30 January, 2007

La Bamba Jambatan Pulau Indah




Pulau Indah suatu masa dulu adalah pulau yg tidak membangun dengan nama asalnya Pulau Lumut. Bila Port Kelang telah membangun dengan pesat, kerajaan beralih ke pulau berhampiran untuk membina pelabuhan baru. Maka lahirlah North Port di sana dan pulau itu dengan rasminya ditukar kepada Pulau Indah serta dihubungi dengan jambatan sepanjang 2km itu. Kawasan industri giat dibangunkan. Bagi memajukan lagi pulau tersebut, kerajaan mengistiharkan pulau tersebut sebagi hub halal dengan tumpuan kepada IKS produk halal. Kolej Antarabangsa Inpens juga telah ditempatkan di situ yang asalnya terletak di Cheras.
Memancing di tiang asasnya membawa pengalaman baru bagi yang tidak pernah merasainya. Seakan-akan memancing di bawah jambatan Pulau Pinang, cuma cara untuk ke sesuatu tiang tidak menggunakan bot. Aktiviti appolo dan memancing dasar adalah acara utama.
Saya, Azuan dan BOB mencuba pancingan di sana baru-baru ini. Umpan pumpun, hirisan selar dan sardin (bukan sardin dalam tin ya!) digunakan. BOB meminta untuk membuat balingan sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah beri beliau untuk buat balingan, kerana takut berpintal atau tersangkut di mana2. Kali ini, tergerak untuk saya mengajarnya. "OK, mula2 jari telunjuk tangan kanan pegang tali di sini. Buka wayar gegelung, tolak switch pelonggar ke kanan, " sambil BOB mendengar dengan penuh minat. "Bila baling lepaskan jari telunjuk kanan tu". saya menerangkan kepadanya sebanyak 3 kali. Balingan pertama beliau hanya sekadar 20 meter.
"Buat balik", arah saya. Karauan dibuat. Umpan dikemaskan dan BOB membuat balingan semula. Kali ni lebih 60 meter. "Not bad..cepat belajar" dalam hati saya. Lepas itu, BOB sudah diberi lesen oleh saya untuk mengendalikan joran tersebut.
BOB mula merayau setelah meletakkan joran di penyangkut besi. Cepat benar budak ni bosan. Tak boleh jadi kaki pancing. "BOB, joran tu dah kena", kata saya selepas 5 minit joran dilabuhkan dan terhenjut dengan manjanya. BOB meluru dan terus mengarau. La Bamba, gelama rupanya. Tak habis2 gelama. Tapi budak ni hepi semacam jer.
Selepas itu, saya, Azuan dan BOB berlumba2 menaikkan gelama. Kata orang kalau gelama bermaharaja lela, ikan besar tidak ada di kawasan tersebut. Nak berpindah port, malas la pulak nak turun naik tangga. Dah beberapa minggu, asyik menarik ikan kecik jer...tak challenging betul. Ikan besar tak nak rapat ke pantai dah kot, mungkin pesisiran barat Malaysia ni banyak sampah.

No comments: