Kabus Misteri Pulau Angsa
Jam di tangan menunjukkan tepat 12 malam. Tiba2 lampu bot terpadam dengan sendiri. Kabus yg datang entah dari mana menyelubungi bot kami. Air di laut begitu tenang sekali, tiada langsung ombak walaupun se kecil alunan. Terasa begitu sejuk sekali sehingga menggigit ke tulang putih. Suasana begitu sunyi hinggakan jika sebatang matakail jatuh ke lantai bot pasti akan terdengar. Kami 6 pemancing yg terpisah oleh kabus, senyap tanpa kata-kata. Setengah jam kemudian kabus pun berlalu, tiba2 dihujung bot... terdengar bunyi yang agak kuat. "Kruh, kruh, Kruh!!!" Bulu roma mula meremang..
Tengok sekeliling semua sudah terlentang. Rupa2nya masing2 sudah tertidur di lantai bot dan bunyi 'kruh kruh' tersebut tak lain tak bukan adalah dengkur Bob...hampeh!
Trip memancing ke Pulau Angsa diilhamkan oleh Ashrif, seorang rakan sekerja di KDEB Anzagain, Shah Alam. Saya, Bob, Kamarul, Ashrif, abang Ashrif dan Rosli (Selambe Sr) menaiki bot nelayan yang ditekongi oleh seorang nelayan Cina pada pagi Sabtu tersebut. Kami menaiki bot dari kuala Sungai Besar dengan biaya RM600 untuk pemancingan 24 jam.. Sepanjang perjalanan air agak keruh, hanya mula kebiruan setelah memasuki perairan Selat Melaka.
.
Di persisiran Pulau Angsa yang mercutandanya iaitu rumah api dan chalet di atas laut, kami menduga beberapa lubuk. Kami banyak menaikkan ikan gelama papan sahaja; sungguh hairan di kawasan yang dahulunya agak terkenal dengan lubuk ikan tetapi tiada ikan gred A yang menyambar. Dikhabarkan bahawa perairan ini telah habis dikikis oleh bot tunda dan jaring tagang nelayan yg tamak haloba. Ikan besar mahupun sekecil anak ikan akan terperangkap oleh pukat tunda tersebut. Jika tiada kawalan kerajaan, kawasan ini akan kontang dan nelayan2 akan kehilangan mata pencarian.
Di malamnya Kamarul berjaya menaikkan ikan timah - ikan nipis, panjang sekaki dan berwarna perak. Ikan ini akhirnya dihiris untuk dijadikan umpan. Bob mencangkuk seekor ikan kembung pasar. Tidak beberapa lama henjutan kuat pada joran beliau. Karauan dibuat dengan laju. Separuh ikan, dibahagian ekor telah dibaham. Mungkin angkara ikan alu-alu. Selepas itu tiada getuan sehinggalah ke tengah malam.
.
Pagi keesokannya setelah masing2 terjaga, aktiviti memancing dimulakan semula. Tidak banyak bezanya, hanya gelama berjaya dinaikkan sebelum kami berangkat pulang tepat jam 9 pagi. Kata orang kalau ada gelama, tiada ikan besar di kawasan tersebut.
.
Secara keseluruhannya trip ini dikategorikan sebagai gagal. Nak tangkap gambar pun takde mood kalau hanya setakat gelama. Hanya gambar pulau diabadikan untuk kenangan. Patutlah lebih banyak bot nelayan disewa untuk ke Pulau Jemur, iaitu separuh perjalanan ke Pulau Angsa berbanding di Pulau Angsa sendiri. Lain kali malas nak pergi dah, melainkan ada inisiatif kerajaan memperkayakan semula dasar pulau melalui tukun tiruan, kawalan pukat tunda dan sebagainya.
4 comments:
Kejadian pelik di dalam kabus malam di Pulau Angsa...!!
mesti rasa cam kat oversea kejap..kan pokcik...diselubungi kabus gitu..
isk...pokcik ni wat suspen la...cpt la sket...ade jumpa ikan duyung k pokcik?
ada lembaga gelap yang berbunyi kuat....nanti petanglah citer yek
sljr
Post a Comment