16 January, 2007

Penghuni Lombong III




Sambil2 check invois supplier & sign cek utk byr mereka ni, sambil2 la updatekan blog ni. Nak update blog ni pun satu hal, kalau time peak hour nak save pun makan masa. Kdg2 dah taip elok-elok bila save jer keluar msg" invalid request" maknanya tak boleh save.

Berbalik kepada cerita lombong, hari tersebut ikan yg berjaya dinaikkan oleh pemancing di sekitar ialah lampan, baung, tilapia, potak dan haruan. Team kami berjaya mendapat 11 ekor. walaupun tak banyak tapi cam biasa.."bolehlah" nak menghabiskan masa terluang.

Maghrib tu, ikan dibahagi2 sesama bebudak store. Den pulak tak kuase nak amik ikan2 bayi yg belum habis menyusu tu. Bebudak bujang ni kalau ikan besar cacing pun mungkin diambil juga, janji boleh goreng.

2 minggu lagi nak mencuba pulak di bawah jambatan Pulau Indah, kalau tak ada aral...

2 comments:

LaN KidA said...

Slambe..apasal posting invalid request...satu lagi nak posting komen pun kena verification..aku rasa setting awk ni ada tak berapa betul lagi ni kot... cuba belek2 setting tu..tapi kalau problem sgt koi pun kena tanya Tok Petapa koi..SK

Slambe Jr aka Pokcik said...

Otai, itu setting utk verification wa sudah godek, skrg sudah tadak. tima kasih maa. posting invalid tukoi rasa kena ada password kot..