27 December, 2006

Pemburuan Pulau Sembilan I


Trip memancing kali ini merupakan yg ke 2 bagi tahun tersebut. Disertai oleh Rashid, Nizam, Kamarul, Bob, Tapai & makwenya serta Bob. Inilah kali pertama trip kami disertai oleh kaum wanita. Walaupun dah beberapa kali diberitahu bahawa risiko mabuk laut, susah nak membuang air dan sebagainya, tapi Tapai tetap nak membawa makwe nya mengikuti trip ini. Begitulah kalau sedang bercinta, asyik nak berhimpit saja. Gambar rakan pemancing kali ini di post dalam artikel "Lawak Bob-Pulau Keti".

Kali ini kami menggunakan tekong Ah Ho setelah tekong yang selalu kami gunakan, iaitu Abang Talang tak dapat memenuhi undangan kami. Berlainan dari Tekong Abang Talang yang berpusat di Pulau Pangkor, Ah Ho menjalankan kegiatan dari Sungai Besar Selangor. Sewa beliau agak murah berbanding Abang Talang iaitu RM700 bagi trip sehari semalam walaupun saiz bot sama besar.

Kami sampai ke jeti di Sungai Besar awal subuh seperti kebiasaan bila trip dengan Abang Talang. Namun muka Ah Ho tak muncul-muncul sehinggalah pukul 8.00 pagi. Sebenarnya kami lebih suka bertolak subuh kerana boleh sampai awal ke Pulau Sembilan yang memakan masa 2 jam perjalanan bot. Nampaknya ini satu tanda kurang baik & mengurangkan semangat memancing. Ah Ho masih menanti awak-awak Melayu untuk membantu kami memasak nanti dan mengambil air batu untuk bekalan memancing sehingglah kami bertolak pada pukul 8 tersebut.

Kami tiba dalam pukul 10 pagi di pulau pertama. Jangkaan kami kalau kami sampai lebih awal, kami dapat menguja ikan talang yang rancak dari pukul 8 ke 10 pagi. Ah Ho masih terkial-kial mencari bot nelayan untuk mendapatkan umpan ikan bilis, tapi tak berjumpa. Kami agak kecewa dengan tekong kali ini. Nampaknya jika tiada ikan bilis, kami sukar mendapat talang atau gerepoh disini. Terpaksalah kami memancing dasar menggunakan sotong dan umpan pasar, yang mana ikan2 disini diketahui lebih gemarkan umpan asal Pulau Sembilan.

Tekong melabuhkan sauh berhampiran salah-satu pulau. Kami mula melabuhkan pancing masing-masing. Tali berkekuatan 40-50paun, mata saiz 2/0 & 3/0 serta joran aksi sederhana digunakan. Saya meminjamkan set pancing kepada Tapai yang tidak ada setnya sendiri. Setelah 30 minit memancing, tiada getuan dari dasar. Tekong & awak-awak sudah mula membuta, nampaknya kami mendapat tekong pemalas. Kecewa juga rasanya. Sauh tidak melekat kuat ke dasar sehinggalah bot semakin hanyut merapat pulau batu. Saya menyuruh Bob menggerakkan tekong, takut terlanggar pulau batu.

Tekong segera mengarahkan pemancing menaikkan joran dan mengalihkan bot ke pulau lain pula. Saya, Rashid, Kamarul mengambil posisi di belakang bot manakala Bob, Tapai dan aweknya mengunjun di sebelah hadapan. Tekong sekali lagi membuta...hampeh.. Baru 10 minit melabuhkan joran, joran saya dan Kamarul disentap kuat sehingga hujung joran melendut dan mencecah permukaan laut....

1 comment:

Pokcik Zam said...

Ralat: tekong Ah Ho beroperasi di Teluk Intan dan bukannya di Sg. Besar.