06 March, 2007

Toman Subang Jaya


Tali berdesit2 keluar dari mesin kekili. Nampaknya mangsa begitu utuh mendominasi petualangan. Pemancing tak ampuh menahan asakan demi asakan. "Ketatkan drag!!" jerit pemerhati di tepi tebing kolam. Drag diketatkan sedikit demi sedikit. Tetapi tali florocarbon 15 paun tak boleh diberi tekanan berlebihan, nanti putus. "Kayuh (karau) mesin cepat", satu lagi jeritan penasihat yang tidak bergaji memberi panduan bila mangsa cuba menarik tali keluar ke arah jerumun di dalam air. Kalau lambat dikarau alamatnya tali akan terbelit di celah akar banir yang menjulur di dalam kolam. Bila terbelit, pemancing pasti terpaksa memutuskan tali.
.
Joran aksi ringan melendut membentuk huruf 'n'. Tali muntah keluar lagi, berderik2 mesin menahan asakan. Pemancing dan pengunjung tasik semakin rapat untuk menyaksikan aksi terbaik minggu tersebut. Mangsa masih tak mahu mengalah. Peluh berjujun keluar dari dahi pemancing. Siaran tergendala sebentar.....
.
Hari Ahad tersebut, saya, Rosli dan Kamarul mencuba spot baru yang panas dikatakan orang. Sebuah tasik umum bertentangan dengan sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya. Bersebelahan tasik umum tersebut juga terdapat kolam berbayar. Kami menduga di tasik umum menggunakan umpan cengkerik. Beberapa pemancing berhampiran ada yang menggunakan umpan anak katak dan cacing.
.
Beberapa balingan langsung tidak mendapat sambutan ikan. Mungkin air yang jernih menyebabkan ikan takut kepada pemancing. Di hujung laman hotel yang menghadap ke tasik, seekor biawak terjun dan berenang bebas mencari makanan. Hari semakin terik..
.
Pemancing di sebelah menggunakan kaedah casting berumpankan anak katak. Beberapa balingan langsung tidak tersentuh hinggakan anak katak pecah kepala kerana dibaling & di karau. Umpan katak baru ditukar. Balingan yang kedua, berdebur air kerana terkaman sang ikan.
.
Aksi bermula lagi.. kali ini mangsa membuat junaman ke dasar dengan harapan dapat menanggalkan mataikail dimulutnya. Tarik menarik berlaku antara si ikan dan pemancing. Penonton semakin rapat dan ada yang memberi sokongan yang membina mahupun yang cuba melemahkan semangat. " Kayuh lagi, jangan bagi ikan tu chance untuk masuk jerumun.." Tiba-tiba....'tusss'. Penonton cemas dan hampir kecewa kerana ingatkan tali pancing putus, tetapi rupanya bunyi kentut seorang penontondi khalayak ramai.
.
Hampir 10 minit mangsa keletihan begitu juga pemancing. Bayangan hitam muncul di permukaan. Sauk dihulur dan mangsa berjaya didaratkan. Seekor toman berskala 4.5kg. Gemuk dan berat macam mengangkat beras sekampit. Corak batik begitu terselah di badan ikan. Ada penonton yang bertepuk tangan, juga yang mengucap tahniah. Pemancing tersenyum bangga dan puas kerana berjaya mengalahkan sang toman. Ia dilepaskan semula setelah sesi bergambar.

5 comments:

Anonymous said...

Tidak ke Toman tu ikan pembaham? Banyak speseis ikan tanah air dah dipupuskannya. Terima kasih pada MAmat yang campak ikan toman tu ke dalam air kita.

Anonymous said...

Tu gambar masa pertandingan memancing di Zoo negara... Bukan Subang... SCAM!!!

Asmoham said...

tp port blakang tuh kan restoran crocodile farm seafood kt blakang tasik holiday villa subang.. aku slalu pegi tasik tuh layan PB..

Anonymous said...

betoi2,tp skang habuk pon tarak bro,bru mggu lepas gua layan

Unknown said...

kt tasik subang tu mmg blh mancing ke boss.xda ke mpsj jaga situ