16 January, 2007

Penghuni Lombong



Lombong yg kami lawati kali ini ialah bekas lombong pasir, di mana pasirnya telah dikorek & dijual. Maka tinggallah ia bergenang dengan air, tempat ikan-ikan air tawar mencari makanan. Agak luas juga lombong ini dan dari riak air menampakkan banyak penghuninya, terutama yang menyambar serangga di permukaan. Cantik juga lombong ini, dengan tumbuhan teratai meliputi sebahagian tepi dan pokok2 resam di tengah2nya.

Setelah jemu memancing di sungai, maka saya melilau tengok 2 lagi staff store di lombong ini. Sebelum ini mereka berjaya menaikkan beberapa haruan cinonit dan anak belida. Di tempat saya, anak belida ni di panggil potak...cam botak le plak bunyinya. Belida ni ikan yg cantik, boleh di buat ikan perhiasan dan akan membesar sehingga berpuluh2 kilo. Tetapi kalau di masak, tulangnya berselirat macam gigi ikan paus. Jadi cara yang terbaik untuk masak belida ni ialah dengan mengkelarnya halus2 lalu digoreng garing2. Kalau mak mertua tepuk di belakang, tercekik kat leher la juga.

Mat store ni (tak ingat nama staff sendiri..hehe) dah 2-3kali menghantar tangkapan kepada Sham untuk diletakkan dalam jaring. Lepas tu saya nampak pula abang yg memperkenalkan diri sebagai Kassim ni dapat 2 ekor sekali gus, iaitu Tilapia dan Baung kat lombong tu. Ada Baung kat dalam lombong? Rupa2nya lombong ni pernah ditenggelami air banjir, lalu ikan-ikan sungai tukar port, duduk kat lombong la pulak. Kat sungai, asyik minum teh susu jer, mana tahan, nanti kena kencing manis. Saya bila lihat abang Kasim dapat 2 ekor tu, hati bagai di tarik2 nak join kat situ.

1 comment:

Pokcik Zam said...

klu doube click kat gambar tasik tu, gambar akan dibesarkan. Nampak kat permukaan air tu, ada 3 riak ikan sekali gus (kesan bulatan air). Memang banyak ikan kat tasik ni