31 December, 2006
30 December, 2006
Di sebalik memancing II
Keindahan lain saya pernah alami ialah apabila melihat ikan membuat akrobatik apabila terkena mata kail. Di Pulau Sembilan pancing saya beberapa kali mengena Todak sepanjang lebih 4 kaki. Aksi akrobatiknya untuk melepas matakail boleh dilihat dari jauh lagi, beberapa kali melompat di permukaan laut. Begitu juga kepuasan yang di alami oleh pemancing yg mendapat layaran dan marlin. Walaubagaimanapun tidak banyak ikan yg boleh membuat akrobatik.
Tidak semua orang tahu dan dapat melihat ikan-ikan tertentu yg akan bertukar warna selepas beberapa minit ia didaratkan. Saya juga pernah melihat beribu2 ikan gerepoh berwarna keperak-perakan di permukaan laut mengelilingi bot kami di Pulau Sembilan, seakan-akan kita boleh berjalan di atas mereka, fuyoo..what a scenery; Zakil, Syahril dan beberapa yg lain juga sempat menyaksikan fenomena ini. Ada masanya dapat menarik Tapak Sulaiman seperti selalu kami dapat di jeti Tanjung Harapan. Haiwan moluska ini keras seperti karang dengan berpuluh2 jemari di bawahnya seperti kaki ulat gonggok..what a nice species!
Pengalaman saya memancing di bekas lombong Ampang bersama keluarga. Hari tersebut kami mendapat hampir seratus tilapia..seratus! Semuanya diberikan kpd orang, kenangan yg manis. Juga anak lelaki saya mendapat seekor kura-kura berbentuk huruf 8, bukan oval shape mcm selalu. Ganjilnya..ia dilepaskan semula ke lombong.
Di bawah jambatan Pulau Indah, anginnya cukup nyaman. Suasananya redup maklumlah di bawah jambatan. Untuk ke batu asas di tengah2 jambatan kami melalui maintenance roof betul2 di bawah jambatan. Untuk ke roof tersebut terpaksa menaiki tangga dan dikenakan caj RM1. Terasa bergegar bila lori lalu betul2 di atas kepala kami. Di situ kdg2 kami mendapat ikan buntal berbentuk bulat, empat segi, macam rupa khinzir pun ada..anehnya ciptaan Tuhan. Pernah juga nampak pari bintik muncul sekejap di permukaan, saiznya adalah selebar meja makan! Bila cerita kat orang, masing-masing senyum sinis tak percaya. But seeing is believing! Tak semua org dpt peluang melihatnya..
Di sebalik memancing I
Bagi pemancing untuk hobi, aktiviti hanyir ini banyak memberi sebab untuk mereka meneruskan dari hari ke hari. Sesetengah orang mungkin akan berkata bahawa aktiviti ini tidak berfaedah kerana kita menunggu berjam-jam hanya untuk mendapat seekor ikan.
Bagi saya selain kepuasan menyentap ikan yg makan umpan, saya byk melihat benda2 yg tidak saya ketahui dan seterusnya mengagumi kebesaran Allah. Bila kita memancing kita dapat melihat persekitaran atau view laut, sungai, tasik dsb yg damai serta dpt menghilangkan tekanan di kepala. Angin yang bertiup menambahkan keasyikan panorama. Termasuk juga bila melihat matahari terbenam di hujung horizon, sangat cantik..
Antara yg menarik perhatian saya lagi ialah bila malam di Pulau Sembilan. Air laut yang di pam oleh enjin bot mengandungi beribu-ribu kelipan cahaya. Macam bintang-bintang di langit. Rupanya cahaya itu adalah dari berjuta2 plankton yg refleks dengan cahaya..marvellous.
Semasa trip di Rompin, kami mencandat sotong. Sotong mengabang sebesar dua telapak tangan dewasa dan sotong biasa bersaiz lengan dewasa banyak yang dinaikkan. Semasa itu saya tau rupa2nya sotong ini hidup berpasang-pasangan. Jika seekor yang terkena mata pancing, yang seekor lagi akan mengikut pasangan nya hingga ke permukaan. Sotong-sotong ini akan memancutkan dakwat hitamnya sehingga 10kaki sampai ke atap bot. Sotong2 ini pula begitu cantik, transperent hingga nampak isi perut. Ia akan bertukar warna setelah lama di atas darat.
Benda menarik lain yang saya pernah nampak ialah dolphin berwarna pink. Ini saya nampak semasa trip ke Pulau Jemur. 2-3 ekor dolphin kecil ini melompat2 di kawasan Port Kelang, ada juga dolphin di perairan Malaysia.
27 December, 2006
Pemburuan Pulau Sembilan III
Selepas santapan, saya memulakan semula jigging. 2-3 kali baling dan karau, namun tiada tindak balas. Kali ke empat, saya melontar lebih lauh dan membiarkan jig jatuh ke dasar. Kemudian karau dibuat, cheh..sangkut di karang rupanya..goodbye le jig yg berharga RM19.90 tersebut.
Lewat malam tiada respon dari pemangsa di bawah laut. Mungkin masing-masing tidak berminat meratah umpan, atau umpan tidak sesuai. Mata kawan-kawan seperti ada batu yg menghempap. Sebahagian tidur di dek, ada yang tidur di hadapan bot bermandikan embun. Ada yang membiarkan joran di lepaskan di laut, namun suasana bagai mati, tiada getuan langsung.
Pukul 7 pagi ramai yg sudah terbangun. Awek Tapai muka nampak kelat sungguh. Mungkin pundi2 kencingnya sangat penuh dan hendak meletup agaknya. Tekong memberitahu supaya menurunkan kanvas di belakang bot. Oo ada kanvas rupanya..maka sempatlah dia membuang hajat di belakang tirai, kesian dia..
Aktiviti memancing disambung sehingga 9 pagi. Hanya anak-anak kerapu berjaya dinaikkan oleh kami berlima. Joran dinaikkan tepat jam 9 pagi, maka bermulalah perjalanan pulang ke jeti.
Kesimpulannya, bagi trip kali ini saya 'rate' kan sebagai tidak berjaya. Pertama kerana tekong yg pemalas sehingga disuruh baru beralih lubuk. Kedua, tiada umpan yg sesuai seperti bilis. Ketiga, tiada ikan-ikan bersaiz sederhana atau besar, mungkin umpan tidak sesuai & tak ada rezeki. Bagi saya, ini kali terakhir saya menggunakan khidmat tekong tersebut, biarpun kadar yg dikenakan agak murah, tak berbaloi langsung....
Pemburuan Pulau Sembilan II
Bot pula semakin hanyut ke tengah laut, nampaknya sauh masih tidak melekat dengan baik di dasar. Tekong mengangkat sauh dan mengarahkan pemancing mengangkat pancing masing2. Nampaknya saya juga terpaksa memutuskan tali...kali ini ikan di dasar memenangi perlawanan, sayangnya.
Bot dipindah buat ke sekian kali ke lubuk yang lain. Menggunakan umpan pasar, kami hanya mengharapkan ikan-ikan yang tidak memilih seperti kerapu dan ikan karang lain. Rashid membuka tirai dengan menaikkan parrot fish berwarna ungu sekitar 400g..peliknya warna, dengan menggunakan umpan udang yang digandingkan dengan manik florosen. Kemudian giliran Kamarul, Bob dan saya menaikkan kerapu bersaiz sekitar 600g. Sekali sekala ikan karang seperti kerisi karang dan demsel fish bersaiz mini didaratkan oleh kami berlima. Tapai berjaya menaikkan 2 ekor kerapu pada petang itu, satu kenangan manis bagi beliau yang pertama kali beraksi di laut dalam. Awek Tapai menjadi pemerhati yang setia sepanjang hari, tapi banyak masanya terlentang (seperti di gambar) kerana mabuk laut. Muka pun dah nampak pucat kerana menahan dari kencing, maklumlah malu nak pancut macam budak2 lelaki ke laut..
Malamnya bot di alihkan di satu spot antara dua pulau bagi mengelakkan angin kuat. Ada 2 bot lain yang berlabuh di kawasan tersebut. Saya mengeluarkan jig bercahaya seberat 100g yang boleh dicaj menggunakan cahaya lampu lalu melontar ke laut. Beberapa kali dilontar dan dikarau, tiba-tiba satu sentapan terasa di hujung joran...
Pemburuan Pulau Sembilan I
Kali ini kami menggunakan tekong Ah Ho setelah tekong yang selalu kami gunakan, iaitu Abang Talang tak dapat memenuhi undangan kami. Berlainan dari Tekong Abang Talang yang berpusat di Pulau Pangkor, Ah Ho menjalankan kegiatan dari Sungai Besar Selangor. Sewa beliau agak murah berbanding Abang Talang iaitu RM700 bagi trip sehari semalam walaupun saiz bot sama besar.
Kami sampai ke jeti di Sungai Besar awal subuh seperti kebiasaan bila trip dengan Abang Talang. Namun muka Ah Ho tak muncul-muncul sehinggalah pukul 8.00 pagi. Sebenarnya kami lebih suka bertolak subuh kerana boleh sampai awal ke Pulau Sembilan yang memakan masa 2 jam perjalanan bot. Nampaknya ini satu tanda kurang baik & mengurangkan semangat memancing. Ah Ho masih menanti awak-awak Melayu untuk membantu kami memasak nanti dan mengambil air batu untuk bekalan memancing sehingglah kami bertolak pada pukul 8 tersebut.
Kami tiba dalam pukul 10 pagi di pulau pertama. Jangkaan kami kalau kami sampai lebih awal, kami dapat menguja ikan talang yang rancak dari pukul 8 ke 10 pagi. Ah Ho masih terkial-kial mencari bot nelayan untuk mendapatkan umpan ikan bilis, tapi tak berjumpa. Kami agak kecewa dengan tekong kali ini. Nampaknya jika tiada ikan bilis, kami sukar mendapat talang atau gerepoh disini. Terpaksalah kami memancing dasar menggunakan sotong dan umpan pasar, yang mana ikan2 disini diketahui lebih gemarkan umpan asal Pulau Sembilan.
Tekong melabuhkan sauh berhampiran salah-satu pulau. Kami mula melabuhkan pancing masing-masing. Tali berkekuatan 40-50paun, mata saiz 2/0 & 3/0 serta joran aksi sederhana digunakan. Saya meminjamkan set pancing kepada Tapai yang tidak ada setnya sendiri. Setelah 30 minit memancing, tiada getuan dari dasar. Tekong & awak-awak sudah mula membuta, nampaknya kami mendapat tekong pemalas. Kecewa juga rasanya. Sauh tidak melekat kuat ke dasar sehinggalah bot semakin hanyut merapat pulau batu. Saya menyuruh Bob menggerakkan tekong, takut terlanggar pulau batu.
Tekong segera mengarahkan pemancing menaikkan joran dan mengalihkan bot ke pulau lain pula. Saya, Rashid, Kamarul mengambil posisi di belakang bot manakala Bob, Tapai dan aweknya mengunjun di sebelah hadapan. Tekong sekali lagi membuta...hampeh.. Baru 10 minit melabuhkan joran, joran saya dan Kamarul disentap kuat sehingga hujung joran melendut dan mencecah permukaan laut....
20 December, 2006
Jurnal Pemancing Kelong II
Sedang masing-masing membelek ikan tersbut, joran saya pula direntap ikan. Dengan tenang saya mengarau pancing yang berumpankan selar hidup. Tidak sampai 5 minit, ikan Daun Baru bersaiz 1kg berjaya didaratkan. Selepas itu beberapa lagi ikan berjaya didaratkan tetapi hanya ikan todak sekitar 600g berjaya didaratkan. Manakala rakan pemancing disebelah belakang berjaya menaikkan beberapa talang sekitar 600g ke 1kg menggunakan umpan selar hidup. Rupa-rupanya santapan biologi disini adalah umpan anak ikan hidup!
Masing-masing tersenyum puas sebelum bot menjemput kami pada pukul 1.00 tengahari..lewat sejam dari sepatutnya. Setelah meneliti gambar2 yang diambil oleh anak2 Starbuck, ada yang tak nampak kepala orang, ada yang blur dan gelap. Almaklumlah budak2 tapi ada kenangan sudah memadai.
Jurnal Pemancing Kelong I
Sekarang banyak kelong telah dikomersilkan untuk menjadi tempat sewaan pemancing hobi. Kelong dibina siap dengan bilik2, tandas dan dapur. Ada juga kelong seperti di NBO Sg Besar yang menggunakan konkrit dengan sewaan hotel 3 bintang. Kelong merupakan tempat memancing yg agak selesa bagi yang alah atau mabuk laut. Malah ada yang datang hanya untuk mengambil udara bersih bersama anak isteri.
Kami biasa melepaskan gian memancing di kelong MaMud samada di Bagan Lalang atau Lukut. Sewaan dikira mengikut kepala iaitu RM35 seorang. Selain harganya agak berpatutan, ia agak dekat dari KL. Perjalanan menaiki bot selama 10 minit dari kuala ke kelong juga agak disukai oleh kanak-kanak. Suasana santai dan tiupan bayu laut serta pemandangan cantik tak kira siang atau malam boleh membuatkan kami lupa segala masalah kerja buat sementara.
Ikan? nasib-nasiblah. Ada yang beroleh Pari, Jenahak, Todak, Daun Baru, Talang dan lain-lain ikan karang. Ada masa kami langsung tak mendapat ikan besar, hanya tanda2 atau gerut sebesar telapak tangan. Kalau musim tertentu, tenggiri papan pun ada.
Terbaru saya dan Starbuck memancing di kelong Bagan Lalang pada 9 Disember 2006. Bertolak maghrib hari Sabtu tersebut, kami memancing hingga tengahari Ahad keesokannya. Di kelong sudah ada beberapa pemancing yang menghuni 2 bilik, tinggal 3 bilik kosong. Kami ambil bilik yang cantik, sea view (hehe semua bilik adalah sea view). Saya membawa anak ke tiga berumur 8 tahun, manakala Starbuck dengan 2 anak lelakinya.
Malam tersebut ikan langsung tak mencatuk umpan, tak ada nasib walau pun pelbagai umpan seperti pumpun, udang atau anak ikan hidup Starbuck cukup rajin memancing hingga pukul 3 pagi. Saya serta anak dah masuk tidor dalam bilik seawal 12pm. Fuhh, sejuk gile tgh mlm macam kita set air-cond kat 16 celcius, apa lagi tidor berhimpit2 dengan anak untuk panaskan badan.
Kami terjaga di awal pagi bila terdengar kokokan ayam(chet, mana ada ayam tgh2 laut) iaitu bila mendengar suara pemancing lain riuh mendaratkan ikan. Biasa la ikan aktif di waktu pagi. Deburan ikan besar mengejar anak-anak bilis dan selar membuatkan kami geram. Saya menggeluarkan mata appolo untuk mendapatkan umpan anak ikan hidup. Unjun punya unjun, bukan main susah nak dapat walaupun dari atas kelong nampak anak2 ikan berkumpulan. Giliran Starbuck pula mengunjun appolo. Sekali tarik, 3-4 ekor anak ikan melekat di mata kail. Umpan anak ikan dipindahkan ke joran masing-masing. Tak sampai 5 minit, joran Starbuck dihenjut kuat sehingga hampir terjatuh ke laut...
15 December, 2006
Trip Rompin I
Aku pun berpakat dengan Rosli, Kamarul, Bob, Ashrif dan Shahril untuk menduga di perairan Rompin. Ajak Zakil, dia tak senang katanya, ada kelas. Perancangan bermula dengan mencari tarikh yang sesuai untuk semua. Tekong tersebut dihubungi dengan mencadangkan satu tarikh. Rupanya tekong tersebut dah tak menetap di Rompin, dah kerja kat KL jadi jaga. Hanya satu tarikh yang dia boleh cuti, jadi kami berpakat tetapkan tarikh tersebut. Untuk trip sehari semalam tekong menetapkan kos RM700 serta tambahan RM100 bagi makanan, umpan dan awak2.
Perjalanan ke Rompin bermula malam hari Jumaat, kami tiba subuh di Jeti. Ingatkan macam trip Pulau Sembilan yang kami 3-4kali pegi, bot jalan subuh. Rupanya tekong sini bertolak pukul 9.30am. Nak tunggu awak-awak lah, masa tu tekong baru nak beli makanan lah, umpan lah, air batu lah..frust giler cam ni. Hati dah menggelegak nak memancing, maklumlah dah lama tak trip laut dalam.
Bila bot sampai jer, hati geram dah tukar excited. Perjalanan hampir satu jam ke lubuk pertama tak terasa. Lubuk pertama yang diduga iatu Lubuk Karang Do yang terkenal dengan Royal Pahang Billfish International Competiton tu. Tekong menyuruh dua orang saja saja melabuhkan joran menggunakan umpan Yo Zuri merah putih sambil bot memperlahankan kelajuan, kira teknik tundaan ler tu. Shahril degan Asrif mengambil tempat. Dekat setengah jam, tiada apa-apa sentuhan apatah lagi yang diidamkan layaran dan marlin. Rakan lain-lain nampak geram jer, maklumlah ingat nak memancing sama, tapi tekong macam tak faham, ada ke suruh buat tundaan. Geram, geram..
Lepas tu tekong membawa ke lubuk lain pula. Kali ini dekat dengan unjam. Laut tak berapa dalam, 20 ke 30 kaki. Beberapa bot lain berada di kawasan ini, pemancing masing2 tengah mengunjun appolo untuk mendapatkan umpan hidup. Tekong memberi isyarat supaya semua menggeluarkan appolo. Aktiviti mengunjun selama setengah jam berjaya mendaratkan berpuluh2 selar dan kembung. Semua umpan di masukkan ke dalam bekas air supaya sentiasa hidup. Tekong pula mengeluarkan umpan tiruan untuk menangkap sotong. ..
12 December, 2006
Ekspedisi Pasang Besar Pulau Sembilan II
Sasaran kami kali ini ialah ikan gerepoh dan talang yang berlegar di tengah permukaan. 3 orang memancing di buritan bot, 3 di hadapan manakala seorang masing2 di sisi bot. Tekong menggunakan koyan bertali 100 paun, menggunakan 5 mata kail di hadapan bot.
Baru beberapa minit kami melabuhkan joran, segerombolan ikan gerepoh dan ikan talang mengelilingi bot. Dari atas bot nampak putih berkemilau kelibat ikan di permukaan air. Agak-agaknya lebih 1 ribu ikan dalam kumpulan tersebut. Memang tabiat ikan tersebut datang berkumpulan mencari makan dan akan beredar selepas beberapa ketika.
Tidak sampai beberapa minit, joran kawan2 dihenjut serentak. Gaya tarikan gerepoh dan talang ini agak serupa bila terkena mata kail. Ikan akan meluru ke dasar dengan ganasnya untuk melepaskan mata kail. Pada saat ini pemancing hanya mampu bertahan dengan tali keluar agak laju. Tak ada masa untuk mengarau semula. Kemudian ia akan berhenti seketika. Pada masa ini giliran pemancing pula mengarau. Beberapa kali ikan akan menghenjut ke dasar, membuatkan pemancing terasa bahangnya. Ikan talang dan gerepoh berjaya dinaikkan dengan skala 2 hingga 5kg setiap satu. Berdasarkan saiz, ada yang terpaksa berlawan lebih 10 minit untuk menaikkan satu-satu tangkapan.
Bagai tidak menang tangan bagi setengah jam berikutnya menangani tarikan gerepoh dan talang. Masing2 berjaya menaikkan spesis tersebut. Tekong dengan koyan tradisinya nampaknya lebih banyak menaikkan ikan-ikan tersebut dari kami. Awak-awak membantu menggancu ikan yang berjaya didaratkan. Ikan todak sebesar lengan dewasa juga galak mencuri umpan berselang seli dengan talang dan gerepoh.
Setengah jam kemudian, gerombolan ikan ini berlalu pergi. Kali ini tekong mula mengalih bot ke lubuk lain. Kami menghampiri sebuah pulau berbatu dan mencuba pancing dasar. Di lubuk terbaru ini kami banyak menaikkan ikan kunyit bersaiz telapak tangan. Dengan menggunakan 2-3 mata serentak, banyak yang dinaikkan termasuk yang kami simpan sebagai umpan hidup. Ikan-ikan demersal seperti kerapu juga berjaya didaratkan. Trip kali ini dianggap berjaya dengan masing2 membawa pulang satu coolbox ikan setiap seorang. Cukup untuk diagih2kan kepada kawan2 dan stok lauk untuk seminggu.
Ekspedisi Pasang Besar Pulau Sembilan I
Pulau Sembilan yang diberi nama sempena gugusan sembilan buah pulau yang terletak tidak jauh dari Pulau Pangkor. Perjalanan bot nelayan mengambil masa dua setengah jam untuk tiba ke pulau yang pertama. Kesembilan buah pulau tersebut tiada yang berpenghuni, merupakan pulau berstruktur batu yang tebingnya penuh dengan batu-batu besar ditumbuhi pokok-pokok hutan tua.
Ramai pemancing-pemancing profesional dan amatur mengidami saat memancing disini. Ia juga menjadi sumber pendapatan nelayan tempatan. Lautnya kaya dengan plankton dan ikan bilis yang menarik ikan-ikan pemangsa untuk mencari makan di sini.
Ekspedisi sehari semalam kami bermula dengan menaiki bot nelayan yang disewa. Dengan kenaikan kos minyak, harga sewaan bot termasuk upah tekong dan awak-awak meningkat kepada RM1 ribu satu trip. Kami menggunakan khidmat Abang Talang sebagai tekong. Setelah 5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, kami tiba waktu subuh di Teluk Batik. Bot tiba setengah jam kemudian di jeti berhadapan Outward Bound School. Kami seramai 8 orang tidak sabar2 untuk menaiki bot dengan penuh semangat untuk berjuang dengan ikan-ikan di Pulau Sembilan. Waktu tersebut merupakan tarikh air pasang besar di mana tidak ramai pemancing berminat untuk keluar memancing namun tidak pernah menghalang kami dari meneruskan trip ini.
Bot sepanjang 56 kaki dan lebar 10 kaki meluncur laju ke destinasi. Seawal 8.00 pagi kami tiba ke Pulau Sembilan. Tekong merapati bot nelayan untuk mendapatkan bekalan ikan bilis yang baru dipukat. Umpan ikan kembung, sotong dan udang juga telah dibeli tekong dari pasar sebagai tambahan. Bot berlayar semula dan bila sampai di satu lubuk, tekong menghulur koyan. Setelah tekong memberi isyarat bahawa ada ikan, kami mula melabuhkan joran masing-masing..
Trip Muara Lumut II
Lubuk seterusnya ialah di muka kuala Lumut berhampiran pengkalan TLDM. Joran Rosli yang menggunakan 3 mata kail berumpan ulat pasir disentap kuat. 3 ekor ikan Ayam bersaiz 200 ke 300 gram setiap satu tercangkuk serentak. Rupanya gerombolan ikan ayam sedang mencari makan di kawasan tersebut. Saya menambah 3 mata pancing di joran dan mula melabuhkan umpan. Joran Kamarul yang masih mengekalkan umpan udang hidup ditarik kuat hingga muncung jorannya melendut ke permukaan air. Aksi tarik menarik selama 15 minit yang menyaksikan tali pancing Kamarul terputus. Berpuluh-puluh ikan ayam berjaya dinaikkan.
Tompokan minyak hanyut dari sisa buangan kapal memaksa kami berpindah lubuk. Kali ini kami menuju ke kawasan anak sungai di pinggir hutan bakau. Udang hidup jadi taruhan tetapi tiada getuan. Selepas 30 minit kami ke lubuk ponton tenggelam. Beberapa ikan rambai, tetanda dan kerapu berskala 600g hingga 1kg berjaya dikalahkan. Lewat tengahari kami berlabuh di batu asas jambatan Lumut. Balingan pertama saya berjaya diragut oleh tetanda dan kerapu 600g serentak.
Pada pukul 4pm kami kembali ke pengkalan. Walaupun tidak mendapat ikan bersaiz bagak, hasil satu tong Coleman 54qtz menjanjikan kepuasan kepada kami. Terima kasih kami kepada Cikgu Aziz yang meluangkan masa untuk kami.
Trip Muara Lumut I
Saya, Rosli dan Kamarul menaiki bot kayu sepanjang 15 kaki panjang dan 8 kaki lebar yang dikemudi oleh Cikgu Aziz bertolak dari Pangkalan Telaga Nanas pada pukul 10.30pagi. Sebelum itu kami berempat mencangkul ulat pasir di pantai Pangkalan Nanas untuk dibuat umpan. kami berjaya mendapat lebih 50 ekor ulat sebesar jari kelingking dewasa yang berwarna putih, lembut dan seakan-akan ulat sagu. Setelah bertolak kami singgah sebentar di sangkar ikan berdekatan untuk membeli umpan udang hidup.
Destinasi pertama kami ialah di bawah jambatan Lumut. Dengan menggunakan mata kail bersaiz 2/10, ladung bersaiz 7 dan joran aksi sederhana kami mula melabuhkan joran. Sentapan pertama bermula setelah 10 minit di mana joran saya ditarik sesuatu. Dalam keadaan tidak sedia saya mengarau kekili Quick DAM yang digandingkan dengan tali 30 paun dan berjaya menaikkan tetuka 500g. Selang beberapa minit, joran aksi ringan Kamarul yang menggunakan tali 18 paun melendut. Tetanda seberat 600g muncul di permukaan setelah dikarau selama 5 minit.
Setelah 30 minit tanpa getuan lagi, Cikgu Aziz mengemudi bot ke kawasan ponton karam. Kali ini Rosli dan Cikgu Aziz menggunakan udang hidup manakala saya dan Kamarul masih menggunakan ulat pasir. Getuan serentak joran Rosli dan Cikgu Aziz setelah 10 minit melabuhkan umpan. Cikgu Aziz berjaya mendaratkan Tetanda 500g manakala Rosli gembira dengan tangkapan ikan Daun Baru berskala 1.1kg.
Selepas itu kami berpindah ke beberapa lubuk lain sehingga masa untuk pulang pada waktu Maghrib. Untuk hari tersebut kami berjaya menaikkan 3 ekor tetuka, 4 tetanda, 1 Daun Baru dan 1 bebolos. Malam hari kami bermalam di chalet PNK Telaga Nanas. Rakan Cikgu Aziz memasak hasil tangkapan kami. Malam itu kami bersantap penuh selera sup ikan Daun Baru, masam masin tetanda, goreng bawang tetuka.. emmm.. semuanya masih manis kerana baru didaratkan dari laut.
07 December, 2006
Pantang Kaki Pancing
Pantang seterusnya ialah bila bini kata" bawak balik ikan besar2 ye, ikan merah ke, ikan pari ker..." atau " ayang tumbuk cili siap2, nanti petang abang balik terus ayang masak ikan yg abang pancing". Bagi kaki pancing kalau dengar bini atau sesapa minta yg bukan2 ni, rasa nak peligan jer, pantang betul, ikan tak nak makan umpan.
Bagi yang menaiki bot di laut, pantang makan ikan sadin mentah atau teh tarik. Biasanya kalau bot beroleng2, mesti mau keluar balik sadin dengan teh tersebut. Mungkin sebab angin masuk perut kot.
Tekong pula banyak yang pantang tengok pemancing pakai selipar atau kasut dalam bot mereka. Mungkin nak elakkan pemancing tergelincir semasa bot diayun ombak.
Banyak pantang-pantang lain dalam dunia pemancing. Masing2 berlainan pantangnya. Bagi saya pantang yang paling besar-bila kita dah arrange trip memancing, duit bot dah bayar, ada pulak yang tarik diri...last minit plak tu!..pantang tok nenek den...
06 December, 2006
Petua Tok Tekong
Bagi surirumah yg nak beli sotong, ni petua nak pilih yg segar. Sotong ni biasa akan ada 2 warna. Satu kulit dia merah, satu kulit dia belum merah lagi. Sebenonya sotong ni masa hidup dlm laut, dia warna jernih, transparent. Blh nampak segala isi perut, mcm kaca. Ni betul2 segar la kan. Bila dia mati, isi jadi putih, kulit tukar dot-dot kelabu. Ni kira segar lagi. Bila dah lama mati, dia tukar jadi merah. Tu kualiti dah kurang. Klu dah tanggal kulit tu lagi la tak segar.
Bagi ketam lak, pilih yg betina. Byk isi. Yg betina bhg belakang bentuk segitiga. Tu tempat dia letak telur nanti. Yg jantan bentuk kon, susah kemain nak bukak tu. Bila gi pasar, buka segitiga atau kon tu. Cium ngan idung, kalau bau busuk jgn beli. Kalau hanyir skit2 kira fresh la tu. Peh tu tekan skit bila buka kon/segitiga tu. Klu lembik bebeno tu tanda dah lama. Yg lama ni bila masak isi dia hancur.
Ikan lak, bukak insang dia. Bila merah cam gincu cik kiah tu, kira fresh la. Klu lebam cam gincu minah rempit, kira dah lama & tak fresh.
Gitu lah petua utk mak-mak, makcik-makcik dan tukang masak suami tu...
Jenahak Pulau Jemur
Kami menggunakan umpan udang dan sotong pasar juga anak tamban beku. Lubuk pertama setelah meredah lautan selama 35 minit betul2 di atas karang berhampiran Pulau Jemur. Joran aksi sederhana digunakan dgn tali berkuatan 35 hingga 50 paun. Selang 20 minit joran dilabuhkan, En. Omar mendapat strike pertama. Jenahak tanda seberat 600g berjaya didaratkan.
Bot dipindahkan dari satu lubuk ke satu lubuk.Untuk sepetang tersebut keseluruhan 10 Jenahak Tanda berjaya dinaikkan. Menjelang malam, jaring halus dihulur di buritan bot. banyak juga anak-anak tamban diperolehi dan dibuat umpan hidup. Sekitar 11mlm apabila air berubah arus, Rashid berjaya menaikkan seekor Jenahak 1kg. Selepas itu bagai pesta malam, lepas seekor, seekor lagi ikan berjaya didaratkan. Saya berjaya menaikkan jenahak tanda bersaiz dalam 600g pada malam tersebut.
Keesokan pagi, aktiviti memancing disambung dibeberapa lubuk yg dikenal pasti. Sepanjang trip memancing yg tamat pada tengahari Ahad itu, kami berjaya membawa pulang jenahak tanda 26 ekor, Tetuka 1 ekor, kerapu 1 ekor & Gelama - banyak sekali. Aktiviti sehari semalam agak memnenatkan tetapi kepuasan memancing dapat dirasai sepenuhnya.
Lawak Bob - Pulau Keti
Satu lawak Bob ni ialah dia ajak budak2 pompuan yg keje satu ofis kat Anzagain gi mancing, katanya kat satu spot baik nyer. Bila tanya, dia kata Pulau Keti, ikan besar, banyak giler. Puas la pikir kat mana Pulau Keti ni.
Rupa-rupanya Pulau Keti ni tak ada ikan, byk hutan jer. Linda, Lya, Lily ramai terpedaya. Ghupanya Pulau Keti ni ialah Keti..ak (Ketiak). Manalah nak ada ikan. Kutu ada lah. Bhuahhaha...lawak antarabangsa la kononnya tu...