20 December, 2006

Jurnal Pemancing Kelong I



Kelong merupakan rumah binaan nelayan di tengah laut untuk kegunaan nelayan menangkap ikan. Ia biasanya didirikan nelayan menggunakan batang pinang sebagai tiang, kayau bakau sebagai pengukuh dan papan sebagai lantai. Ia biasanya dibina di atas beting atau tempat tohor di laut pesisir pantai. Masa dahulu, nelayan akan memasang tiang dua baris dan meletakkan jaring atau pukat dihujung tiang untuk memerangkap ikan.

Sekarang banyak kelong telah dikomersilkan untuk menjadi tempat sewaan pemancing hobi. Kelong dibina siap dengan bilik2, tandas dan dapur. Ada juga kelong seperti di NBO Sg Besar yang menggunakan konkrit dengan sewaan hotel 3 bintang. Kelong merupakan tempat memancing yg agak selesa bagi yang alah atau mabuk laut. Malah ada yang datang hanya untuk mengambil udara bersih bersama anak isteri.

Kami biasa melepaskan gian memancing di kelong MaMud samada di Bagan Lalang atau Lukut. Sewaan dikira mengikut kepala iaitu RM35 seorang. Selain harganya agak berpatutan, ia agak dekat dari KL. Perjalanan menaiki bot selama 10 minit dari kuala ke kelong juga agak disukai oleh kanak-kanak. Suasana santai dan tiupan bayu laut serta pemandangan cantik tak kira siang atau malam boleh membuatkan kami lupa segala masalah kerja buat sementara.

Ikan? nasib-nasiblah. Ada yang beroleh Pari, Jenahak, Todak, Daun Baru, Talang dan lain-lain ikan karang. Ada masa kami langsung tak mendapat ikan besar, hanya tanda2 atau gerut sebesar telapak tangan. Kalau musim tertentu, tenggiri papan pun ada.

Terbaru saya dan Starbuck memancing di kelong Bagan Lalang pada 9 Disember 2006. Bertolak maghrib hari Sabtu tersebut, kami memancing hingga tengahari Ahad keesokannya. Di kelong sudah ada beberapa pemancing yang menghuni 2 bilik, tinggal 3 bilik kosong. Kami ambil bilik yang cantik, sea view (hehe semua bilik adalah sea view). Saya membawa anak ke tiga berumur 8 tahun, manakala Starbuck dengan 2 anak lelakinya.

Malam tersebut ikan langsung tak mencatuk umpan, tak ada nasib walau pun pelbagai umpan seperti pumpun, udang atau anak ikan hidup Starbuck cukup rajin memancing hingga pukul 3 pagi. Saya serta anak dah masuk tidor dalam bilik seawal 12pm. Fuhh, sejuk gile tgh mlm macam kita set air-cond kat 16 celcius, apa lagi tidor berhimpit2 dengan anak untuk panaskan badan.

Kami terjaga di awal pagi bila terdengar kokokan ayam(chet, mana ada ayam tgh2 laut) iaitu bila mendengar suara pemancing lain riuh mendaratkan ikan. Biasa la ikan aktif di waktu pagi. Deburan ikan besar mengejar anak-anak bilis dan selar membuatkan kami geram. Saya menggeluarkan mata appolo untuk mendapatkan umpan anak ikan hidup. Unjun punya unjun, bukan main susah nak dapat walaupun dari atas kelong nampak anak2 ikan berkumpulan. Giliran Starbuck pula mengunjun appolo. Sekali tarik, 3-4 ekor anak ikan melekat di mata kail. Umpan anak ikan dipindahkan ke joran masing-masing. Tak sampai 5 minit, joran Starbuck dihenjut kuat sehingga hampir terjatuh ke laut...

No comments: