di laluan pukat tersebut dikaut oleh pukat tersebut samada baby ikan sampai ke sebesar jerung. Menerusi laman National Oceans Office, Museum Victoria, Australia mereka memaparkan spesis ganjil berikut. Gambar 3 dalam 1 ni memaparkan Karang Hitam yg mempunyai rangka hidup keras. Datang dengan pelbagai bentuk tetapi selalunya berupa pokok bonsai...haa bonsai laut le tu. Karang ni sukai diduduki oleh spesis lain.

Antaranya spesis pelik "Serpent Stars", kira cam tapak sulaiman ular..nama pun dah pelik yek. Yg berlingkar belah kiri & kanan gambar tulah spesis tersebut. Sebagai balasan menumpang kat banglo bonsai tu, sesungut2 panjang tapak sulaiman ni akan mencuci karang tersebut. Begitulah hidup berjiran, jangan gaduh2...win win situation kiranya gitu..

Spesis Ganjil Lautan





Semasa surf pancing.net, terbacalah laman tentang spesis ganjil di lautan ni. Admin nya trigger kepada laman National Ocean Office, Museum Victoria, Australia. Syok gak baca tentang benda2 macam ni . Rupanya orang Australia & New Zealand ni ada jabatan tersendiri yang mengkaji hidupan ganjil lautan. Mungkin gak negara2 maju lain juga banyak mengkhusus dalam kehidupan marin yg pelik. Antara spesis laut yg ditonjolkan dalam laman NOO ni ialah Coffinfish. Kalau di translate jadi lah ikan keranda..kehkehkeh. Ikan gemuk ni, kalau jumpa dek Mendiang Steve Irwin, mesti dia kata " beautiful, gorgeous" tak pun kira hansome cam Jimy. Ikan (?) ni berjalan di dasar laut menggunakan kaki kecik, mcm sirip gak. Bila didekati musuh, ia menelan banyak air supaya nampak besar macam ikan buntal. Sepanjang 8-12 inci, ikan ini mempunyai mata hijau yg cantik, mengalahkan mata Tom Cruise gitu.

Spesis lain yang ditonjolkan dalam laman NOO tu ialah Ketam Kaki Panjang. Kata orang biar panjang kaki jangan panjang tangan, betul tak ketam? Ini spesis ketam terkenan labah-labah kot.

Sewaktu dengannya ialah Ketam Batu, ia ketam besar laut dalam mempunyai badan dan penyepit yg keras. Penyepit nya digunakan untuk memecahkan kerang dan ketam lain yang pendek umur, juga menyepit mana2 kaki pemancing yg berbau hapak.

09 January, 2007

Petua Tekong 3


Bila pancing kat kolam ni, umpan yg paling popular tak lain tak bukan ialah dedak. Dedak ini kena dipasangkan dengan mata bom (berangkai).Setiap orang mempunyai resepinya sendiri untuk membuat dedak ni. Bahan adunannya mungkin pelbagai.

Bagi pemancing yang tak pernah mencuba pancing kolam air tawar atau baru2 nak mencuba, saya perturunkan cara membuat umpan dedak ni mengikut 'kepala' saya sendiri. Nota: Bagi pemancing lama, jangan dok kutuk yer...ini resepi sempoi tapi bolehlah kalau nak pancing seekor dua kat kolam.

Mula-mula beli roti, yang branded punya seperti High 5 atau Gardenia. Ikan2 kolam pun memilih gak, bukannya nak yg cikai. 6 hiris roti boleh dapat umpan sebesar penumbuk org dewasa, cukup untuk memancing bagi 2 orang untuk 2 jam.

Ambil mangkuk besar sikit, roti tersebut dijirus air. Kemudian ramas2 roti tu, biar dia hancur, kalau tak hancur tambah air sikit2. Bila dah hancur, tambah tepung gandum dalam setengah cawan. Ini bagi memastikan adunan ni cukup liat. Tambah air secukup rasa. Uli dengan baik.

Kemudian campurkan dedak hancur yg boleh didapati di kedai2 pancing. Dedak paket ni kdg2 datang dlm 3 jenis & 3 warna. Campur ketiga2 dedak ni, jadikan dlm 1 cawan kemudian diuli dengan adunan roti tadi. Last2 sekali, ambil sikit belacan bini sebesar ibu jari, gaulkan sekali. Masa ni tangan dah rasa gatal2, bini pun jeling semacam sebab setiap kali pegi memancing, belacan dia habis.

Last sekali, kalau ada minyak ikan dlm paket dedak tadi, bubuh semua dan ulikan semula. Minyak ikan ni kan...perghhh, baunya ngalahkan tungkik. Pastikan adunan ni liat mcm roti canai mamak yg belum dimasak. Haa..bila dah siap, angkat joran dan jom ngail, apa lagi!

08 January, 2007

Patin Kolam 1




Memancing kolam, walaupun bagi sesetengah orang kurang challenging tetapi bagi saya..."bolehlah" kalau nak melepaskan gian. Apalagi bila dah lama tak memancing.


Kolam Seven Lakes terletak di Kuala Pajam, sempadan Beranang ,Negeri Selangor dan Kuala Pajam, Negeri Sembilan. Kami sudah 3 kali mencuba kolam di sini. Ikan yang banyak meragut adalah Patin dan juga Kap emas. Saiz yang biasa dipancing adalah 1kg ke 2kg. Kami menggunakan umpan dedak yang diuli dengan roti.


Selain bayarannya agak murah iaitu RM5 sejam bagi satu pancing, tempat ini mempunyai 7 kolam besar. Jadi tak perlulah berebut2 untuk memancing dan tak berlakulah tali bersilang. Kali pertama kami memancing, kami pergi seramai 4 orang. Saya, Rosli dan 2 pekerja beliau. Kami memancing sekitar pukul 9.30pm hingga 11.30pm dimana ikan2 sedang galak menyambar serangga di permukaan air. Nizam, staff Rosli mendapat strike pertama dan berjaya mendaratkan Patin 1.5kg. Agak menarik juga sebab set pancing ringan yang digunakan. Ragutan kedua juga seekor patin bersaiz 1kg dinaikkan oleh beliau. Setelah itu, 30min berikutnya, banyak yang rabut. Rosli mendapat strike pertama setelah termenung hampir 40 minit. Kali ini kap emas sekitar 1kg berjaya didaratkan. Saya seperti biasanya paling lambat mendapat ikan, kali ini selepas semua sudah merasa ragutan, giliran saya mendaratkan patin 1.5kg.


Selepas itu kami berjaya mendaratkan 2 ekor lagi kap emas dan 2 ekor patin. Agak lumayan juga untuk pancingan 2 jam tersebut. Malam tersebut kami singgah di kedai masakan Siam, 2 ekor dimasak segar. Seekor patin dibuat goreng masam masin, dan kap dibuat masakan 4 rasa. Sungguh berselera makan panas2 setelah penat memancing.

06 January, 2007

Jaringan Pemancing-Pancing.Net


Baru-baru ini saya ada melayari satu laman pancing yang dibangunkan oleh orang Malaysia. Bagi saya laman ini agak bagus, banyak info yg boleh dikongsi bersama dan Administrator nya juga nampaknya sangat berpengalaman dalam IT dan dunia pancing.

Laman tersebut adalah www.pancing.net dimuatkan dengan discussion/forum, petua, announcement, selitan berita berkenaan dunia pancing dari akhbar2 juga di link kan dengan laman lelong kekili Administratornya.

Rupa2nya Administratornya mempunyai koleksi kekili antik yg susah nak dijumpai sekarang dalam pelbagai design yg pelik dan menarik.

Bagus juga ada laman web semacam ni, dan saya terus menjadi ahli laman tersebut. Jadi sesiapa yg mengikuti blog ni boleh juga menjadi ahli di laman tersebut. Apa lagi...bolehlah kita menambah ilmu, yg pentingnya ia percuma.

05 January, 2007

Gambo Lin


Tadaaaaa...inilah gambo pemancing cilik, juga dari Johor. Mahu dikenali sebagai Lin sahaja, beliau tak mau gambo ni dipublish lama-lama, nanti terkenal lak katanya.


Selamat menyertai Kelab Pemancing Remaja Lin...Bagi Jimy, selamat berkenalan dengan Lin. Manakala Ina, Pu-3 Jimy dan Cdee, bila nak masuk kelab ni. Tlg hantar gambar sekali yek!!

04 January, 2007

Trip Akan Datang- Pulau Sembilan






Kawan saya sedang menganjurkan satu trip memancing ke Pulau Sembilan pada 13 & 14 Januari, 2007. Kira trip 2 hari satu malam di mana pemancing akan menaiki bot pada subuh Sabtu 13hb dan balik pagi Ahad 14hb.

Bot akan dikendalikan oleh tekong berpengalaman yang dibantu awak2. Pakej termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara ala kadar yang dimasak oleh tekong. Bot yang digunakan adalah bot nelayan yg boleh memuatkan sehingga 12 pemancing. Harga pakej ialah RM950 tidak termasuk umpan. Jadi kalau ada 9 pemancing, masing-masing kena bayar RM100 lebih skit seorang.

Kawan tersebut mencari beberapa orang lagi pemancing kerana sekarang telah ada 4 orang yg sudah confirm. Sesiapa yang berminat sila telefon Kamarul di 019-6653445 pada atau sebelum Ahad ni (7/1).
Trip terdahulu menggunakan khidmat tekong yg sama membuahkan hasil yg agak lumayan di mana 8 pemancing membawa pulang 1 tong cool box (54 qtz) penuh dengan tangkapan setiap seorang. Tetapi rezeki di laut hanya Tuhan yg menentukan untuk kali ini. Gambar dirakam dan cerita di'publish' dalam majalah pancing tempatan.

02 January, 2007

Peraduan 1 2007








Peraduan ini dibuka kepada semua yg mengakses blog ini. Tak kira dewasa, remaja, Malaysia, Indon, Bangla atau sapa-sapa saja..Peraduan ini hanya 2-3 kali sahaja setahun. Apa yang perlu anda buat ialah menjawab 5 soalan, semuanya berdasarkan artikel yg dipublish dlm blog ni..senang kan!

Hadiah Pertama - TV Philips 21 inci (harga +- RM750), Hadiah Kedua -DVD Panasonic (+-RM500), Hadiah Ketiga - Hamper berharga RM100.

Semua penyertaan perlu dihantar melalui email kepada Slambe Jr seperti alamat email di sebelah bawah profile tu sebelum 31 Januari, 2007. Keputusan juri adalah muktamad, surat menyurat, telefon dsb tidak dilayan. Pihak kami berhak menyiar gambar dlm blog ini gambar2 pemenang. Tiada yuran penyertaan diperlukan. Anda blh menghantar sebanyak mana penyertaan. Tak perlu menghantar maklumat diri, hanya jawapan diperlukan.

(Lihat gambar dari kiri ke kanan)
Soalan 1: Berapakah berat ikan ini dan umpan apa yg dimakannya?
Soalan 2: Apakah nama ikan ini dan di mana ia ditangkap?
Soalan 3: Apakah nama pulau di gambar ini?
Soalan 4: Berikan tajuk artikel yg memuatkan gambar ini.
Soalan 5: Apakah jenis haiwan yg dilihat selebar meja makan? (tiada gambar).

Pemenang akan dihubungi secara balasan(reply) ke alamat email anda dalam bulan Februari, 2007.

01 January, 2007

Petua Tekong 2


Ni bukan la petua sebenonya, hanya untuk mengingati rakan2 pemancing. Banyak yang bila pergi memancing, tak nak bawak umpan. Kononnya nak menjaring la, mengunjun appolo la, menjala la dan sebagainya untuk mendapatkan umpan hidup. Umpan hidup ni macam-macam antara udang, anak ikan, cacing tepi sungai atau pumpun yang dijual di tepi tepi jalan.

Walaupun umpan ini selalunya kita boleh dapat tapi rezeki diberi Tuhan sapa yang tahu. Kadang2 kita menjaring, menjala dan mengunjun, langsung tak dapat umpan. Saya pernah beberapa kali mengalami kes sebegini. Semasa menyertai satu grup nelayan bot kecil di Kuala Lumut, tekong dengan confidentnya berkata tak payah bawak umpan. Beliau ada jaring yang direntang di laut. Boleh ambik dari situ jer. Masa tu saya, Bob dan Cikgu Aziz ada dalam trip tersebut. Bot bertolak dan sampai je di kawasan jaring, 4-5 round masih tak jumpa jaring yg dipasang. Hari dah makin malam. Nak appolo jgn harap lah di tengah2 laut tu, bukan ada unjam yg terdekat.

Last2 tengok je lah tekong dan awak2 menjaring untuk ikan besar. Dapat la 2 ekor malam tu, satu ikan bawal tambak dan sekor lagi ikan talang. Ikan Bawal tambak tekong yg ambil untuk dijual, talang diberi kepada kami. Nak buat ape?!! kita datang dari KL nak memancing, bukannya nak tengok dia menjaring. Frust betul, bergantang kena sumpah tapi bukan depan dia la..masa balik KL dalam kereta. Duit minyak dah dibayar kepada tekong. Tak kira duit traveling lagi.

Begitu juga masa memancing di Pulau Indah suatu masa dulu. Ingat nak beli je pumpun di tepi jalan. Habis2 satu penjual pun takde..tak tau mana perginya. Habis spoil mood nak memancing.

Jadi nasihat saya, sebelum pergi mana-mana trip memancing atau nak memancing sekejap-sekejap tepi pantai atau bawah jambatan, bawalah umpan spare yg dibeli dari pasar. Udang, sotong dan sebagainya. Sekurang2nya dapat juga membaling joran daripada balik tanpa memancing.
Anyway, selamat eidul adha dan hepi new year kepada semua terutama kaki-kaki pancing.

31 December, 2006

Pemancing Remaja


Pemancing Remaja yang menyertai blog Jom Pancing minggu ini berasal dari Johor. Beliau ingin dikenali sebagai Jimy merupakan seorang kaki pancing. Beliau aktif memancing di sekitar Sungai Pahang dan beberapa tempat lain seperti di laut berdekatan Sekinchan. Berusia 16 tahun, masih single dan berminat untuk mendapat kenalan remaja dari serata dunia. Kenalan remaja boleh ber "chatting" dengan beliau di blog ini...tapi pastikan selepas waktu sekolah!
Walaupun aktif memancing, beliau juga tidak pernah melupakan pelajaran. Baru2 ini beliau meperolehi 7A 1B bagi peperiksaan PMR.

30 December, 2006

Di sebalik memancing II


Aktiviti memancing ini bergantung kepada kemampuan pemancing. Kalau hendak free, pancing saja di tepi pantai. Ada yg eksklusif sampai ke Maldives. Ada yg memancing semata-mata untuk merasa sentapan ikan besar, dilepaskan semula selepas di tangkap seperti memancing marlin dan layaran di Rompin. Ikut hati sendiri lah.

Keindahan lain saya pernah alami ialah apabila melihat ikan membuat akrobatik apabila terkena mata kail. Di Pulau Sembilan pancing saya beberapa kali mengena Todak sepanjang lebih 4 kaki. Aksi akrobatiknya untuk melepas matakail boleh dilihat dari jauh lagi, beberapa kali melompat di permukaan laut. Begitu juga kepuasan yang di alami oleh pemancing yg mendapat layaran dan marlin. Walaubagaimanapun tidak banyak ikan yg boleh membuat akrobatik.

Tidak semua orang tahu dan dapat melihat ikan-ikan tertentu yg akan bertukar warna selepas beberapa minit ia didaratkan. Saya juga pernah melihat beribu2 ikan gerepoh berwarna keperak-perakan di permukaan laut mengelilingi bot kami di Pulau Sembilan, seakan-akan kita boleh berjalan di atas mereka, fuyoo..what a scenery; Zakil, Syahril dan beberapa yg lain juga sempat menyaksikan fenomena ini. Ada masanya dapat menarik Tapak Sulaiman seperti selalu kami dapat di jeti Tanjung Harapan. Haiwan moluska ini keras seperti karang dengan berpuluh2 jemari di bawahnya seperti kaki ulat gonggok..what a nice species!

Pengalaman saya memancing di bekas lombong Ampang bersama keluarga. Hari tersebut kami mendapat hampir seratus tilapia..seratus! Semuanya diberikan kpd orang, kenangan yg manis. Juga anak lelaki saya mendapat seekor kura-kura berbentuk huruf 8, bukan oval shape mcm selalu. Ganjilnya..ia dilepaskan semula ke lombong.

Di bawah jambatan Pulau Indah, anginnya cukup nyaman. Suasananya redup maklumlah di bawah jambatan. Untuk ke batu asas di tengah2 jambatan kami melalui maintenance roof betul2 di bawah jambatan. Untuk ke roof tersebut terpaksa menaiki tangga dan dikenakan caj RM1. Terasa bergegar bila lori lalu betul2 di atas kepala kami. Di situ kdg2 kami mendapat ikan buntal berbentuk bulat, empat segi, macam rupa khinzir pun ada..anehnya ciptaan Tuhan. Pernah juga nampak pari bintik muncul sekejap di permukaan, saiznya adalah selebar meja makan! Bila cerita kat orang, masing-masing senyum sinis tak percaya. But seeing is believing! Tak semua org dpt peluang melihatnya..

Di Sungai Pahang 5-6 tahun dulu, saya lihat abang saya mendapat ikan pari. Ikan pari?! Semua orang di rumah tak percaya ada ikan pari di dalam sungai..tapi itulah hakikatnya. Baru lah saya tau kewujudannya di hari tersebut.

Dalam banyak hal, bila saja mula memancing, semua masalah kerja terus dapat dilupakan. Tak kira besar mana pun masalah tersebut. Kerjasama dengan rakan-rakan lain dan berkongsi2 makanan serta minuman juga mengeratkan silaturrahim sesama kami. Macam-macam perkara baru kami lalui dan lihat bagi setiap trip memancing...betapa Agungnya kekuasaan Allah bagi org2 yg berfikir (Afala takkilun..)

Di sebalik memancing I


Aktiviti memancing walaupun tidak se glamour sukan golf, F1 atau lain-lain dikategorikan sebagai sukan yang terbesar di dunia dan mempunyai ratus juta ahli di seluruh dunia. Memancing itu sendiri dipraktikkan samada secara tradisional atau moden; sebagai hobi, sebagai sumber makanan atau untuk mencari wang.

Bagi pemancing untuk hobi, aktiviti hanyir ini banyak memberi sebab untuk mereka meneruskan dari hari ke hari. Sesetengah orang mungkin akan berkata bahawa aktiviti ini tidak berfaedah kerana kita menunggu berjam-jam hanya untuk mendapat seekor ikan.

Bagi saya selain kepuasan menyentap ikan yg makan umpan, saya byk melihat benda2 yg tidak saya ketahui dan seterusnya mengagumi kebesaran Allah. Bila kita memancing kita dapat melihat persekitaran atau view laut, sungai, tasik dsb yg damai serta dpt menghilangkan tekanan di kepala. Angin yang bertiup menambahkan keasyikan panorama. Termasuk juga bila melihat matahari terbenam di hujung horizon, sangat cantik..

Antara yg menarik perhatian saya lagi ialah bila malam di Pulau Sembilan. Air laut yang di pam oleh enjin bot mengandungi beribu-ribu kelipan cahaya. Macam bintang-bintang di langit. Rupanya cahaya itu adalah dari berjuta2 plankton yg refleks dengan cahaya..marvellous.

Semasa trip di Rompin, kami mencandat sotong. Sotong mengabang sebesar dua telapak tangan dewasa dan sotong biasa bersaiz lengan dewasa banyak yang dinaikkan. Semasa itu saya tau rupa2nya sotong ini hidup berpasang-pasangan. Jika seekor yang terkena mata pancing, yang seekor lagi akan mengikut pasangan nya hingga ke permukaan. Sotong-sotong ini akan memancutkan dakwat hitamnya sehingga 10kaki sampai ke atap bot. Sotong2 ini pula begitu cantik, transperent hingga nampak isi perut. Ia akan bertukar warna setelah lama di atas darat.

Benda menarik lain yang saya pernah nampak ialah dolphin berwarna pink. Ini saya nampak semasa trip ke Pulau Jemur. 2-3 ekor dolphin kecil ini melompat2 di kawasan Port Kelang, ada juga dolphin di perairan Malaysia.

27 December, 2006

Pemburuan Pulau Sembilan III


Tarikan menjunam ke dasar laut dapat dirasakan. Saya mengarau dengan lajunya. Tidak sampai 5 minit, mangsa muncul di permukaan. Rupa-rupanya gerepoh bersaiz 1kg terpedaya dengan jig besi bercahaya. Saya memberitahu rakan-rakan untuk mencuba jig bercahaya, namun masing2 tidak membawanya. Di hadapan bot Bob dan Tapai berjaya menaikkan beberapa ekor lagi kerapu mini. Setelah itu kami menikmati santapan nasi berlaukkan kari ikan tongkol, enak juga di tengah-tengah laut begini. Di tambah lagi dengan secawan kopi o pekat..puhh berselera betul menjamah rezeki.

Selepas santapan, saya memulakan semula jigging. 2-3 kali baling dan karau, namun tiada tindak balas. Kali ke empat, saya melontar lebih lauh dan membiarkan jig jatuh ke dasar. Kemudian karau dibuat, cheh..sangkut di karang rupanya..goodbye le jig yg berharga RM19.90 tersebut.

Lewat malam tiada respon dari pemangsa di bawah laut. Mungkin masing-masing tidak berminat meratah umpan, atau umpan tidak sesuai. Mata kawan-kawan seperti ada batu yg menghempap. Sebahagian tidur di dek, ada yang tidur di hadapan bot bermandikan embun. Ada yang membiarkan joran di lepaskan di laut, namun suasana bagai mati, tiada getuan langsung.

Pukul 7 pagi ramai yg sudah terbangun. Awek Tapai muka nampak kelat sungguh. Mungkin pundi2 kencingnya sangat penuh dan hendak meletup agaknya. Tekong memberitahu supaya menurunkan kanvas di belakang bot. Oo ada kanvas rupanya..maka sempatlah dia membuang hajat di belakang tirai, kesian dia..

Aktiviti memancing disambung sehingga 9 pagi. Hanya anak-anak kerapu berjaya dinaikkan oleh kami berlima. Joran dinaikkan tepat jam 9 pagi, maka bermulalah perjalanan pulang ke jeti.

Kesimpulannya, bagi trip kali ini saya 'rate' kan sebagai tidak berjaya. Pertama kerana tekong yg pemalas sehingga disuruh baru beralih lubuk. Kedua, tiada umpan yg sesuai seperti bilis. Ketiga, tiada ikan-ikan bersaiz sederhana atau besar, mungkin umpan tidak sesuai & tak ada rezeki. Bagi saya, ini kali terakhir saya menggunakan khidmat tekong tersebut, biarpun kadar yg dikenakan agak murah, tak berbaloi langsung....

Pemburuan Pulau Sembilan II


Tali pancing saya dan Kamarul di asak ganas sehingga kami hanya mampu membiarkan sahaja tali muntah keluar. Sekali kami mengayuh mesin kekili, tiga kali tali keluar. Perlawanan berlarutan hampir 20 minit dengan mangsa masih terlalu ampuh berbanding mesin Ryobi dan Seahawk di mana mangsa masih belum mampu kami tarik ke atas. Tiba-tiba..tup..kekili Kamarul berasap dan patah. Jalan terbaik adalah dengan memutuskan tali. Saya masih bertahan sehingga lenguh segala bahu dan lutut.

Bot pula semakin hanyut ke tengah laut, nampaknya sauh masih tidak melekat dengan baik di dasar. Tekong mengangkat sauh dan mengarahkan pemancing mengangkat pancing masing2. Nampaknya saya juga terpaksa memutuskan tali...kali ini ikan di dasar memenangi perlawanan, sayangnya.

Bot dipindah buat ke sekian kali ke lubuk yang lain. Menggunakan umpan pasar, kami hanya mengharapkan ikan-ikan yang tidak memilih seperti kerapu dan ikan karang lain. Rashid membuka tirai dengan menaikkan parrot fish berwarna ungu sekitar 400g..peliknya warna, dengan menggunakan umpan udang yang digandingkan dengan manik florosen. Kemudian giliran Kamarul, Bob dan saya menaikkan kerapu bersaiz sekitar 600g. Sekali sekala ikan karang seperti kerisi karang dan demsel fish bersaiz mini didaratkan oleh kami berlima. Tapai berjaya menaikkan 2 ekor kerapu pada petang itu, satu kenangan manis bagi beliau yang pertama kali beraksi di laut dalam. Awek Tapai menjadi pemerhati yang setia sepanjang hari, tapi banyak masanya terlentang (seperti di gambar) kerana mabuk laut. Muka pun dah nampak pucat kerana menahan dari kencing, maklumlah malu nak pancut macam budak2 lelaki ke laut..

Malamnya bot di alihkan di satu spot antara dua pulau bagi mengelakkan angin kuat. Ada 2 bot lain yang berlabuh di kawasan tersebut. Saya mengeluarkan jig bercahaya seberat 100g yang boleh dicaj menggunakan cahaya lampu lalu melontar ke laut. Beberapa kali dilontar dan dikarau, tiba-tiba satu sentapan terasa di hujung joran...

Pemburuan Pulau Sembilan I


Trip memancing kali ini merupakan yg ke 2 bagi tahun tersebut. Disertai oleh Rashid, Nizam, Kamarul, Bob, Tapai & makwenya serta Bob. Inilah kali pertama trip kami disertai oleh kaum wanita. Walaupun dah beberapa kali diberitahu bahawa risiko mabuk laut, susah nak membuang air dan sebagainya, tapi Tapai tetap nak membawa makwe nya mengikuti trip ini. Begitulah kalau sedang bercinta, asyik nak berhimpit saja. Gambar rakan pemancing kali ini di post dalam artikel "Lawak Bob-Pulau Keti".

Kali ini kami menggunakan tekong Ah Ho setelah tekong yang selalu kami gunakan, iaitu Abang Talang tak dapat memenuhi undangan kami. Berlainan dari Tekong Abang Talang yang berpusat di Pulau Pangkor, Ah Ho menjalankan kegiatan dari Sungai Besar Selangor. Sewa beliau agak murah berbanding Abang Talang iaitu RM700 bagi trip sehari semalam walaupun saiz bot sama besar.

Kami sampai ke jeti di Sungai Besar awal subuh seperti kebiasaan bila trip dengan Abang Talang. Namun muka Ah Ho tak muncul-muncul sehinggalah pukul 8.00 pagi. Sebenarnya kami lebih suka bertolak subuh kerana boleh sampai awal ke Pulau Sembilan yang memakan masa 2 jam perjalanan bot. Nampaknya ini satu tanda kurang baik & mengurangkan semangat memancing. Ah Ho masih menanti awak-awak Melayu untuk membantu kami memasak nanti dan mengambil air batu untuk bekalan memancing sehingglah kami bertolak pada pukul 8 tersebut.

Kami tiba dalam pukul 10 pagi di pulau pertama. Jangkaan kami kalau kami sampai lebih awal, kami dapat menguja ikan talang yang rancak dari pukul 8 ke 10 pagi. Ah Ho masih terkial-kial mencari bot nelayan untuk mendapatkan umpan ikan bilis, tapi tak berjumpa. Kami agak kecewa dengan tekong kali ini. Nampaknya jika tiada ikan bilis, kami sukar mendapat talang atau gerepoh disini. Terpaksalah kami memancing dasar menggunakan sotong dan umpan pasar, yang mana ikan2 disini diketahui lebih gemarkan umpan asal Pulau Sembilan.

Tekong melabuhkan sauh berhampiran salah-satu pulau. Kami mula melabuhkan pancing masing-masing. Tali berkekuatan 40-50paun, mata saiz 2/0 & 3/0 serta joran aksi sederhana digunakan. Saya meminjamkan set pancing kepada Tapai yang tidak ada setnya sendiri. Setelah 30 minit memancing, tiada getuan dari dasar. Tekong & awak-awak sudah mula membuta, nampaknya kami mendapat tekong pemalas. Kecewa juga rasanya. Sauh tidak melekat kuat ke dasar sehinggalah bot semakin hanyut merapat pulau batu. Saya menyuruh Bob menggerakkan tekong, takut terlanggar pulau batu.

Tekong segera mengarahkan pemancing menaikkan joran dan mengalihkan bot ke pulau lain pula. Saya, Rashid, Kamarul mengambil posisi di belakang bot manakala Bob, Tapai dan aweknya mengunjun di sebelah hadapan. Tekong sekali lagi membuta...hampeh.. Baru 10 minit melabuhkan joran, joran saya dan Kamarul disentap kuat sehingga hujung joran melendut dan mencecah permukaan laut....

20 December, 2006

Jurnal Pemancing Kelong II




Dengan pantas Starbuck menyambar joran yang baru 3 hari dibelinya. Kombinasi tali 50 paun dan perambut sedepa 60 paun serta mata circle hook bersaiz 2/10 ikan di hujung kail menghamburkan tali dari kekili multiplier dengan cepatnya. Perlawanan tarik menarik agak lama membuatkan peluh membasahi muka Starbuck. Mungkin ini pengalaman pertama beliau menarik ikan bersaiz besar, saya menyuruhnya mengendurkan tegangan mesin kekili bagi menggelakkan tali terputus. Selepas 10 minit berlawan, akhirnya jenahak muncul di permukaan. Rakan pemancing mat salleh lain mengambil tangguk yang panjang 10 kaki untuk mengaut ikan. Walaubagaimanapun ikan masih menggelupur hingga agak sukar untuk memasukannya dalam tangguk. Dengan bantuan seorang lagi pemancing, ikan berjaya didaratkan. Starbuck tersenyum lebar walaupun keletihan melayan ikan jenahak, dengan rekod peribadi ..jenahak 4kg!

Sedang masing-masing membelek ikan tersbut, joran saya pula direntap ikan. Dengan tenang saya mengarau pancing yang berumpankan selar hidup. Tidak sampai 5 minit, ikan Daun Baru bersaiz 1kg berjaya didaratkan. Selepas itu beberapa lagi ikan berjaya didaratkan tetapi hanya ikan todak sekitar 600g berjaya didaratkan. Manakala rakan pemancing disebelah belakang berjaya menaikkan beberapa talang sekitar 600g ke 1kg menggunakan umpan selar hidup. Rupa-rupanya santapan biologi disini adalah umpan anak ikan hidup!

Masing-masing tersenyum puas sebelum bot menjemput kami pada pukul 1.00 tengahari..lewat sejam dari sepatutnya. Setelah meneliti gambar2 yang diambil oleh anak2 Starbuck, ada yang tak nampak kepala orang, ada yang blur dan gelap. Almaklumlah budak2 tapi ada kenangan sudah memadai.