Jenahak Pulau Jemur
Trip memancing ke Pulau Jemur bersama En. Omar, Rashid, Azman dan Hamdan menaiki bot Explorer berkuasakan 2 enjin Mercury 115hp bertolak dari Port Kelang pagi Sabtu. Bot milik En. Omar ni dijaga rapi dan bersih, selesa untuk memancing mempunyai atap sebagai pelindung matahari, kusyen untuk duduk, GPS dan sonar untuk mengesan ikan.
Kami menggunakan umpan udang dan sotong pasar juga anak tamban beku. Lubuk pertama setelah meredah lautan selama 35 minit betul2 di atas karang berhampiran Pulau Jemur. Joran aksi sederhana digunakan dgn tali berkuatan 35 hingga 50 paun. Selang 20 minit joran dilabuhkan, En. Omar mendapat strike pertama. Jenahak tanda seberat 600g berjaya didaratkan.
Bot dipindahkan dari satu lubuk ke satu lubuk.Untuk sepetang tersebut keseluruhan 10 Jenahak Tanda berjaya dinaikkan. Menjelang malam, jaring halus dihulur di buritan bot. banyak juga anak-anak tamban diperolehi dan dibuat umpan hidup. Sekitar 11mlm apabila air berubah arus, Rashid berjaya menaikkan seekor Jenahak 1kg. Selepas itu bagai pesta malam, lepas seekor, seekor lagi ikan berjaya didaratkan. Saya berjaya menaikkan jenahak tanda bersaiz dalam 600g pada malam tersebut.
Keesokan pagi, aktiviti memancing disambung dibeberapa lubuk yg dikenal pasti. Sepanjang trip memancing yg tamat pada tengahari Ahad itu, kami berjaya membawa pulang jenahak tanda 26 ekor, Tetuka 1 ekor, kerapu 1 ekor & Gelama - banyak sekali. Aktiviti sehari semalam agak memnenatkan tetapi kepuasan memancing dapat dirasai sepenuhnya.

1 comment:
Hi En. Omar, bila lagi nak ajak gi Pulau Jemur...?
Post a Comment