25 January, 2007

Memancing di Michigan II




Pengalaman kami memancing disini…depa ni memang extreme..kalau kaki memancing tu sebut aja apa jenis tool atau gadget semua ada…yang the latest technology..dari segi alat memancing sampailah ke bot. Sebut je semua pakai. Jenis2 ikan pula kat sini, semua pelik. Especially ikan tasek. Yang paling common dari tasek2 air tawar ni seperti Lake Trout, Bass, Blue Gill, White Fish, Cat Fish. Kalau tengok rupa ikan, aku pun tak lalu sangat nak makan. Tak macam ikan2 di Malaysia. Pengalaman aku duduk sini masa student dulu, student Malaysia ni main belasah aja apa jenis ikan. Tak kira besar ke kecik, nama ikan pun tak tau tapi bawak balik rumah masak buat gulai asam pedas atau buat bakar atau goring….semua nya sodap jo……habis tinggal tulang aja…

Kat Artikel 1 tu ada gambar aku & anak aku, Arief masa gi memancing kat Newburgh Lake dalam 3 batu dari area rumah aku. Masa tu dalam musim luruh lagi. Still ramai yang memancing. Kalau musim winter depa buat pondok atas ice pas tu tebuk lubang tengah2 tasek tu …hulur lah batang pancing tu..gerenti banyak ikan. Memang best bila memancing dalam musim winter ni.. Honestly, aku tak berani. Ada banyak kes accident .. etc…pasal winter fishing ni.

So, kepada Mat2 Pancing yang extremis kat Malaysia tu…nak merasa lebih challenge , jemput ke Michigan memancing. Ada tiga tasek – Superior, Huran dan Lake Michigan…sure tak menyesal punya….

2 comments:

Slambe Jr aka Pokcik said...

Mir,
Kalau ada lagi kisah2 memancing ko, hantar lah kat sini. Aku tak dpt pegi sana pun at least blh gak tengok gambar jadi la. Ikan2 pun x serupa ngan sini.

Amir-Isa said...

Salam Pokcik:
No problemo...actually ada banyak kisah & tempat2 menarik pasal memancing ni kat sini..Insyallah, kita share sikit2 dulu..

Memang, ikan tak sama dengan kita di mesia..aku pun tak makan sangat ikan sini..fishing just for fun.
Lagi satu memancing ni mendidik sifat2 sabar dalam diri kita...sebab tu kena bawak anak kalau gi memancing..dapat mendidik sifat2 mulia ni.
ok cheers.
Amir