Ekspedisi Pasang Besar Pulau Sembilan I
Pulau Sembilan sehingga kini masih menjadi nama tersohor sebagai lubuk ikan2 yang dikategori sebagai 'game fish'. Kalau kena umpan dan waktunya, pemancing akan dapat penangan ikan bersaiz mega yang memenatkan bahu dan pinggang.
Pulau Sembilan yang diberi nama sempena gugusan sembilan buah pulau yang terletak tidak jauh dari Pulau Pangkor. Perjalanan bot nelayan mengambil masa dua setengah jam untuk tiba ke pulau yang pertama. Kesembilan buah pulau tersebut tiada yang berpenghuni, merupakan pulau berstruktur batu yang tebingnya penuh dengan batu-batu besar ditumbuhi pokok-pokok hutan tua.
Ramai pemancing-pemancing profesional dan amatur mengidami saat memancing disini. Ia juga menjadi sumber pendapatan nelayan tempatan. Lautnya kaya dengan plankton dan ikan bilis yang menarik ikan-ikan pemangsa untuk mencari makan di sini.
Ekspedisi sehari semalam kami bermula dengan menaiki bot nelayan yang disewa. Dengan kenaikan kos minyak, harga sewaan bot termasuk upah tekong dan awak-awak meningkat kepada RM1 ribu satu trip. Kami menggunakan khidmat Abang Talang sebagai tekong. Setelah 5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, kami tiba waktu subuh di Teluk Batik. Bot tiba setengah jam kemudian di jeti berhadapan Outward Bound School. Kami seramai 8 orang tidak sabar2 untuk menaiki bot dengan penuh semangat untuk berjuang dengan ikan-ikan di Pulau Sembilan. Waktu tersebut merupakan tarikh air pasang besar di mana tidak ramai pemancing berminat untuk keluar memancing namun tidak pernah menghalang kami dari meneruskan trip ini.
Bot sepanjang 56 kaki dan lebar 10 kaki meluncur laju ke destinasi. Seawal 8.00 pagi kami tiba ke Pulau Sembilan. Tekong merapati bot nelayan untuk mendapatkan bekalan ikan bilis yang baru dipukat. Umpan ikan kembung, sotong dan udang juga telah dibeli tekong dari pasar sebagai tambahan. Bot berlayar semula dan bila sampai di satu lubuk, tekong menghulur koyan. Setelah tekong memberi isyarat bahawa ada ikan, kami mula melabuhkan joran masing-masing..

No comments:
Post a Comment