Jeti Star Cruises - Hilang dari peta..
Sejak saya berpindah dari Shah Alam 2 tahun yang lalu, saya tak pernah menjenguk jeti tersebut hinggalah Ahad lepas. Jeti Star Cruises merupakan tempat kapal persiaran Star Cruises singgah sebelum meneruskan destinasi mereka ke Langkawi, Thailand, Singapura atau hanya ke open sea. Di sebelah jeti tersebut terdapat benteng batu sepanjang pantai yang menjadi lokasi pemancing. Memandangkan ia menghadap laut terbuka, berbagai jenis ikan berkualiti terdapat di situ. Pari, siakap, senangin juga ada di situ. Dahulu ramai yang memancing di situ, ada juga yg membawa keluarga sekali.
Ingatkan nak memancing kat situ selepas puas memancing di bawah jambatan Pulau Indah. Apabila sampai dekat situ, jalan sudah diblok dengan penghadang besi dan pemisah jalan plastik. Siap ada sekuriti yang menjaga lagi.. Malang sungguh. Hilang satu lagi spot memancing dari peta pemancing budget seperti kami...apa lah nak sekat2 pemancing yg nak meluangkan sedikit masa di pantai. Patutnya ia dibangunkan supaya menjadi satu lagi tarikan pelancung tempatan. Sudahlah Bandar Armada Putra berdekatan dengan jeti tersebut kosong bagai bandar hantu. Dengan tiada pengunjung ke jeti, maka akan bertambah mati lah bandar tersebut. Harap kerajaan negeri Selangor lebih peka..
No comments:
Post a Comment