Si Sepit Pencuri
Di kawasan berstruktur seperti tiang, karang atau kelong memang banyak terdapat spesis berpenyepit ni. Kerana mulutnya yang kecil, ketam akan mengutil umpan menggunakan penyepitnya lalu memakan cebisan kecil sedikit demi sedikit. Sebagai pemancing, kita boleh mengagak yang ketam atau ikan kecil sedang memakan umpan kerana hujung joran akan bergetar sikit-sikit. Walau bagaimanapun sangat jarang pemancing mendapat ketam menggunakan joran.
Saya pernah mencuba gunakan tangkul ketam di jambatan Pulau Indah ini. Tetapi 2 tali plastik ampaian yg disambung dengan tangkul lalu ditenggelamkan, tangkul masih tidak mencecah dasar. Jadi saya membatalkan sahaja aktiviti tangkul di sini.
Banyak kali umpan dilabuhkan, bila ditarik semula sudah tiada. Rupanya ketam, si pencuri umpan yang sapu. Seterusnya, kutilan kecil masih terjadi di hujung jorannya. Kali ini Azuan sudah tak sabar lagi. Lalu dikaraunya dengan laju. Si pencuri yang panik mengepit tali joran. Mata kail tersangkut di salah satu kakinya yang berbulu. Maka tertangkap lah si pencuri walaupun mata kail tidak terlekat di mulutnya. Satu tangan sepitnya telah putus. Mungkin semasa pancing dikarau, satu tangannya menyepit karang. Itulah padah mencuri, kena potong tangan!!
No comments:
Post a Comment