30 March, 2007

Petua Tekong - Menyediakan Gelama


Ikan gelama bukanlah merupakan ikan yang dikategorikan sedap untuk dimasak. Seperti ikan talang dan duri, gelama mempunyai isi yang tawar. Ia hanya sedap bila dibuat ikan masin. Bagi yang tidak meminati ikan masin, En. Omar menurunkan petua berkenaan gelama ini. Beliau menyarankan ikan disiang dan dibelah dari belakangnya. Setelah dibasuh, tabur garam dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Selepas itu bolehlah dimasak samada digoreng, buat asam pedas dan sebagainya kerana rasa isi ikan sudah berubah. Selamat mencuba.

26 March, 2007

Pemancing Sembilang Pulau Berbatu



Mereka datang dari jauh dan dekat. Dari Pantai Remis setiap orang membayar RM5 untuk ke pulau tersebut menaiki bot laju. Sehari semalam mereka berada di pulau berbatu, ribut dan panas terpaksa ditempuhi dengan payah..semata2 kerana memenuhi naluri mereka sebagai pemancing.
.
Petang Sabtu kami sampai ke gugusan Pulau Jemur berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor dengan bot En. Omar. 3 buah pulau telah ditandang oleh pemancing iaitu pulau berbatu seperti di dalam gambar. 4 pemancing berada di atasnya. Pulau ini hanya mempunyai segugus pokok, tidak cukup pun untuk berteduh di panas terik. Sebuah pulau lagi mempunyai pokok sekunder dengan tebing berbatu yang tinggi. 3 pemancing kelihatan di situ. Sebuah pulau lagi merupakan tempat kajian dan observasi sebuah Kolej Universiti bagi kajian bio marin. Di pulau ini terdapat jeti yang panjang merentangi pulau, hujung ke hujung. Terdapat ramai pemancing hujung minggu di sini kerana ia lebih selesa.
.
Pulau berbatu nampak kemerahan di bawah panas matahari. 3 pemancing di satu tanjung dan 1 pemancing lagi di hujung yang bertentangan. Bot kami berlabuh 20 meter berhampiran pulau tersebut. Ternampak kelibat pemancing menarik joran, beberapa gelama berjaya dinaikkan. Tak dapat bayangkan bagaimana mereka menahan terik matahari bermula dari pagi tadi tanpa sebarang pokok untuk berteduh. Sudah mesti baju sudah berbau hamis akibat peluh. Malamnya setelah kami memancing di beberapa lubuk disekitar gugusan pulau, angin bertiup dengan kencang dan dikuti pula hujan lebat. Nasib baik bot kami berbumbung. Tapi apa nasib pemancing di pulau tersebut. Tak nampak pun khemah mereka, kalau buka khemah pun mesti berterbangan ditiup angin kencang. Menggigil kesejukan lah mereka di sana. Kami dalam bot dengan pakaian kering pun mengerekut kesejukan.
.
Pagi esoknya sekitar 9.00am bot kami berlabuh semula berhampiran pulau berbatu itu. Pemancing2 nampak ceria. Beberapa kali mereka bersorak keriangan kerana pancing mengena ikan sembilang. Agak kasar juga saiznya, ada yang sebesar lengan dewasa. Pemancing berbaju putih yang mengambil lokasi di tengah sahaja yang asyik mengena sembilang. 5-6 ekor juga dalam masa 1 jam. Yang lain sekadar ikan gelama.
.
Pukul 10.00am bot laju tiba untuk mengambil mereka. Bila difikir-fikirkan, agak jerih juga pertualangan mereka. Dibasahi hujan lebat, kesejukan angin menderu di waktu malam, kepanasan bagai cacing dibakar bila tengahari...begitulah kalau dah hobi!

Penangan Gelama Pulau Jemur I



Hujung minggu lepas, kami memancing ke Pulau Jemur menaiki bot En. Omar Che Mat. Sudah hampir 2 tahun tak menaiki bot beliau, selepas saya berpindah ke Nilai dan sibuk menjaga kedai yang dibuka pada Sept 2005. Sekarang bila semua dah stabil, kena bagi masa untuk memancing la pulak.
.
Petang tersebut saya, En. Omar, Rosli dan warga Indon Nuril menaiki bot dari jeti Persatuan Nelayan Pulau Indah. Cuaca sangat baik, laut sangat tenang. Perjalanan ke Pulau Jemur mengambil masa 45 minit sahaja. En. Omar yang baru balik memancing dari perairan pelantar minyak di Terengganu minggu lepas, juga minggu sebelumnya ke Tg Pinang, Indonesia masih kelihatan letih. Tapi kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi membawa kami ke Pulau Jemur biarpun keletihan masih terpapar di riak mukanya.
.
Pulau Jemur sangat terkenal dengan jenahak tandanya yang mana trip2 kami sebelum ini tidak pernah gagal menaikkan spesis tersebut. Sampai sahaja ke perairan Pulau Jemur, masing2 begitu bersemangat membaling umpan. Umpan yg digunakan kali ini ialah pumpun, sotong pasar dan udang hidup. Umpan pertama disambut oleh gelama selebar 3 jari melalui pancing En. Omar. Selepas itu kami berempat berjaya menaikkan gelama selain diselang seli oleh ikan duri. Kata orang jika kawasan tersebut ada gelama, maka ikan besar tidak bermain di situ.
Sauh diangkat dan kami menduga di atas batu karang di mana air hanya sedalam 16 kaki. Untuk seketika joran aksi ringan En. Omar berjaya menaikkan ikan gelam yg berwarna agak gelap. Beberapa minit setelah didaratkan warna gelama tersebut bertukar menjadi cerah. Mungkin ikan2 dasaran berubah warna untuk tujuan penyamaran.
.
Kami berlegar di beberapa lubuk berhampiran, termasuk di kawasan lubuk yang dispot oleh tekong handalan Pak Abu. Juga kami menaikkan gelama sahaja, kali ini semuanya berwarna keemasan. Hairannya, mana ikan tetanda yang terkenal itu, seekor pun tiada yang menyentuh umpan.
.
Pada malamnya langit mula menjadi kelam. Angin bertiup dengan agak kuat dan laut beralun tinggi. En. Omar merapatkan bot berhampiran pulau untuk menggelakkan angin kuat. Dua sauh digunakan sekali gus bagi menggelakkan bot dari hanyut oleh tolakan arus dan angin yang kencang. Tirai ditarik bagi menepis tempias hujan. Air dimasak untuk pekena mee segera dan kopi keras, enaknya makan ditengah laut. Selepas itu masing2 merebahkan diri di kusyen bot untuk lena yang panjang. Sungguh enak tidur di atas bot dengan cuaca yang sejuk dan berbuai2 kerana alunan ombak.
.
Pagi tersebut sekitar 7am, masing2 terjaga. Perut di alas dengan kopi panas serta roti sekaya sebelum meneruskan pemancingan berhampiran pulau berbatu. Disini bagai lubuk gelama. Baling saja, umpan akan terus disambar. Kadang-kala belum pun umpan sampai ke dasar, gelama dengan rakusnya menelan. Kami bagaikan berpesta ikan gelama. Nuril yang masih pening2 begitu teruja sehingga hilang mabuk lautnya. Satu umpan pumpun yang digunakan boleh digunakan (recycle) untuk 3 atau 4 gelama. Sehingga 1 jam selepas itu bila umpan pumpun kami kehabisan, barulah ragutan berkurangan. Gelama di lubuk ini agak kasar saiznya iaitu ada yang selebar tapak tangan. Warnanya pula perak berkilau. Rupa2nya sekitar gugusan pulau ini ada berbagai jenis gelama iaitu berwarna keperakan, keemasan dan gelap comot.
.
Selepas itu sauh diangkat untuk kembali ke Pulau Indah. Lubuk terakhir diduga berhampiran jeti. Bot yang berlabuh disebelah bot kami dinaiki oleh Cikgu Zahari di mana minggu lepas beliau berjaya menaikkan jenahak 14kg di spot tersebut. Umpan udang hidup kami tidak disentuh hinggalah 5 minit terakhir, joran saya mencangkuk erat seekor tetuka 400g.
.
Di akhir sesi pemancingan kami berjaya mendaratkan lebih 100 ekor gelama dan ikan duri. Tak mengapa, lain kali kami akan memburu jenahak tanda bila tiba musimnya.

20 March, 2007

Geng Kedah - Cerita Pancing anda!!


Selepas trip kami pada 10 Februari ke Pulau Sembilan, Geng Kedah pula menduga di P9. Tadi beliau menelefon Kamarul mengatakan mereka dapat hasil yang super lumayan. Kalau dulu kami dapat sekitar 120 ekor talang dan cencaru, kali ini mereka dapat 400 ekor!!!

Sila hantar kisah saudara berserta dengan gambar untuk tatapan bersama. Hantar melalui email kepada nizam.mnl@gmail.com. Jika gambar digital camera, sila edit, resize kpd 'web large'. jadi space yg digunakan akan kecil.

Saudara boleh juga menghantar secara pos, jika gambar ditangkap menggunakan kamera still/biasa, hantar lah sekali beberapa keping. Alamat: 12-19 Jln Terminal Nilai 1, Nilai Sentral, 71800 Nilai. U.P: Kamarul.

15 March, 2007

Pancingan Bergelora Pulau Sembilan



Ini merupakan trip yang ke 4 kami ke Pulau Sembilan. Entah mengapa, tarikan ke Pulau Sembilan agak kuat walaupun kami telah menduga banyak lubuk seperti di Rompin, Terengganu, Mersing dan sebagainya. Mungkin jarak yang dekat dari KL menyebabkan P9 mudah untuk dikunjungi.


Trip yang dikoordinasi oleh Cikgu Aziz Setiawan telah dirancang sebulan sebelum itu. Beberapa hari sebelum pergi, Cikgu Aziz menelefon memberitahu bahawa laut agak bergelora. Tekong kegemaran, Abang Talang juga tidak senang kerana terpaksa membawa Pengarah Pelajaran Perak untuk trip lain. Yang ada hanya abang beliau.


Perbincangan dibuat dengan kaki pancing yang telah menempah untuk trip tersebut samada untuk meneruskan aktiviti atau tidak. Memandangkan plan telah dibuat begitu lama, kami bercadang meneruskan juga.


Seperti biasa, kami menaiki bot di subuh bening di Teluk Batik. Saya, Rosli (Sr), Kamarul, Bob, Cikgu Aziz dan Ashrif. Zakil membatalkan namanya di saat akhir. Tekong menuju ke bot pukat bilis tetapi malangnya hanya ada 2 bot yang sedang memukat. Bila didekati, tiada ikan bilis yang ditangkap. Tekong melilau mencari bot pukat lain, namun tiada di perairan Pangkor. Mungkin bukan musim bilis, maka tiada bot di sana.


Hendak tak hendak kami menggunakan umpan pasar seperti sotong, kembung dan udang yang dibeli oleh tekong. Sampai ke lubuk pertama, kami melabuhkan pancing. Dengan umpan udang dan sotong, hanya kerapu yang meragut. Selepas beberapa ketika, apabila tiada ragutan, tekong beralih ke lubuk berikutnya.


Umpan sotong dan udang disambar bertalu2 oleh ikan Taufu bersaiz 2 tapak tangan. Ikan yang berwarna merah pudar dengan belang hijau tak berhenti2 menyambar umpan. Kadang2 pemancing yang memakai 2 mata disambar 2 ekor sekaligus. Disebelah petangnya kami memancing hampir ke satu pulau batu. Disini hanya ikan kambing, ikan kecil yang juga berwarna merah kelabu bercampur kuning yang menggetu umpan. Ikan tersebut layak dibuat umpan sahaja. Seekor ikan taufu yang dibuat umpan pancingan permukaan disambar rakus oleh Alu2. Ia berjaya dinaikkan dengan gancu, satu2nya ikan besar kali ini.


Sebelah malamnya, laut mula bergelora. Masing2 pening lalat, ramai yang terbungkam di dek bot. Mabuk laut. Aktiviti malam hanya tidur dan tidur. Keesokan paginya tekong menghidang teh tarik halia. Bob menggeluarkan sardin untuk dimakan dengan roti. Kombinasi yang tak sesuai menyebabkan ada yang muntah hijau, ditambah lagi dengan keadaan laut yang bergelora. Dalam perjalanan pulang, tekong singgah di lubuk kapal karam. Nampak terpacak tiang kapal dari permukaan laut. Namun tiada sentuhan ikan, mungkin disebabkan umpan yang tidak segar lagi.


Untuk trip kali ini, saya kategorikan sebagai 2 bintang sahaja. Tiada ikan yang betul2 menguji kemampuan pancing kami.




Micheal Schubert in Action

Hi everybody. Just to share our recent “The Victorian Gamefish Classic 2007” held at Phillip Island, Victoria, Australia on 16 – 17 February. Here were our programs:

Friday:
Members from the South Gippsland and Victorian Game Fishing Clubs arrived at Rhyll Angling club for the registration and tournament briefing. A total of 65 teams comprising 187 anglers, 169 fishing section 1 and 18 fishing section 2 of the competition. There were 160 male, 15 female, 9 junior and 3 small fry entries into the computer. The tournament briefing was held at 9:15pm with most anglers in attendance.
We must thank the Rhyll angling club for the use of their club rooms for the registration and briefing with a special thanks to the ladies of the club for the constant supply of finger food for all to enjoy.

Saturday:
The morning began with a fantastic breakfast of egg, bacon, sausages, coffee, tea and orange juice, graciously sponsored by Darren Whelan from the Alberton Roadhouse. Most boats headed to sea to find calm fine conditions. Fishing commenced at 6:30am with reports of fish starting to air by 7:30am. Weather for the day was good, although I think many would have preferred a little more sea breeze in the afternoon to cool it off a bit.
There were plenty of fish tagged and taken during the day with 3 pending Victorian State Records amongst them. The Saturday night meal was great with thank to the SGGFC for organising it, the meal seemed to be enjoyed by all.

Sunday:
With the weather report for 20-30 knots from the north for Sunday thing were not looking promising, but with a clear calm start to the day most ventured out into Bass Strait for a look at conditions to be confronted with a pearler of a day. Again there was little if any wind for the day, clam seas and a few fish reported. The record breaking of Saturday unfortunately was not repeated on Sunday, although many good fish were tagged and taken throughout the day. With the fishing completed by 3:30pm the race was on to finalise the tournament results for the presentation.

Result:

Heaviest capture on fly - Not Won
Heaviest capture 37 / 60 kg line - Not Won
Heaviest capture 15 / 24 kg line – Steve Pearce – 253 kg Mako on 15kg line
Heaviest capture 8 / 10 kg line – Darren Morgan – 50.8 kg Mako on 10kg line
Heaviest capture 4 / 6 kg line – Clint Arlington – 47.5 kg Mako on 4kg line
Perghh power gile. Menewaskan Yu Mako 253kg dengan tali pancing 15kg. Clint lak pakai tali 4kg jer, blh naikkan Mako 47.5kg. Tak dapat den bayangkan macamana diaorang layan ikan tu..

07 March, 2007

Resepi Ikan Masak Singgam

Iron Chef Niazor dari Kuantan memperturunkan rahsia memasak Singgam. Masakan ni sedap di makan panas2 dengan nasi yang di masak sedikit lembik. Kuah biar berdayau dalam nasi tu. Lepas tu makan di beranda rumah sambil mendengar lagu hindustan Sanggam. Pasti mak mertua juling biji mata memandang menantunya makan dengan penuh khusyuk dan syahdu.

Ikan Masak Singgam (citarasa Pahang)
Ikan (aya / kembong)
air 4 cawan
bawang putih 3 ulas (dimayang)
garam secukup rasa
lengkuas (dihiris)
asam keping
hirisan kunyit hidup
lada kecil 4 biji (dibelah dua)

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan diatas sampai ikan masak dan hidangkan.

Masakan ini juga sesuai bagi ibu2 yg dalam pantang. Kida, kalau letak isi keladi atau timun tua mungkin boleh gak kot, pokcik tak penah cuba. Anyway, selamat mencuba, maaf gambar tidak disertakan. Trimas Chef Niazor, wakarimaska!

06 March, 2007

Toman Subang Jaya


Tali berdesit2 keluar dari mesin kekili. Nampaknya mangsa begitu utuh mendominasi petualangan. Pemancing tak ampuh menahan asakan demi asakan. "Ketatkan drag!!" jerit pemerhati di tepi tebing kolam. Drag diketatkan sedikit demi sedikit. Tetapi tali florocarbon 15 paun tak boleh diberi tekanan berlebihan, nanti putus. "Kayuh (karau) mesin cepat", satu lagi jeritan penasihat yang tidak bergaji memberi panduan bila mangsa cuba menarik tali keluar ke arah jerumun di dalam air. Kalau lambat dikarau alamatnya tali akan terbelit di celah akar banir yang menjulur di dalam kolam. Bila terbelit, pemancing pasti terpaksa memutuskan tali.
.
Joran aksi ringan melendut membentuk huruf 'n'. Tali muntah keluar lagi, berderik2 mesin menahan asakan. Pemancing dan pengunjung tasik semakin rapat untuk menyaksikan aksi terbaik minggu tersebut. Mangsa masih tak mahu mengalah. Peluh berjujun keluar dari dahi pemancing. Siaran tergendala sebentar.....
.
Hari Ahad tersebut, saya, Rosli dan Kamarul mencuba spot baru yang panas dikatakan orang. Sebuah tasik umum bertentangan dengan sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya. Bersebelahan tasik umum tersebut juga terdapat kolam berbayar. Kami menduga di tasik umum menggunakan umpan cengkerik. Beberapa pemancing berhampiran ada yang menggunakan umpan anak katak dan cacing.
.
Beberapa balingan langsung tidak mendapat sambutan ikan. Mungkin air yang jernih menyebabkan ikan takut kepada pemancing. Di hujung laman hotel yang menghadap ke tasik, seekor biawak terjun dan berenang bebas mencari makanan. Hari semakin terik..
.
Pemancing di sebelah menggunakan kaedah casting berumpankan anak katak. Beberapa balingan langsung tidak tersentuh hinggakan anak katak pecah kepala kerana dibaling & di karau. Umpan katak baru ditukar. Balingan yang kedua, berdebur air kerana terkaman sang ikan.
.
Aksi bermula lagi.. kali ini mangsa membuat junaman ke dasar dengan harapan dapat menanggalkan mataikail dimulutnya. Tarik menarik berlaku antara si ikan dan pemancing. Penonton semakin rapat dan ada yang memberi sokongan yang membina mahupun yang cuba melemahkan semangat. " Kayuh lagi, jangan bagi ikan tu chance untuk masuk jerumun.." Tiba-tiba....'tusss'. Penonton cemas dan hampir kecewa kerana ingatkan tali pancing putus, tetapi rupanya bunyi kentut seorang penontondi khalayak ramai.
.
Hampir 10 minit mangsa keletihan begitu juga pemancing. Bayangan hitam muncul di permukaan. Sauk dihulur dan mangsa berjaya didaratkan. Seekor toman berskala 4.5kg. Gemuk dan berat macam mengangkat beras sekampit. Corak batik begitu terselah di badan ikan. Ada penonton yang bertepuk tangan, juga yang mengucap tahniah. Pemancing tersenyum bangga dan puas kerana berjaya mengalahkan sang toman. Ia dilepaskan semula setelah sesi bergambar.

05 March, 2007

Kabus Misteri Pulau Angsa


Jam di tangan menunjukkan tepat 12 malam. Tiba2 lampu bot terpadam dengan sendiri. Kabus yg datang entah dari mana menyelubungi bot kami. Air di laut begitu tenang sekali, tiada langsung ombak walaupun se kecil alunan. Terasa begitu sejuk sekali sehingga menggigit ke tulang putih. Suasana begitu sunyi hinggakan jika sebatang matakail jatuh ke lantai bot pasti akan terdengar. Kami 6 pemancing yg terpisah oleh kabus, senyap tanpa kata-kata. Setengah jam kemudian kabus pun berlalu, tiba2 dihujung bot... terdengar bunyi yang agak kuat. "Kruh, kruh, Kruh!!!" Bulu roma mula meremang..
Tengok sekeliling semua sudah terlentang. Rupa2nya masing2 sudah tertidur di lantai bot dan bunyi 'kruh kruh' tersebut tak lain tak bukan adalah dengkur Bob...hampeh!

Trip memancing ke Pulau Angsa diilhamkan oleh Ashrif, seorang rakan sekerja di KDEB Anzagain, Shah Alam. Saya, Bob, Kamarul, Ashrif, abang Ashrif dan Rosli (Selambe Sr) menaiki bot nelayan yang ditekongi oleh seorang nelayan Cina pada pagi Sabtu tersebut. Kami menaiki bot dari kuala Sungai Besar dengan biaya RM600 untuk pemancingan 24 jam.. Sepanjang perjalanan air agak keruh, hanya mula kebiruan setelah memasuki perairan Selat Melaka.
.
Di persisiran Pulau Angsa yang mercutandanya iaitu rumah api dan chalet di atas laut, kami menduga beberapa lubuk. Kami banyak menaikkan ikan gelama papan sahaja; sungguh hairan di kawasan yang dahulunya agak terkenal dengan lubuk ikan tetapi tiada ikan gred A yang menyambar. Dikhabarkan bahawa perairan ini telah habis dikikis oleh bot tunda dan jaring tagang nelayan yg tamak haloba. Ikan besar mahupun sekecil anak ikan akan terperangkap oleh pukat tunda tersebut. Jika tiada kawalan kerajaan, kawasan ini akan kontang dan nelayan2 akan kehilangan mata pencarian.

Di malamnya Kamarul berjaya menaikkan ikan timah - ikan nipis, panjang sekaki dan berwarna perak. Ikan ini akhirnya dihiris untuk dijadikan umpan. Bob mencangkuk seekor ikan kembung pasar. Tidak beberapa lama henjutan kuat pada joran beliau. Karauan dibuat dengan laju. Separuh ikan, dibahagian ekor telah dibaham. Mungkin angkara ikan alu-alu. Selepas itu tiada getuan sehinggalah ke tengah malam.
.
Pagi keesokannya setelah masing2 terjaga, aktiviti memancing dimulakan semula. Tidak banyak bezanya, hanya gelama berjaya dinaikkan sebelum kami berangkat pulang tepat jam 9 pagi. Kata orang kalau ada gelama, tiada ikan besar di kawasan tersebut.
.
Secara keseluruhannya trip ini dikategorikan sebagai gagal. Nak tangkap gambar pun takde mood kalau hanya setakat gelama. Hanya gambar pulau diabadikan untuk kenangan. Patutlah lebih banyak bot nelayan disewa untuk ke Pulau Jemur, iaitu separuh perjalanan ke Pulau Angsa berbanding di Pulau Angsa sendiri. Lain kali malas nak pergi dah, melainkan ada inisiatif kerajaan memperkayakan semula dasar pulau melalui tukun tiruan, kawalan pukat tunda dan sebagainya.

Jenahak Pinggiran II





Togok! Ia merupakan binaan manusia di tengah laut di kawasan yg cetek. Togok di sini merupakan baris batang pinang yang dipacak selari sebanyak 2 baris. Disusun macam lampu landing kapal terbang je dan di akhir barisan terdapat rumah yg didirikan nelayan untuk berehat. Macam kelong juga. Tujuan struktur batang pinang didirikan adalah supaya ia dapat membentuk karang dan seterusnya menjadi tempat ikan bermain.

Disini kalau betul caranya, kadar sentapan ikan agak tinggi. Kapten bot kami, En. Omar menurunkan sauh ditengah2 laluan. Kami melontarkan umpan menghala ke rumah. Ke semua kami berjaya menaikkan jenahak tanda sekitar 600g ke 1kg. Saya mencuba membaling lebih rapat ke arah tiang batang pinang walaupun tahu risiko tersangkut akan lebih tinggi. High risk high gain. Rupa2nya kadar tangkapan lebih tinggi dengan cara tersebut.

Pada malamnya, bot kami menghala ke Pulau Jemur. Spot terbaik En. Omar ialah di depan pulau yg menjadi lokasi penyelidikan KUSTEM. Disini banyak jenahak kasar, katanya. Pada malam tersebut En. Omar berjaya menaikkan jenahak 1.2kg berumpankan anak ikan kecubung. Lewat malam beliau berjaya mengheret pari sebesar dulang. Pari melawan walaupun telah sampai ke permukaan. Beberapa kali disauk tetapi penyauk tidak muat. Pari melawan dan menjunam lagi ke dasar. Akhir bantuan di minta dari bot nelayan berdekatan yg juga merupakan rakan beliau. Pari 4kg berjaya dinaikkan menggunakan gancu. En. Omar agak bernasib baik kerana mata kail yg terlekat dihidung pari sudah hampir terlucut. Kalau bantuan lambat diterima, alamat melepas lah..

03 March, 2007

Resepi Masak Tempoyak Patin

Pokcik kalau balik Pahang, mesti kejar yang ni dulu..feveret. So, Chef Jun kali ini mempertaruhkan resepi Patin Masak Tempoyak untuk hidangan tengahari kita. Bagi org2 Pahang & Perak, Patin Tempoyak ni dah macam ikon negeri mereka. Over tu u Chef Jun..

Rasa cam br je resepi kat umah pokcik tu..tp x pe la..jun anta gak la. Kang basi lak yg jun masak ni..hehehlast week g pasar, cr gak ketam tp x d la pokcik. yg tinggai ketam2 kecik x d isi tu..wat penat masak j. x pasai2 anak2 jun komplen mama dia masak kulit ketam jek nanti.

Sabtu lepas balik Pahang jap, siap tepon bonda kat sana oder ikan ni..dah lama anak2 jun nak makan tp kat shah alam ni x d jual la. Terpaksa la import dr Pahang, huhu..Akhirnya, dapatla we all makan..hehe. so, inilah resepi minggu ni ya..Ikan patin masak tempoyak (tempoyak pon khas dr pahang, wahaha). Selain dr tu patin juga sedap masak asam pedas atau goreng gitu aje tapi bagi kaum cina diorang suka buat patin kukus (ni pon sedap pokcik..pernah mkn dulu..pokcik pernah rasa?)(Patin kukus? tak penah buat. Tapi kalu bakar cicah ngan kicap atau budu tu...sedop gak sampai kucing lalu kat belakang pun x nampak dah)

pokcik penah dengar cite dongeng ikan patin? ala..cam cite dongeng ikan tapah gak...kelako. tp cite ikan patin tu kat brunei. pasai sorg ni kawen ngan pompuan yg asalnye ikan patin. (x penah dgr cite ni, tp klu kawin ngan ikan pari adalah..sampai mati anu tertusuk duri..dlm Mastika la apa lagi)heheh...x p la....kita cite pasai resepi ni aje lah. x yah cite panjang2, masak dia sempoi aje..pokcik pon tau nak masak ni kot?Ikan patin, tempoyak, cili api, serai, daun kesum, daun kunyit, bunga kantan, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, air, garam n gula sket. Masuk je sume2 kecuali ikan dalam periuk, mendidih, masuk ikan. Cara ni paling senang, ade g cara lain. Kalu kat Perak, ade yg cakap, campur stok ayam sket pon best...

Patin ni pon byk jenis gak rupanya. jun tau ikan patin je..patin lawang, patin juara (pertandingan ape la dia masuk ek pokcik? x penah kalah.., (oo itu pertandingan sapa dpt sambar dulu bhn buangan org yg memerut kat sungai tu) patin muncung (ni mesti bad mood je) n patin buah..jun ade terbaca, yg org nak tangkap patin ni guna umpan lipas..betui k pokcik? isk isk...eh..ok la pokcik. nnti pokcik tambahlah info dia. x sempat wat kajianlah..nak masak lak ni..orait? bye....
Trimas Chef Selebriti Jun. Masak kasi kaw2, buh tempoyak byk skit. Mana yg blum penah makan, cubalah..sedap. Klu malas nak masak, singgah je Bandar Ikan Patin...Temerluh.

02 March, 2007

Trip P9- Sisipan Joran


Trip Pulau Sembilan baru2 ni ada tersiar dlm akhbar Berita Harian hari ini, dlm sisipan Joran muka 7.

Yg paling hensem dlm gambar tu adalah pokcik ya, jgn lupa tengok. Niazor, yg online tu, klik kat BH di sebelah, tengok kat menu belah atas BH tu, pilih Joran yek

01 March, 2007

Jenahak Pinggiran I


Trip memancing menaiki bot En. Omar adalah yg kali kedua. Kali ini saya, Slambe Sr, En. Omar as captain and sorang mak Jan (yg beria2 sangat nak ikut) cukup selesa menaiki bot mewah RM65k En. Omar ni. En. Omar seorang yg friendly, senang berbual dengan beliau yg masih pekat dengan loghat Terengganunya.
.
Bot menyusur laju dari Port Klang, menghala ke Pulau Ketam di mana kami singgah sebentar untuk mengisi minyak di jeti. Kami singgah sebentar bertentangan dengan jeti pemancing dan melabuhkan sauh di situ. Beberapa balingan joran kami berjaya menaikkan ikan duri sebaya 600g. Mak Jan mendapat tangkapan duri pertamanya di situ. Bot berpindah lagi beberapa ratus meter kehadapan. Di situ Slambe Sr berjaya menaikkan ikan gerut, begitu juga En. Omar. Seperti biasa saya menaikkan ikan kurang glamour iaitu gelama. Umpan yang digunakan kami pagi tersebut adalah pumpun (yg Mak jan tu cukup geli nak pegang...atoi!!), udang pasar, anak kecubung beku dan hirisan ikan.
.
Selepas itu kami menghampiri sangkar ikan di tengah laut di Pulau Ketam. En. Omar memberi petua supaya membaling kail seberapa hampir dengan sangkar kerana di kawasan itu banyak jenahak atau siakap yg terlepas tetapi masih menetap di bawah sangkar kerana makanan yg tenggelam cukup lumayan di situ.
.
Arus agak deras sehingga batu ladung kami sentiasa tidak mencecah dasar. Itu yang membuat tali pancing kami terbelit tali sauh sangkar. Beberapa balingan kami hanya berjaya mendaratkan gelama. Mungkin belum waktu makan jenahak atau siakap. Di atas sangkar yang luas (teringat seperti sangkar ikan Sungai Pahang), aktiviti memberi makan ikan sedang giat berjalan, patutlah tiada ikan mencatuk.
.
Di sekitar, ada juga nelayan yang membuat chalet ala rumah rakit di kawasan tersebut khas untuk disewa pemancing, sesuatu yang seronok di lihat. Sauh dinaikkan bergilir2 antara saya dan Sr, lenguh juga bahu. En. Omar, tokoh korporat yg menerajui syarikat tersenarai BSKL menghela laju ke destinasi yg cukup saya gemari..togok!