Patin Kolam 1
Memancing kolam, walaupun bagi sesetengah orang kurang challenging tetapi bagi saya..."bolehlah" kalau nak melepaskan gian. Apalagi bila dah lama tak memancing.
Kolam Seven Lakes terletak di Kuala Pajam, sempadan Beranang ,Negeri Selangor dan Kuala Pajam, Negeri Sembilan. Kami sudah 3 kali mencuba kolam di sini. Ikan yang banyak meragut adalah Patin dan juga Kap emas. Saiz yang biasa dipancing adalah 1kg ke 2kg. Kami menggunakan umpan dedak yang diuli dengan roti.
Selain bayarannya agak murah iaitu RM5 sejam bagi satu pancing, tempat ini mempunyai 7 kolam besar. Jadi tak perlulah berebut2 untuk memancing dan tak berlakulah tali bersilang. Kali pertama kami memancing, kami pergi seramai 4 orang. Saya, Rosli dan 2 pekerja beliau. Kami memancing sekitar pukul 9.30pm hingga 11.30pm dimana ikan2 sedang galak menyambar serangga di permukaan air. Nizam, staff Rosli mendapat strike pertama dan berjaya mendaratkan Patin 1.5kg. Agak menarik juga sebab set pancing ringan yang digunakan. Ragutan kedua juga seekor patin bersaiz 1kg dinaikkan oleh beliau. Setelah itu, 30min berikutnya, banyak yang rabut. Rosli mendapat strike pertama setelah termenung hampir 40 minit. Kali ini kap emas sekitar 1kg berjaya didaratkan. Saya seperti biasanya paling lambat mendapat ikan, kali ini selepas semua sudah merasa ragutan, giliran saya mendaratkan patin 1.5kg.
Selepas itu kami berjaya mendaratkan 2 ekor lagi kap emas dan 2 ekor patin. Agak lumayan juga untuk pancingan 2 jam tersebut. Malam tersebut kami singgah di kedai masakan Siam, 2 ekor dimasak segar. Seekor patin dibuat goreng masam masin, dan kap dibuat masakan 4 rasa. Sungguh berselera makan panas2 setelah penat memancing.
No comments:
Post a Comment